Ahad, 30 Mac 2014

INFO!! Berita Baik Pada Rakyat Kedah, Kit Kelahiran Percuma! #HanyaDiKedah


Berita baik kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak pada tahun ini. Kerajaan negeri Kedah akan menghulurkan sumbangan Kit Kelahiran kepada semua bayi yang baharu dilahirkan di negeri Kedah bermula bulan ini melalui Skim Intensif Kelahiran Anak (IKA). #IKA

Kit Kelahiran ini mengandungi keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian.  Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga.

Kelayakan

  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
  • Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
  • Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
  • Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
  •   Pejabat Daerah berhampiran
  •   Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  •   Pejabat Penghulu
  •   Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
  •   Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan. Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.

Borang juga boleh dimuat turun di laman web IKA 

P/s: Bantuan ni, pada semua yaa.. dia tak kira bendera kaler apa pun. hihi..


McTheory:
Satu lagi janji BN Kedah sudah ditunaikan!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

boleh ambil dari utc x ...

acher berkata...

berita baik apa nya..
bantuan voucher dah habis 3 bulan lalu sampai sekarang tak bagitau apa pun..
borang lengkap dah hantar 3 bulan lalu..
mana menteri besaq nie?