Rabu, 9 Oktober 2013

HOT! Kemenangan Naib Presiden Mukhriz Mahathir Bakal Bawa Berani Berhijrah ke Sungai Limau! #PrkSgLimau


Ada orang kata kena menangkan Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden dulu baru BN akan menang di Sungai Limau. Betul ka apa yang orang kata tu? Kenapa nak kena menangkan Mukhriz dulu? Atau perkara ini sengaja diungkitkan oleh penyokong Mukhriz untuk seluruh jentera BN menangkan Mukhriz sekaligus BN dapat tawan semula Sungai Limau.

Mungkin secara kasar kita tak nampak keberkesanannya tetapi sememangnya ia berkait rapat. Kemampuan BN memenangi pilihanraya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihanraya ke 14 nanti. Tetapi ianya bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2774 itu dikira besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.

Bagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini. Kedua-duanya merupakan cabaran yang amat getir.

Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.

Sementara di DUN Sungai Limau, semua pihak dalam UMNO mengharapkan kemenangan dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya tetapi di dalam pemilihan UMNO, kehadiran Mukhriz bertanding jawatan nombor tiga itu tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dan ada yang bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya.

Kesungguhan untuk memastikan beliau tewas diyakini akan terus berjalan dan mungkin lebih hebat lagi menjelang hari-hari pengundian nanti. Sekarang ni menjadi khabar angin diantara perwakilan, bahawa ada pihak yang mahu seorang Naib Presiden yang agak kurang popular, kekal disana.

Secara idealnya, untuk memberi kelebihan dari segi wibawa dan persepsi penerimaan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, Mukhriz sewajarnya diberi kemenangan sebagai Naib Presiden UMNO terlebih dahulu. Dengan memegang jawatan lebih kanan dalam UMNO Pusat, kehadirannya di hari penamaan calon dan semasa kempen pasti lebih menyerlah dan meyakinkan lagi.

Mungkin sekarang orang tak nampak risiko jika Mukhriz kalah dalam pemilihan Naib Presiden ni, andai kata beliau kalah dalam pemilihan 19 Oktober nanti, kehadirannya di hari penamaan calon akan kelihatan kusam dan tidak bererti kerana hadirnya beliau sebagai pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri. Kalau dalam peperangan, kehadirannya itu tidak lebih umpama jeneral yang patah kaki.

Dengan kalahnya Mukhriz juga, Pas tentunya akan mempergunakan isu tersebut kepada pengundi Sungai Limau untuk menolak UMNO dan akhirnya peluang UMNO merampas kawasan itu daripada Pas, tidak akan kesampaian.

Rasanya tak salah jika pewakilan memilih Mukhriz menjadi Naib Presiden kerana kita perlu meremajakan UMNO, seperti mana saranan Tuan Presiden UMNO sendiri yang mahu UMNO diremajakan. Nak remaja apa jika semua Naib Presiden UMNO berumur lebih dari setengah abad.

Sekiranya Mukhriz kalah dalam persaingan Naib Presiden, kekalahan UMNO di Sungai Limau juga sudah dapat dibayangkan dan jika begitu keadaannya nanti, lebih baiklah UMNO memberi kemenangan percuma saja kepada Pas untuk terus menguasai kawasan itu.

