Jumaat, 4 Oktober 2013

HOT! Sepupu Allahyarham Ustaz Azizan BAKAL Jadi Calon BN? #PrkSgLimau


Siapa sebenarnya yang layak menjadi calon PRK Sungai Limau, sudah tentu ciri-cirinya ialah anak tempatan, dikenali orang tempatan, bijak pandai agama, ceburi bidang politik dan bonus kalau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Kalau mengikut ciri-ciri calon yang Mc sebutkan diatas, hanya ada dua calon yang paling layak pada ketika ini. Datuk Suhaimi, Ketua Bahagian UMNO Jerai dan bekas calon PRU yang lepas Fadzilah. Kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham dan baik dengan penduduk kampung.

Ada orang kata beri peluang semula pada Fadzilah untuk jadi calon pada PRK kali ini. Bagi Mc, beliau ok.. tapi apa kata kita cuba calon lain yang lebih berpengalaman.

Semasa kunjungan Menteri Besar, Dato Mukhriz turun ke warung Pak Su, Bukit Besar, Sungai Limau. Beliau telah berjumpa dengan Imam Masjid Bukit Besar, Ustaz Sayuti. Ustaz Sayuti ni sememangnya individu yang sangat dihormati di Sungai Limau.

Pengaruh Ustaz Sayuti ni pun tak boleh dipandang ringan. Walaupun ramai orang kata Ustaz Sayuti ni memang kuat Pas, tetapi hubungan ukhwah sesama muslim mengatasi segalanya. Petang tu, beliau ada bisikan sesuatu di telinga MB Kedah. Katanya "penduduk Sungai Limau mahukan Datuk Suhaimi menjadi calon".

Kenapa Ustaz Sayuti memilih Datuk Suhaimi, atau lebih mesra dipanggil Tok Mie oleh penduduk tempatan.

Disebabkan Tok Mie memang asal orang Sungai Limau, malah beliau juga ada hubungan keluarga dengan Allahyarham. Tak ramai orang tahu tentang hal ini, tetapi itulah hakikatnya.

Malah Tok Mie juga hampir dijadikan calon Sungai Limau pada PRU 2008, sebelum beliau di 'kerat' oleh seseorang kerana kepentingan politik dan permainan politik kotor yang menghantui UMNO di Kedah.

Sebagai orang lama di Jerai dan berpengalaman, Mc pun bersependapat dengan Ustaz Sayuti tu, beri peluang kepada Tok Mie untuk buktikan beliau dalam PRK pada kali ini. Sudah la pada PRU yang lepas beliau tidak menjadi calon. Pada kali ini, apa kata pimpinan UMNO berikan beliau peluang untuk menangkan BN di Sungai Limau.

Ini cuma pendapat peribadi Mc saja, terpulang pada kebijaksanaan dato Paduka Mukhriz untuk membuat penilaian.

Semua orang tahu, dah 5 kali BN kalah di Sungai Limau.. hanya orang yang berpengalaman saja mampu untuk tempuhi PRK itu pada kali ini.


Laporan dari blog PRK Sungai Limau

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dlm pilihanraya 2008 Tok Mie hampir jadi calon tetapi di kerat olh seseorang....begitulah perangai sebahagian besar pemimpin Umno..tak ubah ubah...kalau diri mereka tu baik semuanya ok laa jugak..blh kata di seluruh Bhg kerja kerat ni berlaku...ni MM nak msk VP...kerja kerat ni pun mesti ada punya..