Sabtu, 8 Mac 2014

INFO! Anda BLACKLIST Tapi Masih Boleh Beli Rumah? #PR1MA


Sejak pelancaran rumah PR1MA dan rumah mampu milik di Kedah, ianya umpama bulan jatuh ke riba bagi rakyat dinegeri ini. Lebih-lebih lagi pada orang Kedah yang mempunyai masalah kewangan pada masa lampau, kini diberi peluang untuk membeli rumah dengan skim sewa beli.

Pada yang tiada masalah dengan bank, rasanya boleh mohon pinjaman perumahan seperti biasa. Namun bagi pembeli yang kewangannya tidak kukuh, kini diwujudkan skim sewa beli, ia tidak mengambil kira loan bank atau skim pinjaman perumahan yang sedia ada. Hanya skim sewa beli yang akan dijalankan.

Bermakna, jika anda blacklist dengan mana-mana bank sekali pun. Anda tetapi diberi peluang kedua untuk memiliki rumah.




Jika anda mempunyai pendapatan RM2500 kebawah, pilihan untuk anda ialah rumah mampu milik. Malah ia juga akan dibuka secara sewa beli untuk memudahkan pembeli yang berpendapatan rendah kelak.

Semuanya hasil permintaan Dato Seri Mukhriz, Menteri Besar Kedah yang kita sayangi..



Rasanya janji BN untuk bina rumah kos rendah di Kedah, sudah terlaksana. Dulu Pas pun pernah pecah tanah konon nak buat rumah kos rendah, tapi lepas 5 tahun, tanah tu masih jadi tanah.

Mc harap rakyat Kedah yang tak mempunyai rumah, rebutlah peluang untuk beli rumah. Rugi laaa.. tak beli, rajinkan diri sikit, jangan termenung saja, rezeki takkan datang bergolek.

Untuk keterangan rumah PR1MA, boleh klik SINI

McTheory:
Jangan lepaskan peluang..

4 ulasan:

Teko Kopi berkata...

Salam. Saya tlhpun linkkan blog tuan di blog saya. Mohon jasabaik tuan utk linkkan blog saya http://www.tekokopi.blogspot.com di blog tuan. Sekian ribuan terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya nak tahu lebih lanjut tentang rumah prima skim sewa beli

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 best baca nukilan pencacai umngok yg tak cerdik ni...byk nukilan menampakkan 'kelembuan' pencacai...

rbzana berkata...

Di klang tk de rumah mampu milik??? Tolong lah ade kan... Kesian kt kami yg masih x dpt nk beli rumah di kawasan tu byk rumah mahal2 dh..