Isnin, 25 Mei 2015

MAS akan lebih fokus kepada penerbangan jarak sederhana - Liow


Kita sering mendengar permasalahan dalam syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines System (MAS). Disebabkan itu MAS cuba mencari jalan untuk bangkit dari permasalahan yang berlaku.

Malaysia Airlines System (MAS) dijangka memainkan peranan penting dalam penerbangan hub transit bagi rantau ini dan menghentikan (atau mengurangkan), penerbangan jarak jauh dan lebih memberi tumpuan lebih kepada laluan serantau.

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MAS akan mempunyai kelebihan yang kuat untuk penumpang luar terbang ke Kuala Lumpur dan menggunakan ia sebagai transit untuk terbang ke negara lain seperti Australia, China, India dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Thailand.

"MAS boleh memainkan peranan utama untuk transit penumpang, bagi membuat penerbangan ke dalam negara serantau, terutamanya bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," kata beliau, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Jepun Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Akihiro Ohta di Tokyo, semalam.


Liow berkata, di bawah pelan penyusunan semula MAS, tumpuan akan lebih diberikan kepada laluan jarak sederhana, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu boleh menggunakan keahliannya dalam 'One World Alliance' untuk melakukan lebih banyak transit dan perkongsian kod penerbangan.

"Jika MAS memutuskan untuk menghentikan laluan di Eropah misalnya, kita akan menawarkan (penerbangan tersebut) kepada AirAsia X atau Malindo. Tetapi pengurusan MAS yang baru akan membuat kata putus samaada, ada laluan yang dihentikan atau ditambah" katanya lagi.

Tambah Beliau, ini adalah salah satu sebab Malaysia sudah memohon hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Haneda untuk MAS. Mas dalam operasinya kini terbang 10 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, tiga kali dari Kota Kinabalu dan sekali untuk Kanzai di Lapangan Terbang di Osaka .

Liow juga berkata, AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke Haneda, manakala MAS telah meminta kementerian untuk berunding hak pendaratan sejak dua tahun lalu, tetapi pihak Jepun tidak dapat menampung kerana slot mereka penuh.

Mungkin ini perancangan baru bagi MAS mengurangkan penerbangan jarak jauh yang kurang menguntungkan, dan memberi lebih fokus kepada penerbangan jarak dekat bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih semula dan kembali membuat keuntungan bagi mengukuhkan semula kedudukan syarikat penerbangan negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah kau nak BODEK si TALAM-DUA-MUKA ni; yg. patut diPECAT!

Kerana apahal tambang MAS domestik, contohnya ke Sabah punya MAHAL? Patutnya buatlah DISKAUN utk. rakyat Malaysia supaya sokong MAS -gkan sedbagi OMPUTIH, mcm. KACANG, tambang tu sebab nilai matawang depa!

Dan aku heran selama ni lori-lori dan bas-bas INDUSTRI-TAMAK boleh pula bebas "zig-zag" kat lorong-lorong laju terutamanya di lebuhraya, melebihi had laju sampai disyaki punca utama penyebab kemalangan jlnraya yg. amat BUAS, yg. disyaki asyik MENGORBANkan majoriti mangsa disyaki dari umat Islam/Melayu; hampir harian! Mana Menteri utk melawat depa, terutamanya mangsa-mangsa dari org. MISKIN, terutamanya penunggang MOTOSIKAL?!

Kerana Kem-amat-BANGANG yg. diterajui si MCAcing-KEPARAT tu tak dak buat undg-undg amat KETAT utk. memastikan lori/bas INDUSTRI hanya di lorong perlahan - kerana disyaki takut mengurangkan KEUNTUNGAN pd. PEMILIK/PENGUSAHA INDUSTRI-TAMAK bas-bas/lori-lori - yg. di- MONOPOLI siapa? Kita boleh agak! Biaq rakyat terutamanya umat Islam/Melayu, terus MERANA akibat KEBUASAN lori-lori/bas-bas-INDUSTRI-LAJU-amat BUAS yg. seolah mengamalkan "laws of the jungle"!

Nek Tempoyak.

Tanpa Nama berkata...

LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.