Jumaat, 14 Mac 2014

HOT! Rugi Ya Amat Kalau Orang #Kajang Pilih Wan Azizah! #PRKKajang




Siapa tak kenal Isteri kepada Raja Drama Malaysia iaitu Wan Azizah Wan Ismail yang dijulang oleh Anwar untuk mengantikannya sebagai calon PRK Kajang setelah Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari..

Pemilihan Wan Azizah di Kajang adalah atas kehendak Anwar yang mahu tarik simpati rakyat untuk mengundi PKR.. Wan Azizah diarahkan oleh Anwar untuk melakonkan drama air mata di sepanjang kempen PKR..

Demi Suami Wan Azizah sanggup lakukan apa saja



Bagi Anwar, air mata Wan Azizah masih laku untuk menutup kesalahan meliwatnya yang didapati bersalah 2 hari sebelum penamaan calon di Kajang..

Bagi rakyat pula, kemana saja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan bahawa beliau adalah proksi Anwar.

tolak Wan Azizah
Memang pun! Kita lihat balik Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah dipaksa bertanding bagi mengekalkan kerusi Parlimen selepas Anwar dipenjarakan.. Selepas Anwar dibebaskan, Wan Azizah dengan rela melepaskan kerusi tersebut untuk memberi ruang kepada Anwar semua..

Dan kini sama seperti yang berlaku di Kajang, Pada mulanya Anwar menawarkan diri untuk bertanding di sini, selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful, Anwar mengunakan Wan Azizah sekali lagi untuk tagih air mata simpati..

Anwar di sebalik wan azizah

Adakah ini politik matang PKR ?? Bukan.. PKR diwujudkan bukan untuk rakyat sebaliknya untuk menyelamatkan Anwar.. Dari Keadilan Nasional sehinggalah Keadilan Rakyat.. Fokusnya hanya untuk selamatkan Anwar..


Tidak seperti Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, beliau sebelum ini merupakan Senator Dewan Negara dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Pendirian beliau cukup tegas dalam parti MCA, apabila pada Pemilihan MCA 2010 beliau telah berikrar akan melepaskan jawatan jika Datuk Dr Chua Soi Lek yang tebabit dengan kontroversi rakaman video seks dipilih perwakilan sebagai presiden.


Kesudahannya Chua Soi Lek berjaya mempertahankan kerusi Presiden menewaskan calon lain Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Akhirnya Chew Mei Fun melepaskan semua jawatan tertinggi parti dan Timbalan Menteri atas dasar prisip dan ikrar yang dilafazkan.

Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini.

Chew Mei Fun juga terkenal dengan akitiviti kemasyarakatannya. Berpengalaman sebagai bekas Wartawan China Press, guru, peniaga dan atlet judo sukan SEA.. Chew Mei Fun merupakan calon serba boleh dan sepatutnya dipilih mewakili warga Kajang DUN N25.

Nukilan dari Medan Tempur

Kalau nak dibandingkan kebolehan diantara Chew Mei Fun dengan Wan Azizan. Umpama langit dan bumi. Wan Azizah hanya jadi boneka Anwar, sedangkan Chew Mei Fun mempunyai imejnya yang tersendiri.


McTheory:
Rugilaa.. kalau orang Kajang pilih Azizah.. rugi mampuih!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hampa ingat cina kajang nak beri sokongan kat chew mei fun yang jika menang pun hanya jadi pembangkang di dun selangor.apa dia boleh buat sedangkan beliau hanya pembangkang tapi wan azizah mewakili pkr yang sedia ada jadi kerajaan di dun selangor.sudah tentulah orang cina lebih cenderung memberi sokongan kepada wan azizah walaupun belum tentu azizah akan jadi wakil rakyat yang betul2 boleh membantu mereka.pendek kata cina dah tentu beri sokongan kepada pkr, melayu pula berpecah.BN melalui jalan sukar untuk menang.Hanya ALLAH dapat membantu BN di Kajang untuk menang

Tanpa Nama berkata...

Bang..sya ada jual alat curi signal wifi dan pil tahan lama utk lelaki kalau nk pm saya..tq

Tanpa Nama berkata...

Apa pun Melayu yang rugi, cina juga yang untung. Pilih yang ni pun rugi, pilih yang tu pun rugi, hai orang melayu........