Rabu, 22 Januari 2014

#HOT! Ketua Pemuda Bahagian Pahang HINA Kepimpinan UMNO? @NajibRazak @KhairyKj @AzwanBro


Memalukan parti dan diri sendiri..

Apa dah jadi ni, Ketua-ketua Pemuda Bahagian yang diangkat dalam pemilihan yang lepas, memberontak dalam sidang media dan membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda negeri Pahang sendiri? Apakah tujuan dan sebabnya hingga KP Bahagian ini membelakangkan parti? Apakah ada udang disebalik mee, hingga mereka bertindak begitu?

Sepatutnya sebagai ahli Umno yang sayangkan parti ni, depa tak boleh buat macam ni. Mc agak kesal dengan sikap 11 Ketua Pemuda Bahagian Umno ini yang hanya mementingkan diri sendiri, mereka telah membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang saudara Shahruddin Ahmad. Malah tindakan mereka ini juga, memalukan Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia secara terbuka di media.

Teruk sangatkah permasalahan yang timbul hingga tak boleh tunggu masalah ini diselesaikan diperingkat dalaman? Apakah tidak ada saluran dalam parti yang boleh mereka berhubung sebelum membuat sidang media?

Diberitahu, kononnya mereka cuba menghubungi Kj selama 2 minggu namun tiada jawapan. Sebagai KP Bahagian yang telah diangkat secara sah, rasanya mereka boleh terus hubungi Kj melalui pegawai atau tinggalkan pesanan. Mungkin, mereka boleh cuba mengadu kepada Azwan Bro selaku NKP sebelum berfikir mendedahkan masalah dalaman kepada umum.

Perkara ini memalukan parti..

Apakah mereka sedar tindakan membuat sidang media mengecam Ketua Pemuda Pahang yang juga Ketua Pemuda Pekan boleh menjadi peluru kepada pihak pembangkang? Apajua masalah dalaman yang timbul dikalangan pemuda, rasanya masih boleh dibawa bincang.

Mereka ini pun baru saja jadi KP Bahagian, rasanya semua masih lagi mencari tapak untuk bekerja dengan lebih bagus. Namun tindakan mereka kali ini agak melampau, rasanya pihak tertinggi parti perlu membuat sesuatu, supaya kejadian yang serupa tidak akan berulang lagi.

Cuba rujuk pada PERKARA 7

7. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM

7.1 Ahli-ahli parti dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan / atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awarn berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

7.2 Mana-mana Ahli parti yang melanggar Perkara7.1 Tataetika Ahli ini boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO kerana menghina parti.

CONTOH(a) Ahli A mempertikaikan keputusan-keputusan Majlis Tertinggi parti, Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti(b) Ahli A mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang prosiding disiplin parti dengan menuduh keputusan tak adil. Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.

Mc tak sebelahkan sesiapa, namun sebagai insan yang sayangkan parti, rasanya Jawatankuasa Disiplin Parti perlu meneliti masalah ini dengan serius. Jika terdapat salah laku dan ugutan terhadap parti, rasanya 11 KP Bahagian ini perlu diambil tindakan, supaya mereka ini dijadikan contoh kepada semua yang mahu merosakan parti dari dalam.


McTheory:
Tak puas hati saja, sidang media.. tak puas hati sidang media.. patut ka?

5 ulasan:

Unknown berkata...

Sebab aku kan abang kau!

Si adik minta gula lolipop dari abangnya(mahal chupa-chupa tu taw)..so pemintaanya direject sebab abgnya ketika itu ada kelas tekwando..

bila tak dapat si adik terusss bagi tahu Makcik jirannya(makcik jirannya ini jongang tapi ada anak-anak perempuan yang cantek dan baikkk)..

Siadik kata abg dia jahat dan tak sayang adiknya sebab tak bagi Lolipop..padahal siadik boleh mintak pada bapak dia yg ada stock chupa-chupa yang byk hingga smpai dia umur 15tahun.Nama abg beliau dah dipandang serong jirannya..

Suatu hari tu abgnya nak meminang anak jirannya yang bernama neelofo..agaknya apa respon jirannya akibat adik beliau sendiri?!

Adakah begini?

"Eleh..Lolipop pun kau kedekut nak kasi kat adik ko...Nanti anak aku lagi kempunan gamaknya.."

ipohmarley berkata...

selagi ketua pemuda umno sayap liberal masih mnjadi KP Umno..selagi tu lah pemudanya cbuk penuhkn peti duit dari kpntingan parti..patut pemda umno lembik dan bacul

Tanpa Nama berkata...

DAP seronok tenguk MCA pun seronok juga, tak payah susah-payah memburukkan UMNO, pemuda sudah buka langkah, yang gaduh melayu, yang demonstrasi melayu, yang nak jatuh melayu, melayu juga.Bila orang kata bodoh marah.KJ terlalu pandai, anytime boleh settle punya???

hangkedee berkata...

Yahudi tak susah susah serang guna bom hanya idealogi. Pecah dari dalam.Siapa yg untung wahai orang Melayuuuuuuu?

Tanpa Nama berkata...

Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara2 sidang media yg mereka lakukan.

CK bukan lah nak memihak kepada mana2, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.

Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 org tersebut, mengikut begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.

Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu utk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yg berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.

Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.

Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu utk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 org Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.

Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil utk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kegembiraan dapat berjumpa KJ utk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa2 jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dgnnya sbg Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.

Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dgn hati yg cukup terasa.

14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.

Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan utk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan.

Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yg begitu mendalam dah roh perjuangan yg begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Begitulah cerita yg CK boleh korek drp sumber salah seorang wakil drp 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.

Bagi pendapat CK yg begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yg paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yg boleh dibanggakan.

Belajarlah menerima dan menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut bernilai 20 sen sahaja.

Sekian. Terima Kasih…