Khamis, 23 Januari 2014
#HOT! Azmin Ganti Khalid Sebagai MB #Selangor?
Menurut Sin Chew Daily keluaran petang pada 22 Januari 2014, Khalid Ibrahim akan digesa berundur sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 Mei 2014. Sin Chew Daily memetik sumber dalaman dari Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
Difahamkan menurut keputusan mesyuarat itu, Azmin Ali bakal dijadikan Menteri Besar Selangor yang baru untuk gantikan Khalid Ibrahim.
Pelbagai isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kem Azmin Ali dan juga AMK Selangor seperti isu air, isu GiatMara, kenaikan caj lesen perniagaan dan isu pelucutan jawatan Azmin dari PKNS menjadi punca Khalid Ibrahim didesak turun dari posisi Menteri Besar Selangor.
Khalid Ibrahim juga akan diminta secara terhormat turun atas alasan kesihatan. Ini kerana Khalid Ibrahim dipercayai sering tertidur kerana faktor kesihatan. Maklumat itu juga menyatakan Anwar Ibrahim sudah tidak menyokong lagi Khalid Ibrahim. Hanya tinggal Wan Azizah dan Faekah sahaja yang menyokong Khalid Ibrahim. Habis berebut sebab hendak kuasa di Selangor.
sumber Angin Perubahan
McTheory:
Kesian betul dengan Khalid Gagap ni.. hehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan