Bila orang utan berkata-kata |
Sebagai blogger pro UMNO yang agak aktif di alam maya. Mc juga terasa dengan kata-kata si Kadir ni. Blog ni taklah hebat sangat, cuma baru 10.1 juta pagewiew saja. Jika bukan kami yang mendokong dan membantu UMNO di alam maya selama ini. Siapa yang membela UMNO?
Tertarik dengan apa yang dikongsi oleh Tun Faisal mengenai perihal si Kadir.
Kadir mengkritik orang lain, namun sukar menerima bila dikritik, boleh ka macam tu?
Baca dibawah,
1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir
2. Blogger-blogger (&cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN
3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai
4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara
5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya... blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau.
Saya malas hendak campur hal A Kadir Jasin dengan Perdana Menteri berkaitan MEDIA PRIMA seperti yang di dakwa blogger Malay Rights dan RBF. Saya pun ada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, terutama penasihat serta punahsihatnya. Kalau ada pun sebab kenapa saya hendak menyampuk adalah kerana Kadir TIDAK MENGHARGAI peranan dan sumbangan para pejuang siber pro-UMNO yang telah mengabdikan tenaga dan masa untuk berhadapan dengan pejuang siber pro-pembangkang sejak 2009 lagi.
Bersetuju dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sdr Ibdilillah sebelum memahami pendiriannya mengenai pejuang siber pro-UMNO yang mengakibatkan dia diserang sebelum ini adalah tindakan tidak matang seorang wartawan lama dan so-called blogger. Cubalah buat groundwork sedikit untuk memahami punca kenapa Ibdil diserang begitu rupa. Kalau tidak mahu membaca dari blog pro-UMNO yang dipandang keji oleh Kadir, bacalah dari blog Mazidul dan cuba fahami isunya.
IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html
KEMAS KINI TERAKHIR ENTRI BLOG MILIK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO PADA TAHUN 2010 DAN 2012
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/kemas-kini-terakhir-entri-blog-milik.html
PERLUKAH PENGENDALI BLOG PRO-KERAJAAN DIBAYAR?
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/perlukah-pengendali-blog-pro-kerajaan.html
SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/superman-bakal-turun-padang.html
PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYA
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/pengerusi-biro-media-baru-umno.html
PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR
http://www.mazidulakmal.com/2014/01/pengerusi-biro-media-baru-umno.html
Eloklah jika Kadir juga kata Mazidul membasuh seluar dalam di khalayak ramai. Saya nak tengok Kadir cakap begitu terhadap Mazidul. Ada berani?
Saya percaya ramai pejuang siber pro-UMNO/BN (blogger, facebooker, twitterti, youtuber, hacker dan sebagainya) BERSETUJU DENGAN SAYA jika saya katakan di dalam perang era media sosial hari ini, 8 ARTIKEL PANJANG BERJELA Kadir Jasin sebelum PRU13 BELUM CUKUP untuk membantu kemenangan BN.
Kedua, jika dikritik sedikit pun Kadir dah tak tahan, tak payah cakaplah hendak berdepan dengan serangan, penipuan, fitnah dan ugutan Red Bean Army. Dalam hal ini, saya yakin ramai cybertrooper pro-UMNO dan pro-BN yang jauh lebih berketahanan daripada Kadir. Mungkin zaman Kadir sudah berlalu.
Sebagai salah seorang yang pernah terlibat dan dilibatkan di dalam pelbagai operasi siber, operasi war room dan TIGA daripada EMPAT Rapid Response Team, saya juga mempunyai pandangan saya sendiri mengenai prestasi jentera siber UMNO dan Barisan Nasional.
Saya tidak pernah menyatakan yang kita telah mengatasi kelebihan jentera siber PR, tetapi saya tidak pernah tidak menghargai sumbangan dan penat lelah jentera siber UMNO dan BN. Untuk membuat sweeping statement bahawa pejuang siber pro-UMNO dan pro-BN BERBAYAR, TIDAK ADA KERJA LAIN KE, HARI-HARI POLITIK, SYOK SENDIRI dan TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah keterlaluan dan tidak wajar sama sekali!
McTheory:
Terima kasih pun tidak.. dihina lagi adalah.. nasib pejuang.
6 ulasan:
muka sama mcm org utan je?
Yg penting dlm ISU ini adalah Najib bukan Kadir.
Semua org tahu yg Kadir cakap pasal banyak kebenarannya.
Adakah Najib lebih utama dari Agama Bangsa Negara. Tidak.
Ini le masaalah besar dlm UMNO kerana kepentingan persendirian ( duit,projek) Presiden yg dah pasti KANGKUNG pun nak dibodek juga.
Jika Najib kekal UMNO Malaysiaakan jadi mcm UMNO Selangor.
Setuju Tanpa Nama. Isunya bukan UMNO tapi Agama bangsa n negara. Kadir duduk di luar UMNO. biarlah dia nak kata apapun. Tak semua dia kata boleh setuju, tp banyak juga ada benarnya. Sebab sayangkan UMNOlah di kata begitu. Hakikatnya, Najib gagal pd tahap ini. Apa kata kalau ramai ahli akar umbi di kedah pun dah meluat dgn Najib smpai gambar dengan Najib pun tak mahu pamer di ruang tamu rumah, sebab malu dan tak bangga pun dengan Najib. nak tahu dimana?
BRO,
Hebat sangatkah Mazidul tu sampai cabar AKJ untuk bersemuka dengan Mazidul kalau berani???
Ee..eleh! Ibarat jari telunjuk...perbandingannya hanya kuku dihujung sahaja. Agak-agak lah.
jwb isu yg kadir lontarkan, bukan menyalahkan kadir @ menyerang peribadi. tu baru blogger sebenar. errr page view bin melambangkan kualiti penulisan. mcm org kata, kuantiti bkn semestinya kualiti. tp x nafi ramai org suka baca blog yg hentam kromo so hit pun tinggi leww. tp isi mmg hampeh. tukang sebar saja kdg2.
Kadir sayangkan umno? Nak tergelak dengar. Yg nampak dr gaya penulisannya selama ni lbh mcm org berdendam
Catat Ulasan