Rabu, 23 April 2014

HOT!! Bila Kafir Harbi Bercakap Tentang Islam? #PelikTapiBenar





Keadaan bertambah rumit apabila seorang kafir harbi cuba mengulas berkenaan agama Islam. Malah ia menjadi lebih rumit, apabila ulasan kafir tersebut diguna pakai oleh orang Islam yang mempercayai apa saja kata-kata yang keluar dari mulut kafir berkenaan.

Jangan pelik, kerana ianya memang berlaku di Malaysia. Islam bukan lagi hak untuk orang Islam. Sesiapa pun dah boleh cakap dan pertikaikan. Mereka ini tak percaya kata-kata dari saudara mereka sesama Islam, tetapi lebih percaya kata-kata dari seorang kafir harbi yang makan babi!

Baca ulasan dari blog Yuseri Yusoff,

Menurut Majlis Fatwa hukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;
  • Haram : apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.
  • Wajib : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.
  • Sunat : sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.
  • Harus : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.
Tetapi status sumpah ini tidak diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam kes sumpah Dato Eskay, beliau melakukan sumpah adalah bagi membuktikan lelaki dalam video yang didedahkan oleh beliau adalah Anwar Ibrahim.

Maksudnya, Eskay bersumpah demi menegakkan kebenaran kerana merasakan tiada jalan lain untuk beliau membuktikan di pihak yang benar. Justeru, sumpah Dato Eskay dilakukan dalam keadaan wajib.

Seperti diisyaratkan dalam al-Quran: 
“..kamu menahan kedua orang saksi sesudah solat (untuk bersumpah) dengan nama Allah jika kamu ragu (terhadap mereka),  
“(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun ia kaum kerabat,..” (Surah al-Maa’idah 5:106)
Dalam sumpah Eskay tujuan menggunakan al-Quran adalah bagi menguatkan kandungan sumpah. Sebabnya, bagi seorang Muslim, al-Quran adalah firman Allah dan setiap daripada kita wajib mempercayai firman Allah.

Dengan al-Quran di atas kepala orang yang bersumpah atau memegangnya, dia dapat lebih berasakan kebesaran Allah sehingga apa yang diucapkannya benar-benar sesuai dengan isi hatinya.

Jadi siapa Tian Chua mahu mempertikai sumpah yang dilakukan oleh umat Islam?

Tian Chua seorang ekstremis, seorang yang menggalakkan keganasan, siapa beri dia kelayakkan untuk berbicara mengenai hal ehwal berkaitan hukum orang Islam?

Jika Tian Chua seorang cina yang baik, dia akan berfikiran seperti uncle dalam video ini ;





Pihak polis sudah selesai ke belum kertas siasatan kes Tian Chua mahu gulingkan kerajaan, jika sudah siapkan kertas siasatan tolong cepat-cepat serah kepada peguam negara untuk pendakwaan.

Kali ini kita mahu tengok Tian Chua didakwa, itu pun kalau Ghani Patail ada telur...!


McTheory:
Sampai kucing bertanduk pun belum tentu dia kena dakwa..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan terikut dengan cara barisan. Fobia dengan orang kafir sehingga percakapan mereka jadi pelik.

Sepatutnya kalau orang bukan Islam tak faham, di situlah tugas kita atau pihak berwajib berjumpa atau terangkan yang benar. Itupun kalau pegawai agama kita ada brani kerana benar.

InsyaAllah mereka akan lebih terbuka. Kalau asyik tangkap sana sini tanpa siasat/dakwah/forum tentang sesuatu isu. Itu bukan mengembangkan Islam namanya.

ITU CARA NAK TAKUTKAN ORANG KAFIR TENTANG ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

Aiseh...kawan baik dari PAS la patut tegur dulu si tian chua tu, baru ada integriti. Kalau UMNO/BN/pihak berwajib buat teguran...x pasal2 melompat2 & berguling2 pulak geng2 mat sabu kat jalanan. Pok Nik perlu ambil pengajaran dari kekesalan dia yang terkilan sebab x sempat bagi penerangan sejelas2nya kepada karpal ttg kebaikan hukum hudud.

Masalahnya cara PAS SEMAKIN MEMBERANIKAN KAFIR HARBI MEMPERSOALKAN ISLAM....malah SI KAFIR HARBI DILANTIK PULAK BERI TAZKIRAH KAT PENGIKUT PASPISPUS....ishh...ish...ish...