Isnin, 10 Februari 2014

HOT! Pemimpin UMNO/BN Tak Kisah Langsung Pasal #PRKKajang? #Kajang




Walaupun pun kita tahu Pilihanraya Kecil Kajang semakin hampir, malah SPR pun telah menetapkan tarikh bahawa PRK Kajang akan berlangsung 23 Mac tarikh mengundi 11 Mac tarikh berkempen. Namun pemimpin-pemimpin BN semacam tak bersemangat, atau endah tak endah saja.

Mc tertarik dengan ulasan dari Tun Faisal,

Baca tengok detail dibawah,


Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.



Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.



Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN.



Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN.

NOTA:

Semalam saya menulis tentang analisis dua hashtag utama Pilihan Raya Kecil Kajang, iaitu #PRKKajang dan #Kajang. #PRKKajang banyak digunakan oleh ramai pengguna dan penggiat twitter pro-BN. Manakala #Kajang digunakan oleh secara relatifnya lebih ramai pengguna dan penggiat twitter pro-PR.

Tujuannya bukan nak tunjuk bagus, tetapi sengaja melontarkan sesuatu untuk difikirkan dan dianalisis oleh para penggiat media siber pro-UMNO/BN. Namun mungkin kerana ramai penggiat siber pro-UMNO/BN melihat analisis tersebut sekali lalu, maka hampir kesemua mereka tidak benar-benar membuat analisis yang lebih mendalam terhadap statistik yang diberikan oleh aplikasi Hashtracking dan Tweetbinder tersebut.

Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut.

Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :-


1. tidak berminat

2. pandang remeh

3. terlalu sibuk dengan perkara lain

4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau

5. SYOK SENDIRI


PEMIMPIN UMNO/BN terlalu SIBUK? Di bawah adalah analisis penyumbang kepada perbualan #KAJANG menggunakan tweetbinder....




ANDA SIBUK. Malangnya PEMIMPIN PR TIDAK TERLALU SIBUK UNTUK TERLIBAT DALAM PERBUALAN #KAJANG dan #PRKKAJANG!

Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda lupa cakap pasal ni?

Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di anak syarikat negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka.

 Sambung baca SINI

McTheory:
Kalau rasa sibuk, serahkan pada kami.. dok bagi kot lain buat apa?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bkn syok sndiri atau xendah.. mmg BODOH lah aku ckp kalu BN bertanding follow melayan rentak nafsu buas Nuar dn rejim Pakatan..
elok sgtlah jgn layan.. itu yg betulnya..

Sbrnya Nuar nk acah BN..dia tahu Kajang tu kubu kuat.. Nuar xbodoh mcm sstgh penyokong BN yg melatah.. dh tahu tmpt tu x boleh survive duk perabih duit buat apa?

Nuar akan kesepian jika BN xbertanding.. letak je bebas buat kacau sket!

Tanpa Nama berkata...

eleh dok kacau pa kajang...ni alor setaq pun tak terdaya nak handle..... cakap tak serupa bikin mcm mukhrizzz.....mansuhkan dulu kuin kola ketil baru kami sokong hg balikkk....bodoh!!!!

Tanpa Nama berkata...

Letaklah calon,kami penyokong bn ni nk pangkah sapa???belum berjuang sudah mengaku kalah!!mcm pondan je bn ni..

Tanpa Nama berkata...

toksah duk salah Mukhriz la.. yg buat KUIN Kala ketil tu puak2 PAS laknat.. yg duk jd talibarut la ni Tajul Urus..

baik buat perjumpaan rasmi dgn MB mintak segera ubah KUIN balik ke Alor Setar

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 4:53...tak payah la nak ngaku nak sokong bn...anda mmg penyokong totok pas...kalau mukhriz batalkan projek tu pon...ko akan hentam dia jugak...batal ko hentam...teruskan pon ko hentam...jangan la nak menipu...