Orang UMNO pun tolak Jeneral Pilihanraya, macam mana orang Sungai Limau nak sokong seorang jeneral yang telah di tolak, betul?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan BN diKedah adalah kerana usaha keras Dato Ahmad Bashah sebagai Pengurusi UMNO serta kerja keras kepimpinan UMNO diseluruh Kedah. Setelah Kedah ditawan oleh BN pada PRU yang lalu, seharusnya Ahmad Bashah dilantik sebagai MB. Ahmad Bashah yang mempuyai banyak pengalamam serta mempuyai hubungan yang erat bersama pemimpin UMNO diseluruh Kedah dan juga merupakan seorang bekas EXCO semasa BN memerintah Kedah. Tetapi dik kerana Mamak Hanifah hanya seorang perniaga biasa walaupun terkenal di Kedah, namun tidak boleh melawan akan kehebatan bapa Mukhriz iaitu DR Mahathir dalam urusan politik. Dengan pengaruh Dr Mahathir serta kebijaksanaan bermain politik maka Mukhriz telah dilantik menjadi MB Kedah. Mukhriz berjaya menduduki kerusi tertinggi dalam kerajaan Kedah dengan tidak payah bersusah payah dan tanpa tanggungjawap sebagai ketua. Jika BN kalah pada PRU yang lalu maka Ahmad Bashah akan dipertangungjawap selaku Ketua perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Kedah.Itu lah kebijaksanaan bapa Mukhriz dalam bermain politik waluapun telah bersara. Kehebatan politik Dr M hanya pada kelemahan pemimpin yang ada kerana perbuatan mereka semasa Dr M menjadi PM. Boleh dikatakan semua pemimpin UMNO dan BN kini mempuyai rekod yang kurang baik semasa dibawah kuasa Dr M. Maka itu mereka tidak berani untuk menentang Dr M secara terus terang termasuk Najib. Oleh yang demikian maka secara peribadi saya merasakan bahawa Mukhriz belum lagi layak untuk menduduki kerusi Naib Presiden UMNO. Terlalu awal untuk menilai akan kepempinan Mukhriz serta pencapaian dalam urus takbir negeri. Semasa menjadi Timbalan Menteri dahulu Mukhriz banyak menghabiskan masa dengan menonjol diri sendiri di TV untuk menjadikan dirinya seorang yang terkenal. Semua acara Mukhriz dapat liputan dari media khususnya TV3. Umum mengetahui akan siapa yang meletakan Johan Jaafar sebagai Ketua di Media Prima kalau bukan Dr M. Kerana itu setiapa yang ada program Mukhriz akan dibawa dan ditayangkan di Berita TV3. Oleh yang demikian biarlah Mukhriz memimpin Kedah sebagai MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Kedah. Jangan sama sekali mengundi Mukhriz hanya kerana pengaruh Dr M atau untuk membalas jasa Dr M. Orang melayu menang suka membalas jasa. Itu adalah lumrah hati orang melayu. Namun dalam halatuju politik bangsa melayu dan agama islam khususnya dalam UMNO jangan jadikan membalas budi sebagai budaya. Kelak ianya akan mendatangkan rugi pada melayu dan UMNO. Contoh paling nyata telah berlaku ialah tentang balas budi pada Alahyarham Tun Hussien Onn. UMNO telah memberi ruang dan peluang kepada anak alahyarham iaitu Hishamudin. Setelah bergitu lama dalam politik UMNO dan kerajaan namun kewibawaan Hisham belum terselah. Semasa menjadi Menteri Dalam Negari ramai yang mempertikaikan akan kekesanan Hisham.

Tanpa Nama berkata...

Tak leh la beb, Dato Bashah takde education. Saya membesar di kedah.. membesar bersama perkembangan politik mereka di kedah. Masa saya balik mengundi di kedah ari tu, saya tgk kebanyakan calon parti pembangkang ialah anak2muda. We need that kinf og generation to bring kedah to the different level.. fresh level. Bukan penting sape pon menang tp larat ke nk ubah kedah ke hadapan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Tanpa Nama 9 Oktober 2013 10:06 PTG.

Aku sebenarnya sudah bosan dapat pemimpin yang tak berpandangan jauh dan tak boleh bawa kemajuan pada negeri Kedah.

Negeri Kedah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri2 lain di Malaysia walaupun negeri Kedah melahirkan 2 orang PM dan ramai usahawan2 yang berjaya.

Kita perlukan seorang pemimpin yang dapat menggunakan segala kepakaran anak2 Kedah untuk membangunkan negeri majoriti Melayu ni.

Tidak dinafikan Ahmad Bashah memang bagus tapi kita perlukan pemimpin yang berpendidikan tinggi dan terlihat mampu untuk membawa kemajuan secara menyeluruh untuk negeri Kedah.

Itu saja.

Tanpa Nama berkata...

Buaya....buaya...jadilah buaya..

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888#.UlVfOFDQlaY

Tanpa Nama berkata...

Apa kata bila Mukhriz menang dan kemudiannya diperlukan memegang pos kabinet di Pusat. Siapa ganti Mukhris di Kedah? Tajul Urus?? Kalau dia LINGKUP. BN menang di Kedah tapi PAS perintah KUIN sekarang ni. Tak percaya tengok sendiri. Itulah kerja Tajul Urus.