Ahad, 1 Disember 2013

INFO! Syed Mokhtar Al-Bukhary Aniaya Orang Melayu?




Adakah ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mokthar Al-bukhary seorang yang zalim sehingga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau kerap menghentamnya terutama di Parlimen?

Biasanya, orang kena hentam disebabkan sikapnya yang jahat, zalim atau menganiaya orang.

Namun, dilihat sumbangan Syed Mokhtar memberikan kemudahan dan perkhidmatan pada jumlah manusia di negara ini, jasanya amat besar.

Beliau satu-satunya Bumiputera yang menjadi majikan secara langsung kepada 110,000 pekerja di negara ini.

Ini bermakna kalau Syed Mokhtar ini ‘lingkup’ ada 110,000 keluarga yang terumbang-ambing dan hilang pekerjaan.



Beliau mempunyai kepentingan dalam banyak perniagaan, tapi adakah beliau mengadai kepentingan Melayu atau Bumiputera melalui syarikat-syarikat itu sehingga digambarkan seolah-olah sangat zalim oleh pembangkang?

Dalam hal ehwal kebajikan Syed Mokhtar antara dermawan yang tidak pernah lokek memulangkan semula kekayaannya kepada masyarakat melalui Yayasan Al-Bukhari.

Sebut saja jenis sumbangan, dari membayar yuran tuisyen kepada anak-anak orang miskin, buat masjid, sehinggalah membina universiti di Alor Setar.

Banyak orang lupa bagaimana beliau bermula.

Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary tulisan Premilla Mohanlall sepatutnya dijadikan rujukan yang secara jujur menggariskan bagaimana beliau yang tidak berpelajaran tinggi mula berniaga secara kecil-kecilan di Kedah.

Bukan rahsia perniagaan pertamanya jual beli lembu sebelum menubuhkan syarikat beras dengan jenama Al Bukhary hasil perkongsian dengan dua orang Cina tetapi beliau memegang saham majoriti.

Itu dulu tetapi beliau kini mempunyai kepentingan dalam konglomerat MMC, DRB-Hicom

Bagaimanapun, Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini cuba menggambarkan Syed Mokhtar sebagai seorang individu tamak, hanya kerana beliau mahu menyah-senarai syarikat beras negara, Bernas dari Bursa Saham Malaysia.

Dalam kata mudahnya, Syed Mokhtar mahu membeli semua saham Bernas dan menjadikan syarikat tersebut syarikat sendirian berhad.

Eksasais korporat ini bukan perkara baru dalam dunia perniagaan Malaysia.

Taikun Tan Sri Ananda Krisnan pernah melakukannya melalui Maxis. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan melakukan ‘pembetulan’ pada syarikat sebelum menyenaraikan semula di pasaran saham.

Biasanya syarikat-syarikat yang dinyah-senaraikan akan bertambah teguh selepas senaraikan semula.

Persoalannya, kenapa Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan bising sangat berhubung cadangan tersebut?

Penyah-senaraian atau delisting oleh Bernas ini dilaksanakan mengikut listing requirements yang digariskan oleh Bursa Malaysia dan Malaysian Code on Takeovers and Mergers 2010 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Walau bagaimanapun, delisting Bernas tidak akan memberi kesan ke atas mandat kerajaan kepada Bernas berkaitan obligasi sosial dan kepentingan kepada rakyat khususnya golongan petani.

Ini kerana Bernas masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.

Sejak Syed Mokhtar mengambil-alih Bernas pada 1994 sampai sekarang masih dalam pegangan orang Melayu walaupun sudah lebih 17 tahun pengambil-alihan.

Central Sugar Refinery (SCR) yang mengeluarkan gula pun masih dalam pegangan beliau.

Nampaknya, Anwar cuba mengaitkan pengambil-alihan BERNAS dan keputusan menghapuskan subsidi gula kononnya untuk mengayakan kroni.

Secara jujurnya, langkah pemansuhan berkenaan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun ini dan RM551.25 juta pada 2014.

Walaupun subsidi sudah dihapuskan, peniaga tidak boleh menaikkan harga gula sesuka hati melepasi RM2.84 sekilogram yang ditetapkan kerana ia masih dikategorikan sebagai barangan kawalan.

Tidak timbul soal mengayakan kroni kerana sebelum subsidi dihapuskan, ia ditanggung kerajaan dan kini rakyat membayar terus melalui pemansuhan tersebut.

Memanglah harga gula di Thailand lebih murah tetapi negara itu adalah pengeluar utama gula mentah dunia.

Negara pula hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula untuk keperluan domestik dan memerlukan kira-kira 1.3 juta tan setahun.

Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah.

Kini terdapat empat buah kilang memproses gula iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) di Shah Alam dimiliki oleh Tradewinds yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dan Gula Padang Terap Sdn Bhd di Kedah yang dimiliki Felda Global Ventures (FGV) masing-masing memegang 45% kuota import gula mentah.

Manakala Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) di Prai, Pulau Pinang dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd di Chuping, Perlis milik penuh FGV memegang 55% kuota.

