Isnin, 21 Oktober 2013

INFO! Kekalahan Mukhriz di rancang atau diramal? #PemilihanUMNO


Di Kedah masih lagi ramai perwakilan yang tak dapat menerima kekalahan Mukhriz Mahathir, malah ada yang menangis bila pengumuman keputusan Naib Presiden dibuat. Sedih.. cukup sedihh.. cuma kami Mc dan Team Media Kedah gembira, Mukhriz kalah bermaruah. Walaupun kempennya tak ALL OUT macam seorang Naib Presiden tu, tetapi beliau tetap mendapat 91 undi bahagian.

Cuma Mc lebih tertarik dengan komen Tun Dr Mahathir yang sudah menjangka kekalahan anaknya tu.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib
Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah...

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya.

- Bernama

Semua orang UMNO tahu, apa yang terjadi sewaktu pemilihan. Kalau padang sama rata, kalau pertandingan tidak dicampuri kuasa, sudah tentu Mukhriz Mahathir sudah menjadi Naib Presiden. Malas nak komen panjang, kalau inilah jentera UMNO untuk PRU ke 14. Ada harapan jadi pembangkang la kita!

McTheory:
Menang sorak, kampung tergadai..

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, Saya turut sedih dgn keputusan ini. Takpalah semoga Allah SWT berikan tempat yg lebih baik buat Dato Mukriz utk perjuangannya. Beliau difitnah hebat oleh tangan2 ghaib.. dlm UMNO sndiri bukan boleh percaya.. ada mamat sekor liberal tu byk hubungan dgn media2 badat sana.. maklumlah mengaji oxford.. pandai sgt..

Pak Mertua kaki tidor menantu tlg main caturkan negara. So belum puas lg.. next step mesti mau jalan. Najib pula mana boleh biar sepupu tersayang ditolak. So arahan2 ghaib di Pahang solid tolak Mukriz..

xpa.. Allah Maha Berkuasa. UMNO Kedah dan Dato Mukriz kena ambil iktibar kejadian ini. Susun langkah lebih padu. Bijaksanan membangunkan Kedah. rapatkan saf pimpinan UMNO dan Rakyat di kedah.

Buktikan Insya Allah the Future leader is coming.. si lembik dan si kitol tkkan kemana...

Hidup Mukriz!
Hidup UMNO Kedah!

Tanpa Nama berkata...

Melihat pada apa yang Datuk Mukhriz perolehi - baik dari segi undi popular mahu pun undi Bahgian (Perwakilan) nyata majoriti akar umbi mahukan perubahan serta bertunjangkan kebenaran bahawa yang layak menjadi pemimpin itu ialah mereka ada ciri kepimpinan seperti tegas, berani, tidak bergantung pihak yang ada kaitan, berfikiran tajam. Rasanya ciri-ciri ini pada Mukhriz. Yang tak ada padanya ada nasib . Semasa beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda dulu lawannya ialah menantu Presiden dan kali ini pula pesaingnya sepupu Presiden. Hakikatnya mana ada manusia yang tak ada sentimen kekeluargaan. Dan di mana-mana pun jua sentimen itu akan mengatasi segala-galanya Jadi kekalahannya memang diduga .

Madam Roza berkata...

Nak kata apa dah...selagi Menteri Mata Garfield tu dok tang tu. Grenti MM akan dihalang di block di cantas higa MM give up. SJ+KJ+HH plus DSN tu semua getaq dgn kemaraan MM...MM sangat terserlah menyerlah utk jadi next PM Msia. Apa nk kata. Depa kena well plan dari awal2 la....MM4PM...next soon will be...

Tanpa Nama berkata...

Tun M meramal kekalahan MM sbb dia dah tahu ada pihak yang sudah merancang kekalahan MM....

hangkedee berkata...

Tranformasi ala Ah jib goat.PRU 13.prestasi merudum.janji sepupu semua boleh.Kematian Altantuya telah terjawab.

Tanpa Nama berkata...

Saya beranggapan mereka2 ini mempunyai plan yang baik, lagipun takkan nak lepas jawatan yang berbaloi2 kepada orang lain plak, tak percaya kita tengoklah dalam masa terdekat, pabila malam mula menjelma.... yang boleh beritau rahsia2 yang tersirat kepada kita hanya puak2 PR aje... inilah amanah yang kita berikan kepada kroni...

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan dirancang, takut pada kawan melebihi takut pada musuh. kempen menjatuhkan kawan lebih dari menghadapi lawan.

Tanpa Nama berkata...

Elok sgtlah tu 'transforBASI' ala Ah Jieb Gor.. beri ucapan menjerit2 mcm org sasau.. content zero.. no impact melainkan syok sendiri.. last2 dia tipu Melayu.. Cina tipu dia balik.. baik ckp slow2 tp ayat padu dan tindakan jitu.. itulah Ah Jieb dan Kerimuddin.. kedua2nya berkongsi sifat yg hampir sama..

Ingt si kitol oxford tu nk diam diri ke? Hebattu mamat liberal tu punye game plan. Jgn ingt dia senang2 nk biarkan pewaris Tun M naik. Kan die nk jd PM termuda dlm masa terdekat ni.

Then Najib pulak sygkn sepupunya.. sepupu AWWW.. cium keris lepas tu minta ampun mahap pd Cina Kapir tanpa sbb.. DAYUS lagi BODOH! maaf aku ckp kasar.

Plg jahanam ialah semasa sepupu Najib ni jd Menteri Amaran, betapa hur hara dan rimasnya situasai dlm negara. BERSHIT anjing2 ANwar Ambiga bermaharajalela. POLIS mcm di sekat dr buat ketegasan. Agama Islam, Melayu dihina hari2.. Kerismudin terus tersenyum lebar.. menipu rakyat dgn keadah lembiiknya..

so la ni mau apa lg dr kepimpinan UMNO?? nk remajakan apa wahai perwakilan kalau otak xboleh fikir utk Agama dan Bangsa?

PRU14 nnt lihatlah.. jika gagal Najib urus UMNO.. tsunami besar2an Melayu akan melanda.. jgn salahkan Melayu jika UMNO ditolak besar kali ini..!!

Tanpa Nama berkata...

Gua tabik lu mr dato mukriz kerana cuba memecah iceburg, masa panjang lagi tuan, muka2 tak malu memang susah nak di bintis walaupun everthing zero, papagomol berselera le makan ye...yang di tatang dah menang...kekadang kita ni alway in reverse situation...that what we call me...layu, harap2 lepas ni xde lagi heli terhempas ye....

Tanpa Nama berkata...

pemilihan yang akan datang saya harap datuk mukhriz cabar jawatan naib presiden atau mungkin jawatan lebih tinggi..majukan kedah dahulu dan rapat kan hubungan dengan rakyat dan kalau boleh kurangkan permusuhan dengan pas kedah..bagi satu contoh terbaik kepada pemimpin2 umno yang lain