Selasa, 25 Februari 2014

INFO! Kedah Akan Maju Setanding Melaka! - DS @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir membayangkan negeri Kedah akan mengikut jejak langkah negeri Melaka ke arah mencapai status sebagai negeri maju.
Berbeza sedikit dengan negeri Melaka yang terkenal dan maju dalam sektor pelancongan, Mukhriz memberitahu bahawa Kedah akan maju mengikut acuannya tersendiri, khususnya membabitkan sektor pertanian.
"Kedah mempunyai tanah yang luas dan penduduknya terlibat dalam pertanian.
"Jadi bila kita sebut negeri maju ini, ia sedikit berbeza dengan negeri Melaka yang terkenal dengan pelancongan," kata beliau yang dipetik dari sumber, Utusan Online, semalam.
Sesuai dengan jolokan sebagai "jelapang padi" negara, Kedah yang kini dipimpin anak mantan Perdana Menteri itu dilaporkan baru selesai merancang pembangunan dan kemajuan negeri tersebut hasil dari makmal transformasinya.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah itu memaklumkan bahawa beliau dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah masih belum menetapkan tempoh tertentu untuk menjadikan Kedah berstatus negeri maju, namun usaha ke arah tersebut sedang giat dijalankan.
Meneruskan rangka lawatan kerja selama tiga hari bersama barisan exconya, Mukhriz menjangkakan mampu bekerjasama dengan negeri bersejarah itu dalam pelbagai bidang, selain bertukar pandangan dalam urusan pentadbiran dan kemajuan negeri masing-masing.
Dalam lawatan tersebut, rombongan kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah sempat melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Melaka,  Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'SEMOGA SELAMAT MAJU JAYA'
PENEROKAAN KEARAH KEBIJAKSAAN

Tanpa Nama berkata...

Kalau D.S Mukhriz jadi PM Malaysia macam ok x ?

Tanpa Nama berkata...

masalah kuin pun tak boleh selesai nak jadi PM macam mana

Tanpa Nama berkata...

melaka konon.... pirraaahhhh!!! maju mcm mana kalu semua keputusan letak kat exco bangang2 bt keputusan.... woi mukriz beranai mai kuin la jumpa skuad bersih kuin pasai isu perpindahan kampus kola ketil....janji hg kami tuntut nak tutup kuin kuala ketil....mana janji hg...tu projek pas, jd masalah kat sana comfirm hg kena tunjai...kami dah bsuara tp hg tak mau dgr bodooHHHHHH!!!!!!