Memaparkan catatan dengan label mas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mas. Papar semua catatan
Isnin, 25 Mei 2015
MAS akan lebih fokus kepada penerbangan jarak sederhana - Liow
Kita sering mendengar permasalahan dalam syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines System (MAS). Disebabkan itu MAS cuba mencari jalan untuk bangkit dari permasalahan yang berlaku.
Malaysia Airlines System (MAS) dijangka memainkan peranan penting dalam penerbangan hub transit bagi rantau ini dan menghentikan (atau mengurangkan), penerbangan jarak jauh dan lebih memberi tumpuan lebih kepada laluan serantau.
Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MAS akan mempunyai kelebihan yang kuat untuk penumpang luar terbang ke Kuala Lumpur dan menggunakan ia sebagai transit untuk terbang ke negara lain seperti Australia, China, India dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Thailand.
"MAS boleh memainkan peranan utama untuk transit penumpang, bagi membuat penerbangan ke dalam negara serantau, terutamanya bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," kata beliau, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Jepun Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Akihiro Ohta di Tokyo, semalam.
Liow berkata, di bawah pelan penyusunan semula MAS, tumpuan akan lebih diberikan kepada laluan jarak sederhana, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu boleh menggunakan keahliannya dalam 'One World Alliance' untuk melakukan lebih banyak transit dan perkongsian kod penerbangan.
"Jika MAS memutuskan untuk menghentikan laluan di Eropah misalnya, kita akan menawarkan (penerbangan tersebut) kepada AirAsia X atau Malindo. Tetapi pengurusan MAS yang baru akan membuat kata putus samaada, ada laluan yang dihentikan atau ditambah" katanya lagi.
Tambah Beliau, ini adalah salah satu sebab Malaysia sudah memohon hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Haneda untuk MAS. Mas dalam operasinya kini terbang 10 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, tiga kali dari Kota Kinabalu dan sekali untuk Kanzai di Lapangan Terbang di Osaka .
Liow juga berkata, AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke Haneda, manakala MAS telah meminta kementerian untuk berunding hak pendaratan sejak dua tahun lalu, tetapi pihak Jepun tidak dapat menampung kerana slot mereka penuh.
Mungkin ini perancangan baru bagi MAS mengurangkan penerbangan jarak jauh yang kurang menguntungkan, dan memberi lebih fokus kepada penerbangan jarak dekat bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih semula dan kembali membuat keuntungan bagi mengukuhkan semula kedudukan syarikat penerbangan negara.
Jumaat, 21 Februari 2014
HOT! Malaysia Airlines System RUGI, Ada Yang Happy? #MAS
Makin lama makin pelik pulak bila syarikat penerbangan kerajaan Malaysia iaitu, Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan pembaca, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian berbanding pada tahun 2012 yang mencapai kerugian sebanyak RM433 juta.
Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI)..

Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan? Memang matawang dan minyak tidak menentu dan mempengaruhi. Tetapi sebagai CEO yang bertanggung jawab, apakah beliau tak sedar akan keadaan tu?
Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEOTentu dalam perancangan kewangan MAS dah termasuk, perbelanjaan dijangka dan tidak dijangka. Tak guna la bayar gaji ratus ribu kalau itu pun Ahmad Jauhari tak mampu nak fikir.
Hinggakan CEO Air Asia, Tony Fernandes pun terkejut dengan kerugian yang dialami MAS tahun lepas, kerana dia sangkakan kedudukan Air Asia sudah tak stabil, rupa-rupanya MAS lagi teruk walaupun ianya ditaja oleh kerajaan! Nak baca apa kata Tony, boleh klik SINI
Dah sampai masa kerajaan membuat perubahan dalam organisasi terbesar MAS. Sepatutnya kerugian 2012 dikurangkan lagi, bukannya ditambah-tambah! Lagi ada pendapat mengenai MAS, boleh baca kat SINI.
Kekadang terfikir, betui ke rugi ni? Atau ada pihak yang sengaja bermain dengan angka, untuk kepentingan diri?
McTheory:
Minta PM tukar CEO barulahh..
Langgan:
Catatan (Atom)