Sesungguhnya Felda Global Ventures kini adalah Raja Gula Malaysia menggantikan legenda Keluarga Kuok yang melepaskan kesemua kepentingan perniagaan gula kepada Tradewinds dan FGV.

Berdasarkan kesimpulan di atas, adalah menghairankan kenapa kejayaan beliau dijadikan sasaran pembangkang.

Sebelum Syed Mokhtar ambil Bernas, kita maklum banyak ketirisan dalam syarikat tersebut.

Pembangkang juga bising pasal ketirisan tapi bila orang Melayu memegang kepentingan dan tak berlaku ketirisan,pelik juga memikirkan apabila kejayaan Syed Mokhtar menyakitkan hati pemimpin pembangkang.-21/11/2013 -BNBBC.MY

-AgendaDaily

9 ulasan:

xwsma berkata...

en. mc, takan tadak cerita pasai kedah. asik crita negri lain ja. awat mkriz dh jd mb semua kelia ka? ka takut tk dpt cari mkn dah. lepaih ni hgpa jawabla satu2 cheq oi.

cannonkapit berkata...

Rasa kerdil nak komen tentang seorg jutawan Melayu.

Kenapa ada manusia yg irihati?

Di sekolah kami (di pedalaman Sarawak)terpilih utk skim bantuan tuisyen percuma pd setika dulu.Percuma?Dibiayai sepenuhnya oleh sebuah yayasan kepunyaan TS Syed Mokhtar.Dia tak kenal,kita tak kenal dia.Tetapi pelajar2 (beratus pelajar2 Sarawak)menikmati sumbangan orang kaya tersebut.Dia tak minta apa2 balasan.Dia cuma nak membantu.Sungguh mulia niat TS Syed Mokhtar.

Jarang benar ada org yg berhati baik spt TS Syed.

Kerdil saya.

Tanpa Nama berkata...

Anu_war >>>> NUT !!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan 100 ribu..lebih lagi belum msk anak2 syarikat di atas...

Tanpa Nama berkata...

Belum lg cheq oiii... baru ambik alih bagi la can hang pun.. negeri lain org tu jgk tolak kelate lo..pun dah senyap

Tanpa Nama berkata...

Anu wa kaya pun tak buat mcm ts Syed mokhtar buat.... Tapi marah marah anwar kat Syed Mokhtar pun dia guna jugak nama MOKHTAR buat password....

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Syed Mokhtar tak ainaya Melayu, yang aianya Melayu yang berdiri di sebelah kanan dan kiri Syed Mokhtar, sebenarnya Najib Gol dan Muhyiddin yang menjadi pengkhianat Melayu, lihatlah selepas orang Melayu undi UMNO dan calon Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lalu, orang-orang Melayu hanya disingkirkan ke tepi sahajalah. Dahulu saya hanya menentang Najib dan menyokong Muhyiddin, tapi melihat Muhyiddin juga perangai macam cibai lahanat lancau, maka dua-duanya saya tolak.

Ingatlah, orang-orang Melayu masih sayang, masih setia kepada UMNO, tapi jika ada pimpinan yang berperangai bangsat macam Najib, Muhyiddin, Hishammuddin dan Khairy, maka ramai orang Melayu yang patah hari dan berasa jauh hati dengan UMNO, bukannya sebab UMNO, tapi pimpinan atasan parti yang berperangai macam bangsat, macam haram jadah yang merosakkan kepercayaan UMNO kepada parti, saya sokong UMNO, saya sokong Barisan Nasional, tapi dalam pemilihan UMNO 2016 nanti, pimpinan bangsat punca UMNO tidak disukai oleh masyarakat inilah yang saya akan tentang habis-habisan.

Saya berharap Yang Mulia Tengku Razaliegh Hamzah akan menentang Najib dalam pemilihan nanti, malahan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi kita angkat jadi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin kita humban dalam longkang.

Jika Presiden UMNO sekarang ini macam Lancau, Timbalan Presiden UMNO macam Lancau, Ketua Pemuda macam lahanat, ada seorang Naib Presiden, Hishamuddun macam bangat masih lagi berada di puncak kuasa UMNO, maka sukar untuk UMNO dapatkan kepercayaan orang Melayu yang berasa terhina dengan layanan Najib dan kuncu-kuncunya selepasa PRU 14.

Saya sayang UMNO, saya sayang Barisan Nasional, tapi Najib dan kuncu-kuncunya boleh berambus!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Tanpa Nama berkata...

Kihkihkih..betui apa hg cakap..aku setuju dgn hg..org bawah aku mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

ni cerita pasai kedah...
la ni ramai pemimpin kedah bertopengkan umno tp sebenarnya pas.... exco pendidikan kedah tajul tak berapa nak reti urus telah tunduk menyembah puak-puak pas dalam isu pendidikan....ramai pemimpin tertinggi kedah hanya jadi boneka kepada tali barut pas dahulu....mereka ini secara tidak langsung memainkan peranan mereka untuk jatuhkan bn pada next election... sebab tue banyak perkara dan masalah yang cuba diselesaikan oleh mukhriz telah di sabotaj oleh puak-puak ni....