Jumaat, 21 Februari 2014

HOT! Malaysia Airlines System RUGI, Ada Yang Happy? #MAS


Makin lama makin pelik pulak bila syarikat penerbangan kerajaan Malaysia iaitu, Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan pembaca, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian berbanding pada tahun 2012 yang mencapai kerugian sebanyak RM433 juta.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI)..



Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan? Memang matawang dan minyak tidak menentu dan mempengaruhi. Tetapi sebagai CEO yang bertanggung jawab, apakah beliau tak sedar akan keadaan tu?
Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEO 
Tentu dalam perancangan kewangan MAS dah termasuk, perbelanjaan dijangka dan tidak dijangka. Tak guna la bayar gaji ratus ribu kalau itu pun Ahmad Jauhari tak mampu nak fikir.

Hinggakan CEO Air Asia, Tony Fernandes pun terkejut dengan kerugian yang dialami MAS tahun lepas, kerana dia sangkakan kedudukan Air Asia sudah tak stabil, rupa-rupanya MAS lagi teruk walaupun ianya ditaja oleh kerajaan! Nak baca apa kata Tony, boleh klik SINI

Dah sampai masa kerajaan membuat perubahan dalam organisasi terbesar MAS. Sepatutnya kerugian 2012 dikurangkan lagi, bukannya ditambah-tambah! Lagi ada pendapat mengenai MAS, boleh baca kat SINI.

Kekadang terfikir, betui ke rugi ni? Atau ada pihak yang sengaja bermain dengan angka, untuk kepentingan diri?


McTheory:
Minta PM tukar CEO barulahh..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAS semakin lama semakin melampau. Kenapa x swasta kan saja mas?

Tanpa Nama berkata...

Tak lama mas bungkos bro heheh kenapa? Sebab ketua mas orang omno mentahkedarah rasuah dan duit kerajaan jah.

Tanpa Nama berkata...

Gaji ratus ribu? Gaji dia million ok. Dalam financial statement ada disclosure seorang exec director gaji 1mil- 2.5 mil. So paling busuk pun la sejuta la gaji dia setahun. But then again anak bekas pm dapat contract supply petrol. Adik salah satu bekas pm dapat contract catering lama gila 15 tahun tak masuk akal. Semua crony. Conclusion adalah mas rugi sebab nak tolong kumpulan bumiputera elite minority. Untuk renungan :)