Khamis, 3 Oktober 2013

HOT! Seorang Lagi Timbalan Menteri Bakal Masuk Raja Lawak!!




Tak tahulah apa nak cakap kat Menteri Menteri dan Timbalan Menteri, kadang kadang rasa macam tak layak pemimpin macam ni diangkat sebagai Timbalan Menteri..

Takkan lah tak tahu golongan pertengahan tu macamana.. Takkan ada rumah banglo bernilai RM 2,3 juta dan ada kereta mercedes benz dikategorikan sebagai golongan pertengahan..??

Pelik benar.Kalau kerja di bandaraya metropolitan seperti Kuala Lumpur bergaji RM 3ribu pun belum boleh dikategorikan dalam golongan berpendapatan sederhana.. Kos sara hidup di Kuala Kumpur saja dah cecah 70% gaji.. Macamana nak beli Merc dan rumah berjuta juta??

Harap timbalan menteri berkenaan lebih peka dalam hal nie..bukan apa, rakyat baca pun boleh gelak sambil geleng kepala..

Makin ramai menteri dan timbalan menteri yang pandai buat lawak. Posting ni Mc ambil dari blog Medan Tempur. Kadang-kadang baca paper pun boleh terbahak-bahak dengan kelakuan depa ni.

Kalau tak reti nak jawab dengan media, baik tak payah jawab la. Buat orang gelak saja.. sapa la pegawai media menteri-menteri ni?

McTheory:
Cari pegawai media yang bijak sikit boleh?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri bodo byk sungguh lani!

Parpu Iseng berkata...

Ni menunjukkan ramai menteri bodoh yang tak turun kebawah, tak pergi pasar/supermarket, tak naik bas, tak balik kampung tapi bercuti seberang laut, hisap curut, tak tau apa-apa yang Cina buat termasuk naikkan harga barang keperluan.....Tak tau apa-apa, kecuali makan gaji buta dan jaga kerusi.

Tanpa Nama berkata...

terbaca artikel ostb beberapa hari lepas, ramai menteri dan timbalan serta setpol kurang cerdik. pengerusi mesyuarat pun tak mahir, tapi bab menghabiskan fulus, manyak pandai. ini pun terjadi semasa pemerintahan sebelum ah jib gor. tahun hadapan, mau audit negara menggegarkan negara akibat kerakusan para menteri dan penjawat awam di peringkat atasan.

Tanpa Nama berkata...

Baca la betol2 dulu apa yg Menteri tu cakap..golongan pertengahan seperti itu yg dia nak perjuangkan..bukan yg ada sekarang:

Menurut beliau, antara perkara utama yang diperjuangkannya adalah supaya transformasi ekonomi kerajaan diselaraskan dengan matlamat untuk mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan Melayu dan bumiputera.

"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta.

"Kalau mereka menjadi usahawan, syarikat mereka tidak perlulah terlalu besar. Dengan jumlah pekerja antara 20 hingga 30 orang pun sudah baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Bagi mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan bumiputera, katanya, pengagihan kontrak kerajaan tidak harus diberikan kepada syarikat bumiputera yang besar sahaja.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/Tambah-golongan-pertengahan-Melayu#ixzz2gffU4Y54
© Utusan Melayu (M) Bhd