Isnin, 10 Februari 2014

HOT! Siapa Wakil Kaum India yang Layak Ganti WAYTHAMOORTHY? @NajibRazak

 

Ramai yang membantah semasa pelantikan Pengerusi Hindraf ni sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi Mc ianya adalah satu kesilapan dahulu. Tengoklah sekarang ni apa dah jadi, cukuplah selama ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara. 

Apa yang kita harap semua hancur, kita mahu melihat bangsa India bersatu, bukannya pecah belah seperti sekarang, sikap pemimpin Hindraf ini mementingkan diri sendiri dan menekan kerajaan dengan pelbagai benda tidak masuk akal. Malah langsung tidak membantu membangunkkan dan memartabatkan kaum India. 

Hanya dalam tempoh lapan bulan dia sudah buat perangai lama dan meletak jawatan yang diberikan tanpa membawa perubahan dalam masyarakat India. Aku harap kerajaan tidak salah memilih lagi selepas ini. 

Sebenarnya ramai lagi yang kerajaan boleh sekiranya mahu membangunkan dan membantu masyarakat India. Aku berikan contoh terbaik ialah salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO. 


Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial, suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara, tak kira apa jua isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang, beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan. 

Semuanya kerana mahu rakyat Malaysia hidup aman damai berbilang kaum tanpa ada pemusuhan antara kaum. 

      






 



Pendapat Beliau Mengenai Masyarakat India

Kata Ramesh, disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC, maka memang patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil. Tetapi India sebenarnya terdiri dari ramai bangsa, seperti Telugu, Malayalam, Ceylonis, Punjabi dan India Muslim (Mamak).

Eloknya MIC melantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas. Sekaligus akan menarik minat bangsa yang tersebut untuk menyertai MIC semula. Jika tidak, adalah amat susah untuk memantapkan semula MIC.

MIC kena lebih terbuka, semua orang India sepatutnya kena bersatu dibawah MIC. Harus diingat India adalah negara dan terdapat banyak bangsa dalam negara India. Kena pakai konsep tu dalam MIC. Kalau tidak perkara pepecahan akan berlaku, macam sekarang, makin banyak NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh seumpama cendawan baru lepas hujan di negara kita ni.

Hanya dengan tindakan tersebut saja, ia dapat menyelamatkan parti orang India yang terbesar,di Malaysia bernafas kembali dan kukuh semula. MIC kena terbuka untuk terima cadangan sebegini. Baru la parti mereka akan kuat kembali.

Sedih bila tengok parti orang India ni hampir gagal. Kepada pemimpin MIC, terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin ini.
Itu diantara kata-kata Ramesh Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan dan memartabatkan masyarakat India.

Tertarik dengan status dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu. 

Saudara Ramesh juga lebih dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara untuk membantu masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum. 







ANTARA VIDEO RAMESH RAO 




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kaum India di bela oleh DAP,PKR,PAS,MIC dan lain-lain,Kaum Cina oleh DAP,PKR,PAS,GERAKAN,MCA dan lain-lain hanya kaum Melayu di bela oleh UMNO???????

Tanpa Nama berkata...

mukhriz layak ganti dia ni pasai cakap mcm hindu....mula2 cakap tak pindah pastu cakap pindah plak...elok la hg 1 kapai hahahhahahaktuiihhh