Rabu, 5 Mac 2014

INFO! Permohonan Maaf Atas Kesilapan Sumber 'Melayu Murtad'! - Mc

Gambar yang menjadi kontroversi!!

Gambar diatas tersebar diantara group-group Whatapps, kononnya wajah melayu yang telah dimurtadkan dalam gereja. Bila Mc perhatikan gambar tu, baru Mc ingat bahawa dua tahun lepas pun gambar yang sama turut tersebar, malah sahabat blogger Kedah Medan Tempur, pernah mengeluarkan artikel tentang melayu murtad kerana terlampau geram!

Bayangkanlah, seorang yang beragama Islam menerima gambar dari page facebook kemudian tertulis wajah melayu murtad! Mesti darah kita membuak-buak, lalu diterjemahkan dalam posting pada DUA tahun yang lepas. Mc pun pernah pick up cerita yang sama dari blog beliau.

Namun bila kami sedar bahawa ini kesilapan dari sumber dan boleh menyebabkan fitnah besar terhadap orang dalam gambar, kami pun tarik balik artikel dan memadamnya.

Setelah dikaji, ada dewan yang rekabentuk dalamannya seolah-olah seperti gereja!! Ianya di International Institute of Islamic Thought and Civilzation (ISTAC)

Tengok gambar dibawah,




Masyallah.. tiada rekabentuk lainkah yang sesuai?


Disebabkan perkara ini, Mc memohon maaf pada setiap individu dalam gambar terbabit. Niat kami baik, untuk mencegah melayu dari murtad, cuma sumber kami tak betul. Mana ada seseorang muslim nak murtadkan saudara seagamanya tanpa sebab!!

Memang kami blogger politik, namun emosi telah melebihi akal, hingga terjadinya kesilapan yang tidak disengajakan. Sekali lagi Mc mohon maaf, mana ada manusia yang sempurna dalam perbuatan. Hanya Allah SWT saja yang maha sempurna. 

Kami ni manusia sentiasa berbuat salah.

McTheory:
Permohonan maaf ini akan disebarkan..

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aik bila korang silap kau kata korang manusia yang sentiasa buat silap?

Bola orang lain korang tak pulak rasa diorang manusia yang berbuat silap...

Oklah banyak lagi kesilapan korang sebenarnya jangan rasa diri korang aja betul
Antaranya ialah terus sokong umno konon utk melayu
Ini silap paling besar jangan sangka korang betul.

Fahami sikit pasal ekonomi dan sebagainya...
baca sikit blog outsyed the box

Itu contoh penulisan orang yg ada pengetahuan tentang ekonomi.

Tanpa Nama berkata...

Salam, jadilah perkara ini iktibar dan satu mesej jelas kepada anda dan kita semua agar sentiasa selalu sokmo kaji dulu sumber, punca maklumat kerana Quran kata Hujurat:6,Wahai orang beriman (siapa? kita ke?)jika datang kpd kamu orang FAASIQ dengan beritanya, selidiki lah dahulu....so, be careful next time ya. ANother one..ISTAC kat bukit tunku ya..KL
Kenapa dia buat macam gereja..maybe sebagai menunjukkan ketolerasian beragama.bukan liberisasi..kena tanya Prof Syed Muhammad Naqib Al Attas..

Tanpa Nama berkata...

"Dan golongan yg lain, yg mengakui dosa dosa mrk, mencampurkan amalan amalan yg baik, dan yg buruk, mudah mudahan Alah (swt) menerima taubat mrk (mengampunkan). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang." 9:102.
"Dan bersegeralah kpd Keampunan dr Tuhan kamu dan Syurga yg luasnya seluas langit dan bumi dijanjikan utk org org yg bertaqwa. Iaitulah org org yg menafkahkan hartanya dlm keadaan senang dan susah, dan menahan amarah dan memaafkan manusia, dan Allah (swt) menyukai org org yg berbuat baik." 3:133&134.
Bila salah atau tersalah minta ampun minta maaf, ciri org beriman. Mudah memaafkan pula adalah sifat mulia ciri org bertaqwa.

Tanpa Nama berkata...

