Jumaat, 20 Disember 2013

HOT! Skandal Seksi Pelakon Adi Putra di cerai Talak Satu!

PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah mencerai isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil  siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hello nama saya adalah becky wayne daripada United Kingdom , saya tidak pernah percaya pada jampi cinta sehingga saya mengalami Dr IGHODO kuil TINGGI, dan selepas dia membuang cinta mengeja bagi saya, suami Ex saya yang meninggalkan saya dan 2 anak-anak kita untuk 3years memanggil saya memohon maaf untuk kesakitan bahawa dia telah menyebabkan saya dan hingga ke hari ini kita hidup keluarga bahagia , jika anda memerlukan tempat yang betul untuk menyelesaikan masalah anda hubungi DR IGHODO kuil TINGGI adalah pilihan yang tepat. dia adalah seorang lelaki yang hebat yang telah pemutus mantra dengan tahun pengalaman , dan ejaan adalah benar-benar membahayakan percuma. dia membuang jampi untuk tujuan yang berbeza seperti:

(1) Jika anda mahu kembali bekas anda.
(2) jika anda sentiasa mempunyai impian yang buruk.
( 3) Anda ingin dipromosikan di pejabat anda.
( 4) Anda mahu wanita / lelaki untuk berjalan selepas anda .
(5 ) Jika anda mahu kanak-kanak.
(6 ) [ Anda mahu menjadi kaya.
(7 ) Anda mahu untuk mengikat suami / isteri anda untuk menjadi milik anda selama-lamanya.
( 8) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
(9 ) rawatan Herba

Hubungi beliau hari ini pada: ighodohightemple@gmail.com adalah satu-satunya tempat semua Masalah anda boleh diselesaikan !

Salam Hormat ,
becky wayne .