Jumaat, 17 Januari 2014

HOT! Candi Kota Purba Kedah di SERANG Manusia Haram! #HanyaDiKedah


Mc ada terbaca satu posting di Facebook mengenai sekumpulan manusia yang cuba mengambil kesempatan dengan membina rumah dan kampung haram berhampiran dengan monumen arkeologi bersejarah di Sungai Batu. Mereka tahu kawasan berkenaan akan diambil oleh kerajaan negeri untuk didirikan sebagai kompleks arkeologi, jadi mereka membina rumah terlebih dahulu dengan niat kerajaan negeri akan membayar pampasan pada mereka jika mahu tanah tersebut.

Mungkin juga ia berkaitan dengan politik. Perkara ini boleh menjadi isu politik apabila kerajaan terpaksa merobohkan segala pembinaan yang mereka lakukan. Kemudian ianya dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan, yang kononnya zalim kerana merobohkan rumah penduduk haram disitu.

Apa pun andaian perancangan yang mereka mahu lakukan. Mc berharap pihak berkuasa disana bertindak segera dengan menghalang pembinaan tersebut. Cegah sebelum parah, cegah sebelum ianya terjadi. Kalau dah terbina dan terletak disana, sudah tentu cubaan untuk mengambil alih tanah tersebut akan dipanggil zalim kerana terpaksa merobohkan penempatan haram terbabit.

McTheory:
Sebelum ianya melarat.. lebih baik cepat..

Tiada ulasan: