Selasa, 18 Februari 2014

HOT! Kes Fail Cerai! Suami Nurul Izzah Hadir Ke Mahkamah Syariah!


Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar (gambar) untuk berpisah.

Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, di Bukit Damansara.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun. – newshub

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian juga pada pasangan muda ini...tak tahan tekanan dan ujian kot..tapi lebih malang bagi anak-anak yang masih kecil tak tau apa-apa.

Wan Azizah patut ajar anak pempuannya itu cara-cara mengawal perahu yang bocor.