Jumaat, 6 Disember 2013

HOT! Perwakilan UMNO Kedah Hentam Putrajaya Soal Harga Barang Naik! #PAU2013 #HanyaDiKedah



Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.

Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan yang akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Othman dari Jerlun.

Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, tetapi kenapa harga berkenaan perlu naik.

Pembangkang jelas melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.

"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya. Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya dan bersedia menjawab segala isu berkenaan malah tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.

"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas. "Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat,"  katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Betul kata Othman Aziz, rakyat semakin tertekan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Dari bulan 5 hingga sekarang, sekurang-kurangnya 3 harga barangan asas dah naik. Belum lagi kira makanan yang naik harga akibat kenaikan petro tempohari.

Kalau kerajaan sekarang meneruskan pengurusan kewangan yang sebegini, nescaya PRU ke 14. BN akan jadi pembangkang. Syabas pada perwakilan Kedah yang berani bersuara demi rakyat!


McTheory:
Pandai juga Tok Man Aziz sebut media sosial ek.. ingatkan takdak orang baca. he he..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan YB Osman Aziz.Rakyat sekarang tertekan dnegan kenaikan harga yang mendadak dalam semua barangan keperluan asas sedangkan pendapatan rakyat masih di takuk lama. Harap-harap BN jangan menyesal nanti bila PRU 14 nanti menjadi pembangkang kerana rakyat kalau tertindas akan bertindak di luar jangkaan macamana Kedah pernah jatuh ke tangan PAS dahulu.Setiap tindakan perlu difikirkan kesannya kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pastu asyik tanya kenapa kakitangan kerajaan rata2 sokong pembangkang... Skrg ramai dah dpt jawapan lerr

Tanpa Nama berkata...

Pengundi umno tidak seperti pengundi pas,pas seolah doktrin agama sehingga pengundinya tidak akan berganjak wlau apa terjadi..tetapi tidak umno,oleh itu ingatlah umno,di samping kamu selesa dengan kemewahan kamu,rakyat sedang memerhati..jangan kamu hanya selesa mengumpul kekayaan,tetapi hituangan allah kamu lupakan..

hangkedee berkata...

Pemandu. Ah jib goat mabuk todi

Tanpa Nama berkata...

Penjilat2 org atas duk angguk.. tk merasa denyut nadi rakyat yg akan mula akui kempem pembangkang.. BN: Baran Naik.. mmg betul.. TNB untung berbillon tiba2 next month umum naik tarif utk cover kos bahan apa? Apakah bodoh sgt org Kg nk terima alasan PM dan penjilat??

Utk apa berikan kekayaan berbillion pd TNB dan pemegang saham..tp rakyat diperah???

Kesan rantaianya akan hasilkan tekanan pd kos hidup harian..inflasi dan akhirnya BANGLA,INDO, Pelacor China yg untung sbb mereka perlu bayar cukai tp mereka dpt nikmati hasil cukai rakyat negara ini... Krjn BUTA kah??