Sponsor

Memaparkan catatan dengan label prkampus um. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prkampus um. Papar semua catatan

Rabu, 27 November 2013

HOT! Rasuah Untuk Menang Pilihanraya? #PRKampus #UM @TunFaisal @RazaliIbrahim



Esok dah nak mengundi, petang tadi Mc diberitahu Pro-M di UM sudah mula mengerakkan jentera untuk memberi hadiah khas sempena PR Kampus yang akan diadakan esok hari. Hadiah dalam bahasa sopan, tapi hakikat sebenarnya ia rasuah. he he he..

Cuma apa yang menyedihkan, mahasiswa UM di rasuah dengan sebatang coklat.

Apa budak pro-M ni ingat, mahasiswa UM nak gadaikan maruah dan harga diri dengan hanya sebatang coklat ke?

Andaikata Pro-M menang esok,  mereka menang disebabkan rasuah. Bukan disebabkan mereka mampu menjadi wakil mahasiswa di UM.

Kalau dah menang pun dengan cara yang tak baik, sudah tentu perjalanan mereka nanti pun tidak akan diredhai oleh Allah.

Pemimpin pelajar macam ni yang mahasiswa UM nak pilih?





Boleh ke bagi hadiah atau rasuah ni? Tak salah ke? Meh kita rujuk sikit..

Tindakan Serius harus diambil kerana PRO M ternyata melanggar peraturan PRK


McTheory:
Pihak Universiti perlu ambil tindakan.. ini dah langgar undang-undang..

HOT! Pro-M Universiti Malaya Kena Simbah Cat? #UM #PRKampus




Baru semalam 'siang' Mc kata puak ni nak buat black ops memperbodohkan mahasiswa di UM. Tiba-tiba semalam juga tapi waktu malam, betui-betui terjadi black ops puak Pro-Menipu ni kononnya kena simbah cat dan banner kena buang.

Rasanya memang tradisi puak Pro-Menipu di UM kena buat satu black ops untuk capai KPI kot? Kalau tak buat black ops bodoh macam selalu tu, kiranya KPI puak Pro-Menipu di UM ni tak tercapai la.


Mana mungkin lawan mereka yang buat semua benda tu? Fikir logik la, takdak kepentingan apa pun untuk lawan mereka baling cat depan rumah. Mana ada manusia yang bodoh nak buat benda tu. Puak ni pun, kalau nak buat kerja jahat ni, buat la bagi nampak real sikit.

Kerja nak menang berdasarkan simpati dan benci ni memang kerja tangan puak Pakatan ni la. Tak kisahla pilihanraya sebenar atau pilihanraya kampus, meraih sokongan dengan cara benci pihak lawan memang salah satu modus operandi untuk mendapatkan sokongan.

Mc harap, mahasiswa yang akan membuat pilihan nanti, jangan terpedaya dengan tipu muslihat jahat puak Pro-Menipu.

Pilihlah yang mampu buat kerja dan membela mahasiswa. Bukan pilih mereka yang hanya tahu menanamkan kebencian kepada orang lain.


McTheory:
Rasanya student UM ni bijak untuk tahu buat pilihan..

Selasa, 26 November 2013

HOT! Mahasiswa Pro-M UM Bakal di Tembak? #PRKampus #UM



Kebanyakan orang luar tak tahu, seni peperangan semasa di Pilihanraya Kampus menjadi semakin gerilla sekarang ni. Pada pengikut perkembangan semasa Pr Kampus, tentu pernah dengar pelbagai kejadian pelik yang berlaku semasa di PR Kampus UM, terutamanya bila melibatkan budak-budak Pro-M, atau lebih dikenali sebagai Pro-Menipu.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Walaupun pada kita, mereka hanya mahasiswa biasa yang bertanding untuk jawatan wakil pelajar. Namun pada budak Pro-M ni, PR kampus adalah segala-galanya. Hingga mereka sanggup mencampakkan kepala babi dalam masjid.

Mana ada manusia yang waras, sanggup nak buat macam tu.

Mereka akan serang diri mereka sendiri supaya masyarakat luar dan bakal pengundi yang terdiri dalam kalangan mahasiswa UM akan bersimpati..bila blackops dilakukan..pastinya mereka akan meraih simpati dan yang buruknya Pro Aspirasi kononnya mereka kejam menyerang calon Pro M.

Dibawah ni Mc senaraikan Blackops terhina yang pernah Pro-Menipu ni lakukan.


Sejarah Blackops Pro M di UM :

1) 2009/2010 :
-Kepala Babi di surau API

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, UM dikejutkan dengan penemuan 2 kepala Babi dalam surau Akademi Pengajian Islam, dalam kawasan UM. Blog Pro M mula menyiarkan foto-foto ini bagi menimbulkan keraguan bila anggota polis telah berkawal ditempat kejadian selepas laporan mengenainya dibuat.


2) 2010/2011 :
-Bantahan Sistem E-Undi

29 Januari 2010 - Pengenalan sistem E-Undi pada PRK kali ini mendapat bantahan dari kumpulan Pro M. Mereka mengadakan demonstrasi dengan aksi-aksi memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang bergelar mahasiswa

3) 2011-2012 :
-Mastura Hilang

Seorang calon Pro M, Mastura Abu Bakar dilaporkan hilang pada 19 Februari 2011 semasa keluar berkempen.

Selepas 'ditemui' dua hari selepas itu Mastura gagal menjelaskan sebab kehilangan dan siapa yang menculiknya pun tak tahu

4) 2012- 2013 :
-Edikop dipukul hingga koma?

Pukul 4 pagi, 24 September 2012, Ketua Jentera Pro M UM, Edikoup Lakip Sediyanto telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali beberapa jam sebelum pengundian PRK UM bermula..

Edikoup ditemui pada petangnya dengan cuma calar kecil dikepala, tidak seperti dirinya parah dipukul oleh sekumpulan lelaki seperti didakwa..

Lepas ni apa pulak? Pro M kena tembak?


Jeng Jeng Jeng...


5) 2013-2014
-Seorang anggota Pro M diugut dengan pistol?

Nantikan..pastinya Pro M akan lakukan apa cara sekalipun asalkan pengundi bersimpati..ini hanya ramalan.
 Mc pasti, tentu ada skrip untuk black ops pada tahun ini. tunggu saja lahh..




McTheory:
Apa pulak budak-budak Pro-M ni nak menipu pulak ya? Whats Next?