Jumaat, 22 November 2013

HOT! Menarik Mengenai Kerajaan Kedah Yang Patut Semua Orang Tahu! #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah



Mc rasa ramai orang tak tahu disebalik belanjawan Kedah yang dibentang baru-baru ini. Selain daripada media konvesional yang menghebohkannya. Para blogger jalanan macam kami cuba untuk membantu kerajaan negeri menyebarkan maklumat dan berita baik ini pada seluruh rakyat Kedah tak kira didalam negeri atau luar negeri.

Sebagai kerajaan negeri yang baru, sudah tentu untuk terus berbelanja besar adalah satu yang tidak masuk akal, namun susunan belanja dan pendapatan bagi Kedah pada kali ini dikira agak mesra rakyat. Kalau nak dibandingkan bajet Kedah dengan negeri lain termasuk Pakatan, bajet Kedah dilihat lebih dekat dengan rakyat.

Ini bukan ayat nak bodek kerajaan negeri, tetapi itulah hakikatnya. Cuma kerajaan Kedah taklah janji nak free wifi, free tol, free bini, free minyak dan segala bapak benda semua free. Tapi bajet kerajaan Kedah buat sekadar yang terdaya demi rakyat, ekonomi dan syiar Islam di Kedah.


Belanjawan Kedah 2014

1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda.

2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar.

3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN.

5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan.

6. Kursus Perkahwinan PERCUMA.

7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan.

8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan.

9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri.

10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k.

11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain.

12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam.

13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200

14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January.

15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat.

16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah.

Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain.

Apa lagi yang kita nak? negeri miskin macam Kedah pun boleh bagi macam ni.. ini bukan Kedah dulu.. ini adalah Kedah sekarang.. Kedah yang bertransformasi!

McTheory:
Bersyukurlah kita sebagai orang Kedah noo..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha yg baik Datuk Mukriz semoga rakyat Kedah terus aman dan makmur dibawah pentadbiran Datuk Insyallah.

bluk berkata...

bajet yg mnyakitkn hati macai pmbangkang.masing2 bc sambil cebik mulut.

Tanpa Nama berkata...

maktab mahmud dapat bantuan pusat kuin dapat apa?
nampak sangat mukhriz dah kena tiau ngan puak2 pas dalam kuin....
ajak pihak kuin mesyuarat tp panggil puak2 pas pi....
tunggu la mukhriz jd mcm arwah azizan la pru 14....
tahniah2!