Sabtu, 1 Februari 2014

HOT! BN 'Wajib' Bertanding Di PRK Kajang! - @KhairyKj


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam sidang akhbarnya sudah pun menyatakan pendirian mereka supaya Barisan Nasional meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang kini di kosongkan oleh Lee Chin Cheh berikutan perletakan jawatannya baru-baru ini.

Tindakan beliau yang meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di lihat sebagai satu permainan politik murahan Anwar Ibrahim demi kepentingan peribadi semata-mata yang sering di lakukan oleh pembangkang.

Khairy dalam kenyataannya juga meminta semua pihak dalam Barisan Nasional supaya tidak terikat dengan formula calon lama iaitu mengikut pembahagian kerusi berdasarkan parti-parti komponen tetapi melihat kepada faktor calon dan potensi untuk di terima oleh pengundi.

Ini bukan bermakna MCA tidak boleh meletakkan calon tetapi tentang soal kaedah supaya segala perancangan dapat di laksanakan dengan baik.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut menyatakan BN perlu bertanding sebagai bantahan terhadap Anwar yang mempermainkan demokrasi dan amanah rakyat sesuka hati atas dasar kepentingan peribadi semata-mata.

"Kita tidak boleh membenarkan Anwar menggunakan amanah dan kepercayaan rakyat sesuka hati beliau hanya untuk memuaskan agenda peribadi dan menambah jawatannya dalam politik" Khairy Jamaluddin.

-UtaraNews


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya lah kalau tak bertanding cara macam mana lagi KJ nak duit berbillion kepada kaum cina?

alfie

Tanpa Nama berkata...

Soal maruah dan demokrasi.Soal ekonomi rakyat,bagaimana pula.Baru sebulan,selepas rasionalisasi subsidi berlansung.Isunya PR akan membentangkan polimek kesan rangkaian rasionalisasi subsidi kepada rakyat.Bagaimana nak menjawab atas permasaalahan tersebut dengan kenaikan cukai di negeri selangor.Andaikata, Anwar di letakan sebagai harapan mengemudi kerajaan negeri dan mungkin road to putrajaya PRU 14,sebab dia dah chop dulu isu yang boleh spin beribu kali ganda dalam dunia politik tempatan.