Jumaat, 20 Disember 2013

INFO! Anwar Layak di Gelar Bapak Pembangunan TOL Negara!!



Mari kita tengok siapa sebenarnya pemimpin yang banyak meluluskan pembinaan lebuhraya bertol kepada syarikat konsesi yang tamak.

Pemimpin ini bukan sahaja meluluskan tol tetapi dia juga membenarkan syarikat konsesi meletakkan syarat yang berat sebelah sehingga Kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada syarikat tersebut sekiranya mahu mengelakkan kadar tol dinaikkan.



Tak percaya? Mari kita tengok sejarah Menteri Kewangan Malaysia.


Kemudian kita semak sejarah pembinaan tol bersama tempoh konsesi yang telah diluluskan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan.



Sumber : http://www.llm.gov.my/documents/PublishDoc/Isi%202008.pdf

Sekarang ni, orang yang telah meluluskan tol pula cuba menjadi hero melawan syarikat konsesi yang telah dia luluskan sendiri.

Peliknya, Dato' Sri Najib, pemimpin yang telah memansuhkan beberapa tol pula ditohmahkan oleh penyokong Pak Sheikh sedangkan Dato' Sri Najib terpaksa menanggung perjanjian konsesi tol yang lulus pada zaman Anwar.
Kutipan Tol di Lebuhraya Metramac Dimansuh Serta Merta
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pemansuhan tol itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang akan tamat pada 31 Mei 2018.
Katanya, penutupan plaza tol itu dapat memberi faedah kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya sehari terutamanya bagi penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya.
*Jangan mudah tertipu. Anda digalakkan untuk buat kaji fakta-fakta di atas dan buat penilaian anda sendiri.

Sumber MyMassa

Sesuai dan layak untuk dapat pengikhtiraf Bapak Pembangunan TOL Negara!! 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA KA.BURUKNYA PERANGAI