Sponsor

Memaparkan catatan dengan label mb kedah BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mb kedah BN. Papar semua catatan

Khamis, 29 Mei 2014

HOT!! Gambar Menarik Ds @MukhrizMahathir bersama Tok Guru Hj. Rahim di Pondok Bukit Jagung!! #HanyaDiKedah



Semalam Dato Seri Mukhriz Mahathir menziarahi Tok Guru Hj Rahim, Pondok Bukit Jagung, Pendang. YAB MB juga sempat menunaikan solat Isya di pondok tersebut bersama Tok Guru, pelajar dan beberapa orang kampung disana.


Di minta supaya beri tazkirah ringkas..

Kemudian dijamu dgn beriani kambing resepi istimewa Tok Guru di kediaman beliau. Untuk pengetahuan semua Tok Guru Hj. Rahim ni merupakan antara Tok Guru Pondok yang disegani di Kedah.



Tapi setahu Mc, Dato Seri MB selalu turun ke pondok-pondok diseluruh Kedah untuk berjumpa dan bertanya khabar dengan Tok Guru di pondok berkenaan.

Malah beliau juga meminta nasihat dari mereka untuk beliau terus menjadi pemimpin yang baik. Bukan mudah kita nak jumpa pemimpin minta Tok Guru nasihatkan mereka.

Pelik tapi benar MB Kedah ni..

McTheory:
Percayalah.. puak Pas tengah sakit kepala sekarang.. he he..

Ahad, 12 Januari 2014

PANASS!! Pas Kedah Bakal Lancar FITNAH Terhadap Isteri MB Kedah? #HanyaDiKedah


Awas! Pesanan Mc kepada kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Dato Mukhriz, kerana bermulanya 2014 ni. Kilang fitnah Pas Kedah yang ditutup akibat kurang imbuhan dan peruntukan sudah mula dibuka dengan rasminya oleh Mahfuz Bean Omar pada malam tahun baru 2014.

Bermula dari itu, bloggers dan troopers Pas galak menyebarkan pelbagai fitnah dengan pelbagai isu. Betul atau tidak betul kesahihan berita tersebut, mereka tak kira. Janji berita tersebut boleh memberikan persepsi buruk kepada kerajaan negeri Kedah.

Bila Mc perhatikan memang sejak masuk tahun baru ni, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Pas yang diketuai oleh Mahfuz Bean Omar, Nasir Zakaria (YB Demam) dan Leman raja lemau.


Malah Leman yang diarahkan oleh Pas Kedah turun berflashmob dimerata-rata tempat kononnya nak menunjukan rakyat Kedah membantah kerajaan BN disebabkan harga barang naik.

Sedangkan walau dimana pun Leman berflashmob, dia tetap bawak orang yang sama. Sebab dah berapa tempat Leman buat, flashmobnya hanya capai 15 atau 20 orang sahaja. Cuma dalam sinar haruan atau harakahkahkah saja yang tulis 300 orang. he he he.. mungkin 300 termasuk jin dan syaitan kot.

Walaupun sekarang ni isu yang Pas bawak hanya isu lapuk dan kelas ketiga. Namun kerajaan negeri perlu berhati-hati, kerana puak Pas ni, boleh 'membuat' isu kelas pertama untuk menjahanamkan reputasi kerajaan negeri Kedah.

Apa yang Mc dengar, mereka sudah mula mengumpul bukti sahih dan 'hearsay' mengenai MB Kedah, Setpol MB, Pegawai-pegawai MB dan para-para Exco yang masih lagi mencari tapak dalam mentadbir di Kedah. Malah, jika semua isu tidak berkesan, mereka akan cuba mencari isu berkaitan dengan Datin Norzita, Isteri kepada MB Kedah dan mengaibkan beliau.

Mungkin modus operandi mereka sama seperti mana mereka mengaibkan Datin Seri Rosmah. Hinggakan 30% rakyat Malaysia percaya akan segala perilaku buruk DS Rosmah itu memang benar, walaupun sebenarnya cerita itu tidak mempunyai bukti-bukti sahih dan boleh dikategorikan sebagai FITNAH!

Sebab tu Mc minta kerajaan negeri, lebih-lebih lagi penerangan kerajaan negeri yang bagi Mc masih lagi dibuai mimpi indah, dan penerangan UMNO Kedah, lebih bersedia untuk mempertahankan serangan yang akan Pas buat terhadap pentadbiran dan pimpinan negeri.