Admin ada *telo* nak mengaku silap. Unlike most other opposition bloggers. Kalau takat baca blog satu tu aje dan terus terasa diri tu hebat sgt pasal econ, baik kau lupakan aje. Jgn riak sgt sampai nak kata org lain byk kurangnya walhal diri sendiri pon byk benda yg kau tak tahu. Kita nak sokong BN atau tidak, itu hak masing2 tapi memang tak silap aku tak sokong PR. Sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

btl tu,nak pilih mane parti pun x kisah..hak memasing,apsal lak memandai letak statement cm x cukup akal je.

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha...
Marah?
Kau tak silap pilih bayar beribu utk cukai eksais kereta?

Kau tak silap sebab selama umno memerintah masih berjuta rakyat dapat brim tanda rakyat masih ditahap miskin.

Bukan baca satu blog kan mamat tu pro bn so kurang2 celik sikit biji mata tu brader.

Mengenakan bayaran cukai tinggi utk jadikan pendaptan negara bertambah itu matlamat.

Tapi nak belanja tak pandai membazir dan penuh ketirisan.
Bila kantoi kata Telus..
Kalau Telus info lah terus...

Hutang negara pun makin tinggi...
Sampai subsidi ditarik balik.
Itu tanda pengurusan teruk lah bro takkan tu pun tak nampak...
Kalau negara makin kaya makin bagus ekonomi..
Subsidi bertambah..
Cukup jelas kalau kau dapat lihat lah.


Aku pun orang ekonomi cai...
Benda yag di hujah tu dah lama aku tahu.

Cuma aku petik supaya korang nak kutuk pun dia orang korang jugak.

Kalau orang yang tak minat umno ni lagi lah korang tak dengar hahahahaha.

Padahal aku Baru baca semalam dia nak ambik kes undang-undang kan?
Pasal gambar kata murtad tu.

Macam tulisan diataskan
Kata niat korang baik.
Apa kata ajak umno buat hukum Allah.
Balik pada islam
Cari pemimpin yang kurang2 boleh imamkan solat korang.

Ini ustaz yang tak sokong umno pun kene kutuk, burukkan konon dia dulu siapa?

Kebenaran tetap benar walau disampaikan orang fasik.

Kalau orang beragama hindu mahu pun budha tegur suruh kau solat.. Pesanan itu benar walaupun dari bukan islam.

Setiap benda ada nas dia sendiri.
Jangan pasal kau tak sokong apa dia sokong yang benar yang dia ucapkan pun kau tolak.

Ada faham tak?

Tanpa Nama berkata...

Jadi semua statement korang dalam ni jugak tanda korang tak cukup akal...

Terpulang pada orang lah nak sokong apa yang korang sebuk berdakyah apahal

Hahahahaha
Hak masing2 kan?

Ke bila umno aja hak masing2
Kalau orang lain korang nak sibuk

Firdaus Bravo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Aku tak rasa kau paham econ sepenuhnya. Takat cakap kau *org econ* baik tak payah lah. Dr cara kau bercakap dah boleh agak dah tahap kau mana. Lupakan aje. Dah muak aku dgr tin kosong bercakap pasal econ. Apa pon tak tahu, cuma bercakap atas apa yg di dengar dr orang lain. Bawak bertenang sikit., MC tu minta maaf pasal issue lain. Bukan pasal econ. Jgn lah nal tunjuk pandai. Diri tu pon bukan pandai mana lg. Bawak bertenang sikit brader. Org lain pon ada akal untuk berfikir. Sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Apa yang kau rasa tak significant langsung...
Sebab dunia tak berfungi just mengikut cita rasa kau ok brader?
Sijil ijazah gua tak dikeluarkan mengikut apa kau rasa as simple as that.

Bagus mintak maaf macam tu lah jugak dengan orang lain...
Jangan main hantam saja...
Bila sendiri buat silap bersusun tukang backup.

Kalau faham konsep manusia buat silap jadi faham lah sikit ye

http://kedahkekl.blogspot.com/2014/02/hot-kes-pil-kuda-hadi-awang-diarah.html?m=1

http://kedahkekl.blogspot.com/2014/02/hot-kat-mana-teresa-kok-beli-cat-dan.html?m=1

Padahal ada beg plastik budak kecik pun boleh buat.

http://kedahkekl.blogspot.com/2014/02/hot-ketika-pemimpin-umno-dekati-masjid.html?m=1

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/02/anwar-masuk-gereja-kecoh-najib-masuk.html?m=1

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bishop-calls-for-najib-to-take-stand-against-perkasa-jati

Ini gambar Najib pulak dalam gereja...

