Rabu, 29 Januari 2014

HOT! Pas Nak Jadi Parti Islam atau Parti Tupperware? #PrkKajang




Nota: SELAMAT TAHUN KUDA PAS, KUDA YANG `IKHLAS', `TAAT' DAN `BIJAKSANA' LAKSANA KELDAI. KENAPA LA TAK ADA TAHUN KELDAI?!!!

Pas sudah angin satu badan dengan permainan politik PKR

PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.

“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.

“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.

PAS, parti tupperware?

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya

Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.

“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.

“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR,” tegasnya.

Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya. ~fmt

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah kena dah...
penyangak vs penipu vs putar alam..
sahabat baik kan...

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah...
parti tupperware....
kah..kah...kah...
baru tahu ke...?
parti tupperware...

Tanpa Nama berkata...

parti tupperware semalaysia...
ok jugak tu PTS parti tupperware semalaysia....kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

PAS parti kangkang..
PAS ni dgn UMNO je samseng lebih.. tambah2 ostad2 haramjadah PAS tu pntngtgk mikrofon dgn mimbar masjid.. nampak muka UMNO je..

nah la padan muka.. biaq depa kena kencing banyak2 dgn sahabt setan depa! Nik anjis redho tu!

PASLaknatullah berkata...

Salam,
Alaaa hangpa percaya la dgn lakonan puak PAS Haram jadah ni.. last2 ribut dalam cawan..lepas tu pakat2 terjah UMNO konon UMNO yg buat isu..

Jgn percayalah dgn PAS haram jadah ni..mampuih pi lah kt depa.. munafik2 besar berkopiah dlm PAS... kenal depa dlu baru faham siapa org2 PAS..

Kalau depa baik beriman 10 tahun lalu mereka dh bubar tak berzina dgn DAP dan PKR.. tp sbb PAS pun penzina politik.. jd jgn heranlah kekotoran yg mereka main ini bersama2..

Muka2 pemuda PAS tu muka MUNAFIK.. muka HARAM JADAH.. sorrylah aku takkn rezpek parti anak setan nik najis ni.. bab Allah pun depa main2.. ini bab2 lebih kecik.. nak harap apa. kan depa sahabat dgn SETAN!!

Tanpa Nama berkata...

Jawab ler di akhirat nanti