Ahad, 12 Januari 2014

PANASS!! Pas Kedah Bakal Lancar FITNAH Terhadap Isteri MB Kedah? #HanyaDiKedah


Awas! Pesanan Mc kepada kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Dato Mukhriz, kerana bermulanya 2014 ni. Kilang fitnah Pas Kedah yang ditutup akibat kurang imbuhan dan peruntukan sudah mula dibuka dengan rasminya oleh Mahfuz Bean Omar pada malam tahun baru 2014.

Bermula dari itu, bloggers dan troopers Pas galak menyebarkan pelbagai fitnah dengan pelbagai isu. Betul atau tidak betul kesahihan berita tersebut, mereka tak kira. Janji berita tersebut boleh memberikan persepsi buruk kepada kerajaan negeri Kedah.

Bila Mc perhatikan memang sejak masuk tahun baru ni, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Pas yang diketuai oleh Mahfuz Bean Omar, Nasir Zakaria (YB Demam) dan Leman raja lemau.


Malah Leman yang diarahkan oleh Pas Kedah turun berflashmob dimerata-rata tempat kononnya nak menunjukan rakyat Kedah membantah kerajaan BN disebabkan harga barang naik.

Sedangkan walau dimana pun Leman berflashmob, dia tetap bawak orang yang sama. Sebab dah berapa tempat Leman buat, flashmobnya hanya capai 15 atau 20 orang sahaja. Cuma dalam sinar haruan atau harakahkahkah saja yang tulis 300 orang. he he he.. mungkin 300 termasuk jin dan syaitan kot.

Walaupun sekarang ni isu yang Pas bawak hanya isu lapuk dan kelas ketiga. Namun kerajaan negeri perlu berhati-hati, kerana puak Pas ni, boleh 'membuat' isu kelas pertama untuk menjahanamkan reputasi kerajaan negeri Kedah.

Apa yang Mc dengar, mereka sudah mula mengumpul bukti sahih dan 'hearsay' mengenai MB Kedah, Setpol MB, Pegawai-pegawai MB dan para-para Exco yang masih lagi mencari tapak dalam mentadbir di Kedah. Malah, jika semua isu tidak berkesan, mereka akan cuba mencari isu berkaitan dengan Datin Norzita, Isteri kepada MB Kedah dan mengaibkan beliau.

Mungkin modus operandi mereka sama seperti mana mereka mengaibkan Datin Seri Rosmah. Hinggakan 30% rakyat Malaysia percaya akan segala perilaku buruk DS Rosmah itu memang benar, walaupun sebenarnya cerita itu tidak mempunyai bukti-bukti sahih dan boleh dikategorikan sebagai FITNAH!

Sebab tu Mc minta kerajaan negeri, lebih-lebih lagi penerangan kerajaan negeri yang bagi Mc masih lagi dibuai mimpi indah, dan penerangan UMNO Kedah, lebih bersedia untuk mempertahankan serangan yang akan Pas buat terhadap pentadbiran dan pimpinan negeri.

Jangan fikir soal nak pertahankan jawatan saja. Sebab kalau BN kalah di Kedah nanti, jawatan pun hilang!!

Mc dan TMK hanya memberi pesanan dan nasihat pada kerajaan negeri, kalau nak dengar, dengarlah, kalau taknak dengar pun takpa.

Lagi pun siapalah kami ni pada kerajaan negeri kan?


McTheory:
Perang persepsi tu penting.. harap MB Kedah pandang serius!

7 ulasan:

Daeng Selili berkata...

Mukriz mcm dah hilang taring sejak2 PRK nie...why?

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah nak kata apa-apa pun,rakyat marhean disuruh berjimat tapi exco dan pegawai kanan kerajaan negeri KEDAH makan angin kat PULAU SINGA.APA KEJADAH SURUH BERJIMAT TAPI PEMBESAR PEMBOROS>

Tanpa Nama berkata...

tu la peranan biro penerangan UMNO nk counter balik dakyah PAS. Ni UMNO pun lena bawah peghedu pokok kena angin timoq alih2 jatuh tesungkoq. Aku sayang UMNO tp fedup dgn kelaku Biro penerangan UMNO yg dok lena. nak panggei org kg mai dewan habarq benda betui pun depa x bleh atuq. Buat la majlis 10 org mai pun x pa asal maklumat bleh sampai kat 100 org. Buat flyer byk2 boh dlm raga motor d pasaq malm pekan nat. Aci org baca. Tak pun pelekat kt pokok nyok. Xkan x da modai kut biro umno sampai nk print byk pun x da duit. ka sama umno dok tikam ka ca habaq mai.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat berjimat cara rakyat lah.
EXCO pergi atas urusan mereka kenapa nk sibuk? Semua hal dikatakan boros lepas tu pemimpin jgn buat apa lah.. duduk senyap ja..
bodoh la anon 11.26.. zaman PAS perintahd lu awat tk boros ka? takpi melancong ka? habis berjuta rasuah kt Papua New Genuie tu apa nya? Haram ka halal?

Tanpa Nama berkata...

Mukriz dh baik cuma perlu tegas..
kemudian kena banyak turun ke kawasan pelosok2 dan fikir projek2 untuk rakyat..publisiti penting bg menunjukkn beliau berusaha..

Projek bola Kedah tu satu kesilapan bila usik perkara yg tk perlu. Wpun kita nk kemajuan bola sepak lagenda Kedah tp bkn dengan kacau benda yg tak sepatutnya.. krn nak wang..logo keramat KENARI dimusnahkan..ini tanda Mukriz tk faham denyut rakyat Kedah..

Sepatutnya pi selesai dulu isu Kampus KUIN..jgn duk dgq sgt Tajul Urus yg dh mula jadi talibarut PAS..

Kampus kuala ketil tu wajib di jual..kemudia fokus kembali prestasi kursus akademik, tumpuan di Kampsu Alor Setar.. pulihkan kembali sistem pentadbiran seperti zaman Rektor Dato Syed Aqil.. zaman dia lah KUIN melonjak bagus..

Tp apa cerita dgn KUIN? smlm Mukriz pulak pi rasmi Konvo KUIN kuala ketil? nampak mcm ikut telunjuk PAS dh.. xguna lah klu rakyat undi BN tp perintah cara PAS..

renung2lah..

Tanpa Nama berkata...

BN perintah kedah PAS perintah kuin

Tanpa Nama berkata...

kalau fitnah, saman sampai bankrap dan insaf. bukan biarkan dan bila mohon maaf, tarik balik kes.. PR menag persepsi, BN kalah dalam menangani persepsi dan perang di media. Ingat, generasi muda makin ramai dan berkembang hanya bertumpu pada media baru. Generasi tua dalam UMNO yang tegar makin pupus meninggal dunia. Sudahlah kita tak didik anak2 kita dengan sejarah melayu islam beraja secara intensif, mudahlah jati diri generasi kita pupus spt `daki'2 melayu yg ada dalam PAS dan PKR. Salah UMNO juga yg byk buat dosa. Taubat la kembali kepada ajaran Al Quran. Contohi Sultan Brunei menerapkan islam dalam pemerintahan, pendidikan utk mengangani gejala pluralisma, liberislme dan tuntutan hak asasi yg melampau