Khamis, 23 Januari 2014

HOT! BN Kedah Juga Tebang Balak?! #HanyaDiKedah



Betui ka Kerajaan BN luluskan pembalakan di Kedah? Riuh rendah Pas buat sidang media menuduh didalam harakahkahkah dan berdemo kononnya kerajaan BN Kedah juga menjalankan aktiviti pembalakan. Betui ka? Kita baca apa kata Dato Seri Mukhriz mengenai perkara ini.

Hanya pembalakan terpilih masih dijalankan di Kedah manakala pembalakan jenis 'cuci mangkuk' sudah dihentikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata tiada lesen pembalakan baharu dikeluarkan selepas 19 Mei 2013 iaitu seminggu selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

"Lesen yang dikeluarkan sebelum Barisan Nasional (BN) ambil alih (pentadbiran) Kedah terpaksa diteruskan, kerana kalau tarik balik lesen, boleh bayangkan apa jenis kes-kes mahkamah yang akan kita hadapi daripada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi tersebut.

"Jadi kita tak patut terkejut melihat lori-lori balak yang masih keluar membawa balak kerana ini datang daripada konsesi pembalakan terpilih, maksudnya 'tagging" dah dibuat beberapa bulan atau setahun lebih dan pembalakan berlaku pada pokok-pokok terpilih.

"Saya tak pernah mengharamkan sepenuhnya (pembalakan) sebab pembalakan terpilih masih berlaku dan lesen keluar sebelum BN ambil alih," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Salah satu fitnah yang dibawak oleh Pas Kedah

Disamping itu, Dato Seri Mukhriz juga mengiyakan bahawa ada pembalakan haram turut berlaku, disamping pembalakan di atas tanah sendiri untuk tujuan peribadi, seperti balak kayu getah, balak kelapa sawit dan lain-lain

Mukhriz mengulas dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram baru-baru ini di beberapa kawasan di Kedah hingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, katanya sekiranya terdapat lori-lori balak membawa muatan kayu-kayu yang bersaiz kecil, ia adalah daripada tanah persendirian dan bukannya membabitkan tanah kerajaan negeri.

"Mungkin orang persendirian ini nak buat pembangunan... walaupun (kayu) kecil, ada yang beli biasanya kilang yang buat cip, dia tak kira saiz pokok, dia potong kecik-kecil buat cip untuk pasaran tempatan dan eksport," katanya.

Selain itu, Mukhriz beliau berkata kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk meningkatkan pendapatan negeri melalui hasil pembalakan, sebaliknya akan melihat sumber alternatif yang lain.

"Kita perlu kreatif dan inovatif untuk mencari ini (sumber alternatif) dan saya percaya satu daripada yang berpotensi besar ialah pelancong...pulangannya sentiasa ada, ia bukan sesuatu yang anda labur sekali dan anda dapat pulangannya sekali sahaja, ia (pulangan) datang sepanjang tahun," katanya. - Bernama

Haram penjelasan yang diberikan diberikan oleh Dato Seri Mukhriz menjelaskan segala persoalan yang timbul selama ini. Kepada puak Pas yang dok suka buat fitnah tu, bawak-bawak la bertaubat. Dunia pun dah akhir zaman, dari buat dosa, baik cari pahala.


McTheory:
Nak tengok Pas nak fitnah apa pulak lepas ni..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pas mana kerja lain. mcm anjing la pas ni. tak makan bau pun jadi la. kerja nak fitnah saja.

Pedia berkata...

botak ni tipu kot?

Tanpa Nama berkata...

org kedah dah meluat dgn fitnah dr pas. km dah matang, x percaya dgn harakah, suara keadilan dan yg seangkatan dengannya. km lbh suka fakta yg jelas bkn crta kedai kopi. lebai di kepala bkn pengukur warak seseorg.

Tanpa Nama berkata...

PAS ni bukan bangsa reti malu.. depa yg tebang balak gila2 punya.. budak kecik umar 3 tahun pun tahu ckp.. bukit botak.. tiba2 la nk rasa mcm depa baik sgt.. lepas tu kaleh pulak fitnah pd UMNO.

Celaka PAS ni.. bangsa kotor..bangsa hidup dgn fitnah.. rakyat dh muka dn meluat dgn PAS.. paper harakah tu elok buat lapik tanda ja..

Tanpa Nama berkata...

PAS memang suka menyalak...nak cover kebodohan sendiri tuduh kerajaan sekarang padahal itu semua sambungan projek zaman kerajaan dulu