Cara korang menulis pun berniat jahat lah bro...
Kau letak gambar Anwar dalam gereja and gambar Najib dalam masjid.

Malas nak cakap lah ni lah yang dikatakan dengan sengaja mengundang fitnah pada seseorang.

Nak berjuang berjuang dengan jujur
Yang pertama and kene pegang berjuang kerana ALLAH SAHAJA
Jadi kita buat apa pun landasan kita sentiasa betul.
Bukan berjuang pertahan umno atau pembesar...
Kelak akan disoal di sana atas semua perbuatan kita.

Jujur lah sikit jadi gentle...
Jangan spin kuat sangat ok bro

mamak kuti mamat berkata...

Tak boleh nak salahkan admin 100%..a picture paints 1000 words!! Bila gambar tu dipresent dalam setting gereja, orang yang naif akan berkata ianya didalam gereja. Yang aku agak ID pusat ISTAC tu pakai copy ajer dari majalah entahmana, tambahan pulak perekabentuknya tak ada identiti/tak faham Islam...mungkin kafirun yang buat rekabentuk. Tapi tu semua tak jadi isu kritikal.

Tanpa Nama berkata...

Emmm
Macam ni sebenarnya...

Design tu aku pernah dengar ceramah dari seorang ustaz alasan dia simple.

Supaya tidak terlalu selesa hingga mengantuk dan tidak terlalu tak selesa...

Itu aja alasan dia...

Tak payah lah semua benda ada agenda pelbagai cari lah kesefahaman bukan permusuhan.

Bila asyik nak memandai itu lah jadi nya

abu bakar berkata...

Sekurang2nya admin ada meminta maaf diatas kesilapanya..camna lak klu yg disana terang2 bt fitnah jgn kan minta maaf mengekalkan fitnah ada lah..

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap sokong UMNO..inilah parti yg smpi sekrg aku hidup aman tenteram dan bebas kemana saja.Pasal ekonomi turun naik itu adalah biasa mengikut peredaran zaman dan jgn lah nk ikut apa yg kita nikmati 20,30 thn dulu semuanya murah je.

McTheory berkata...

Mc minta maaf sebab benar-benar tersalah faham tentang gambar tu. Takdak niat nak memfitnah individu dalam gambar tersebut.

Bukan ada kelebihan apa pun, berdosa lagi ada la, bila seseorang Islam menuduh saudara seIslamnya murtad! (selalunya Pas yang buat)

kalau bab Anwar meliwat, Anwar dgn china doll, Pas jilat Dap, Teresa Kok dan apa saja yg kena mengena dengan Pakatan Haram.. sory nak minta maaf!!

Tanpa Nama berkata...

Uiks ini mesti bukti kelas A hahahaha.
Udah2 lah tu aku tgk cara kau tu...
Cuba jawab Najib masuk gereja tak?
Jujurlah...

Spin lah selagi namanya umno tu kaki putar lah

Tanpa Nama berkata...

Jawapan sengal...
Hahahaha ekonomi memang turun naik..

Yang tak patut naik ialah ketirisan brader dan pembaziran...
Ini punca sebenar dan isu utama negara adehhhh

Kalau dah buta tu depan mata pun tak nampak...

Aman???
Kau tak tgk orang mana dok selalu buat isu perkauman kalau bukan umno sendiri.

Negara bawah pakatan bila masa pulak tak aman...
Melainkan adalah ngo2 baru muncul buat kacau macam orang tak kenal siapa diorang tu...
Hahahahha.

Banyakkan ambik tahu pasal ekonomi bai bukan ambik tahu pasal umno.

Kalau kau faham ekonomi kau akan tahu kat mana kedudukan Malaysia dan betapa bahayanya keadaan ini.

Tu pun kalau kau pandai lah kalau jenis sengal memang tak faham

Tanpa Nama berkata...

Lu memang pandai habis la..terer beb,bro kat mana info yg ko ambik ni?mcm dr anwar juburi je..data tahun 1997 ke?

Tanpa Nama berkata...

Info dia banyak bro

Membaca aja and masuk dunia koprat kau akan sedar situasi negara.

Jangan asyik jerit hidup melayu aja....