Selasa, 26 November 2013
HOT! Mahasiswa Pro-M UM Bakal di Tembak? #PRKampus #UM
Kebanyakan orang luar tak tahu, seni peperangan semasa di Pilihanraya Kampus menjadi semakin gerilla sekarang ni. Pada pengikut perkembangan semasa Pr Kampus, tentu pernah dengar pelbagai kejadian pelik yang berlaku semasa di PR Kampus UM, terutamanya bila melibatkan budak-budak Pro-M, atau lebih dikenali sebagai Pro-Menipu.
Mereka sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Walaupun pada kita, mereka hanya mahasiswa biasa yang bertanding untuk jawatan wakil pelajar. Namun pada budak Pro-M ni, PR kampus adalah segala-galanya. Hingga mereka sanggup mencampakkan kepala babi dalam masjid.
Mana ada manusia yang waras, sanggup nak buat macam tu.
Mereka akan serang diri mereka sendiri supaya masyarakat luar dan bakal pengundi yang terdiri dalam kalangan mahasiswa UM akan bersimpati..bila blackops dilakukan..pastinya mereka akan meraih simpati dan yang buruknya Pro Aspirasi kononnya mereka kejam menyerang calon Pro M.
Dibawah ni Mc senaraikan Blackops terhina yang pernah Pro-Menipu ni lakukan.
Sejarah Blackops Pro M di UM :
1) 2009/2010 :
-Kepala Babi di surau API
Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, UM dikejutkan dengan penemuan 2 kepala Babi dalam surau Akademi Pengajian Islam, dalam kawasan UM. Blog Pro M mula menyiarkan foto-foto ini bagi menimbulkan keraguan bila anggota polis telah berkawal ditempat kejadian selepas laporan mengenainya dibuat.
2) 2010/2011 :
-Bantahan Sistem E-Undi
29 Januari 2010 - Pengenalan sistem E-Undi pada PRK kali ini mendapat bantahan dari kumpulan Pro M. Mereka mengadakan demonstrasi dengan aksi-aksi memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang bergelar mahasiswa
3) 2011-2012 :
-Mastura Hilang
Seorang calon Pro M, Mastura Abu Bakar dilaporkan hilang pada 19 Februari 2011 semasa keluar berkempen.
Selepas 'ditemui' dua hari selepas itu Mastura gagal menjelaskan sebab kehilangan dan siapa yang menculiknya pun tak tahu
4) 2012- 2013 :
-Edikop dipukul hingga koma?
Pukul 4 pagi, 24 September 2012, Ketua Jentera Pro M UM, Edikoup Lakip Sediyanto telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali beberapa jam sebelum pengundian PRK UM bermula..
Edikoup ditemui pada petangnya dengan cuma calar kecil dikepala, tidak seperti dirinya parah dipukul oleh sekumpulan lelaki seperti didakwa..
Lepas ni apa pulak? Pro M kena tembak?
Jeng Jeng Jeng...
5) 2013-2014
-Seorang anggota Pro M diugut dengan pistol?
Nantikan..pastinya Pro M akan lakukan apa cara sekalipun asalkan pengundi bersimpati..ini hanya ramalan.
Mc pasti, tentu ada skrip untuk black ops pada tahun ini. tunggu saja lahh..
McTheory:
Apa pulak budak-budak Pro-M ni nak menipu pulak ya? Whats Next?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan