Sabtu, 29 Mac 2014
#HOT! Kadir Jasin Mahu PM @NajibRazak Letak Jawatan? #Mengarut
Apa masalah dengan Kadir ni?
Sepatutnya kita bersatu diwaktu parti dan kerajaan ditekan hebat oleh pihak luar. Tapi lain pulak dengan Kadir ni, boleh pulak dia fikir nak suruh PM Najib turun dari jawatan PM dan mengesa seseorang belot pada pimpinan parti dengan menekan Najib turun dari jawatan PM.
Apa yang dia fikir sebenarnya?
Memang pernah ada gerakan nak menjatuhkan PM Najib, tapi ianya tidak popular kerana ia lebih kepada kepentingan peribadi dan agenda syok sendiri.
Sepatutnya orang yang nak ganti PM, mestilah orang yang betul-betul layak dan berkemampuan untuk jawatan tersebut. Ini tidak, nampak ianya hanya menguntungkan sebelah kelompok dan di dominasi oleh pihak tertentu.
Malah Kadir sendiri pernah mengerakannya bukan? Sudah tentu gerakan tersebut tidak berjaya! Mungkin disebabkan demikian, Kadir masih berdendam dan cuba mencari jalan untuk mengegarkan kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Kadir sebelum ini pernah mengkritik blogger UMNO kononnya tidak membantu parti dalam PRU yang lepas. Disebabkan kritikan tersebut, Kadir sendiri diserang hebat dengan pelbagai pertanyaan.
Apakah dia pernah membantu UMNO?
Ahli UMNO kini sudah matang, mereka tidak mudah lagi diracun dengan cucukan-cucukan jahat dari dalam dan luar. Pernah juga orang mengaitkan Kadir bersama Tun Daim, sejauh mana kebenarannya, itu Mc taktau.
Kadir juga ada menyentuh mengenai kononnya popular Najib kini dah semakin menurun. Bak kata orang, kalau nak jadi pemimpin yang popular tu senang. Tapi kalau popular dan menjahanamkan negara pun tak guna jugak kan?
Pada awal 80an dulu pun Tun Dr Mahathir agak kurang popular, kerana Tun Dr Mahathir dilihat memperkenalkan banyak dasar-dasar baru (mungkin rakyat masih belum nampak kesannya). Bila masuk tahun 90an, barulah menyaksikan kemuncak populariti bekas perdana menteri tu selepas rakyat Malaysia menikmati dasar dan perancangan beliau, tu pun selepas 10 tahun memerintah.
Tak adil kalau kita nak bandingkan dengan PM Najib yang tak sampai 5 tahun pun memerintah negara.
Sepatutnya kita beri masa pada beliau dan menyokong beliau membangunkan Malaysia. Bukan hanya tahu mengkritik dan sabotaj apa yang cuba beliau lakukan.
Untuk pengetahuan Kadir, dalam UMNO sememangnya mempunyai pemimpin muda yang bakal menganti tempat pimpinan tertinggi kelak. Diantaranya Mukhriz, Khairy, Rahman Dahlan, Razali Ibrahim dan beberapa orang lagi.
Jadi tak perlu Kadir bersusah hati memikirkan siapa penganti selepas ini, kerana sampai masa ianya akan berganti juga. Buat masa sekarang, kita sokong Najib Razak sebagai PM Malaysia, diwaktu tertekan dengan pelbagai masalah seperti inilah, nilai kesetiaan itu menjadi lebih tinggi dari biasa.
Patuh pada Ulil Amri.. tu pun kalau anda ahli masih UMNO sejati la..
McTheory:
Apa masalah diantara Kadir dengan PM Najib ni ya??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
golongan LIBERAL dlm UMNO perlu dinyahkan..KJ hanya mempopularkan diri sendiri dari PEMUDA UMNO yg nampak lebih tenggelam sejak dibawah KJ..sudah lupakah apa yg KJ dan Pak Mertuanya buat!!KJ adalah Anwar kedua..ORG2 UMNO MASIH DIBUAI MIMPI!!!
Khairi???
Minta tolong sikit.
PAU 2009, perwakilan UMNO boo dan herdik 'rasuah..rasuah..rasuah' di PWTC. Dok tak dok, 2013, mereka boleh pilih dia semula. Hairan! Banyak duit dia atau dia boleh beri peluang mereka cari makan?
Pol-sec dia pun penyokong DAP.
Pendirian dia mengenai kalimah Allah pun belum diketahui.
Perkasa, Perkida, ISMA pun dia tak sokong.
Tolong tanya Khairi mengenai penahanan Dr. Kassim Ahmad.
daripada khairy baik hishammuddin...
dalam umno ramai pemimpin pelapis sebenarnya cuma kita kena pandai2 tapis jangan ambil yang liberal iaitu yang malu nak mengaku melayu islam.
kalau nak banding dengan parti pembangkang pelapis2 mereka tu memang hampas!
dalam keadaan sekarang rasanya najib masih boleh lagi kemudi.
kadir jasin ni kebanyakan pendapat dia bagus cuma kadang2 "over" la pulak! kadang2 masa yang dipilih pak kadiaq ni tak kena!
Ada baik nya najib melepas kan jawatan sekarang untuk menyelamatkan BN pada pru akan datang...itu pun kalau mahu BN terus memerintah...
Ada baik nya najib melepas kan jawatan sekarang untuk menyelamatkan BN pada pru akan datang...itu pun kalau mahu BN terus memerintah...
Catat Ulasan