Jangan fikir soal nak pertahankan jawatan saja. Sebab kalau BN kalah di Kedah nanti, jawatan pun hilang!!

Mc dan TMK hanya memberi pesanan dan nasihat pada kerajaan negeri, kalau nak dengar, dengarlah, kalau taknak dengar pun takpa.

Lagi pun siapalah kami ni pada kerajaan negeri kan?


McTheory:
Perang persepsi tu penting.. harap MB Kedah pandang serius!

Sabtu, 4 Januari 2014

HOT! Mukhriz Mahathir Beli Kereta Mewah? #HanyaDiKedah




Demi menghalalkan tindakkan pemimpin kesayangan macai macai pembangkang yang dilabel sebagai khalifah Umar Abdul Aziz membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi, macai macai ini mula menyebarkan fitnah menuduh pula Menteri Besar Kedah ( UMNO ) iaitu Mukhriz Mahathir mengunakan kereta yang sama.


Ya memang betul pun kereta Merc Benz bernombor pendaftaran KCX 8 ini kereta untuk Menteri Besar Kedah tapi kereta ini sebenarnya dibeli ketika Kedah ditadbir oleh Pas..

Pembelian kereta mewah ini diakui sendiri oleh Allahyarham Tan Sri Ust Azizan dan Allahyarham selalu guna kereta ini untuk kegunaan rasmi..


Tetapi bila Kedah ditadbir semula oleh BN, YAB Menteri Besar sekarang Datuk Paduka Mukhriz memilih untuk mengunakan kereta lama Toyota Land Cruiser Cygnus model tahun 1998 no pendaftaran KBJ 8 sebagai kenderaan kegunaan rasmi beliau.

Seperti gambar dibawah.



Jadi kita boleh nilai sendiri pemimpin mana suka bermewah dan pemimpin mana yang merendah diri tidak bermegah..


Sumber Medan Tempur

Sabtu, 6 Julai 2013

HOT! MB Kedah Masuk Hospital? #HanyaDiKedah


Datuk Mukhriz bersama exco ICT Sabrina

Sebenarnya MB Kedah masuk hospital untuk derma darah. Bukan kerana sakit, jangan terkejut.. he he he.. MB kita ni memang suka derma darah, kalau ada peluang derma, beliau orang pertama akan pergi derma. Soo.. rakyat Kedah rajin-rajin la derma darah, waktu kita senang, jangan lupa tolong orang susah, siapa tahu bila kita perlu memerlukan pulak.

Bak kata Samy Vellu, "pemude-pemude suke mengisap dade, pemudi-pemudi suke menderme dare.. he he he..

McTheory:
He he he.. jangan marahh haa..

Rabu, 5 Jun 2013

HOT INFO! Batal Kuliah Agama Di Sri Mentaloon, Bukti @MukhrizMahathir Kejam!! #HanyaDiKedah


Tersebar fitnah kuliah agama di Sri Mentaloon, telah diharamkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz. Mc pun taktau mana si penyebar fitnah dapat informasi tentang hal ni. Sedangkan hari pertama Dato Mukhriz menjejak kakinya di rumah rasmi MB Kedah tu, beliau dah beritahu, akan teruskan kuliah agama di Sri Mentaloon.

Kuliah pagi Sabtu akan bermula pada 8hb Jun ini dengan tazkirah oleh YBhg Sahibul Samahah Dato Mufti Kedah sendiri. Tentunya tazkirah keagamaan tanpa unsur politik seperti yang telah diamalkan oleh PAS sebelum ini 

Patutnya kuliah agama tu dah mula pada 1 Jun yang lepas tapi ditunda disebabkan ada majlis minum teh sempena hari keputeraan YDP Agong.

Soo.. lepas ni kuliah pagi akan diteruskan seperti biasa. Harap orang Kedah pi la ramai-ramai, tapi mungkin boring sikit sebab dah takdak cerita kutuk dan fitnah Kerajaan. BN Kedah teruskan kuliah yang betul-betul kuliah agama, bukan campur aduk politik untuk rosakan umat Melayu Islam.

McTheory:
Kalau Pas, sambil berak pun dia dok politik lagi..