Rabu, 2 Oktober 2013

INFO! Transformasi Mukhriz meremajakan UMNO! #MM4VP #BeraniBerubah


Ada orang pelik, kenapa Mukhriz nak bertanding Naib Presiden? Kenapa tak tunggu lagi 3 tahun baru bertanding. Buktikan dulu beliau boleh menjaga negeri dan memajukan Kedah, baru terbukti beliau layak untuk menjadi Naib Presiden.

Nak kata pendapat tu betul pun tak, nak kata salah terus pun tak. Tetapi, alasan untuk fokus memajukan Kedah tu tak tepat, sebab menjadi Menteri Besar tak sesusah menjadi Menteri penuh di Kerajaan Pusat.

Jadi Menteri penuh, kena jaga kementerian, kena jaga agensi dibawah kementerian terbabit, berapa banyak agensi terbabit diseluruh negara. Itu baru agensi, ada pelbagai lagi cabang lain yang perlu dijaga.

Bagi pendapat Mc la, kalau kita guna pakai pendapat mamat tadi, maknanya Naib Presiden UMNO sekarang, kalau tak perform, kita kena suruh dia letak jawatan Naib Presiden la ya? Macam tu?

Bukan semua Menteri penuh yang jadi Naib Presiden perform bagus gila, ada yang rakyat tak suka pun. Tapi dia tetap nak bertanding Naib Presiden, malah ada Naib Presiden yang pegang dua kementerian sekaligus, itu nak kira macam mana pulak?

Jadi alasan fokus jadi Menteri Besar tu sebenarnya hanya alasan untuk menghalang Mukhriz dari bertanding Naib Presiden, itu saja.

Bagi untuk remajakan UMNO, seseorang seperti Mukhriz patut duduk di kerusi Naib Presiden, umur pun tak terlalu muda, dan tak terlalu lewat sangat. Sebab yang duduk di kerusi Naib Presiden sekarang ni, semuanya berumur 60an. Kalau umur 60 tu, nak remajakan UMNO macam mana? Macam tak logik saja pun.

Mungkin idea seseorang seperti Mukhriz dapat menarik lebih ramai golongan muda profesional kedalam UMNO. Umum tahu, bahawa ramai golongan muda profesional menjauhkan diri dari UMNO disebabkan pem'bawaan' UMNO yang tak pernah berubah.

Disebabkan itu, kita perlu seseorang yang hebat perwatakan dan idea seperti Mukhriz untuk melakukan perubahan, selari dengan slogan beliau sendiri yang Berani Berubah!

Bak kata orang, untuk lakukan transformasi, kita perlu remajakan UMNO. Betul?


Tiada ulasan: