Jumaat, 13 Disember 2013

INFO! Jawapan JPJ Soal Saman Lori Bantuan Banjir!



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini.

Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih ~ Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org takde lessen pon mengaku ada, inikan pula nak bwk barang bantuan mangsa banjir. Takkan driver tu tak bgtau kat JPJ, sanggup kena saman semata2 nak masuk dlm FB? Org yg pernah beruurusan dgn JPJ bukan tak tahu perangai mereka ni. Sekarang nampak JPJ mcm bodoh sombong sebab dh masuk media.

Tanpa Nama berkata...

Pgwai JPJ dn pmandu yg terlibat hndaklah bersmuka bgi memalumkn prkara sbnar

Tanpa Nama berkata...

guna akal guna budi bicara, jgn ikut buku semata mata. Dah memalukan diri sendiri, mcm org tak de akal.

Tanpa Nama berkata...

yang lori pasir bawa lebih dan bertimbun.air menitis atas jalan lintas depan kereta JPJ tak saman pun buat-buat tak nampak.

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita tubuh tabung dan derma kilat seluruh Malaysia untuk bayar sama JPJ ini.
Bila nak lancar tabung saman JPJ terhadap lori mangsa banjir.Sorang RM 1 dah cukup.