Rabu, 23 April 2014
INFO! Pulau Bidong Bakal Pusat Pembiakan Terumbu Karang Malaysia! @IsmailSabri60 #Dsis
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu untuk mewartakan Pulau Bidong sebagai pusat pembiakan terumbu karang secara komersial.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan kajian dilakukan pelbagai pihak termasuk universiti mendapati Pulau Bidong sesuai dan antara lokasi terbaik untuk projek itu.
Projek Ladang Terumbu Karang Bidong itu kelak boleh menjana sumber pendapatan sampingan kepada nelayan dan golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang itu, katanya.
"Projek ini hanya mengambil masa tiga bulan sahaja (sebelum mendapat hasil) dan modal yang digunakan juga agak kecil dan ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus seperti projek ternakan lain.
"Jika ia (terumbu karang) ditanam secara banyak, sudah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada pengusaha kerana setiap terumbu karang yang dihasilkan bernilai sekurang-kurangnya RM5 atau RM10," katanya kepada pemberita selepas melancar Program Ladang Terumbu Karang Bidong dan menutup program Hari Bumi 2014: Sehari Bersama Nelayan di Pulau Bidong Isnin.
Ismail Sabri berkata Jabatan Perikanan akan membantu memasarkan terumbu karang yang diusahakan secara komersial itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu Nawi Mohamad, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Mohamad Dolmat dan Penasihat Yayasan Coral Malaysia Prof Datuk Dr Aziz Deraman.
Program tiga hari itu memfokuskan kepada aktiviti bersama-sama nelayan bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan itu yang bukan sahaja bersabung nyawa untuk membekalkan sumber makanan laut.
Selain aktiviti pembersihan sekitar Pulau Bidong, turut diadakan sesi dialog bersama-sama nelayan, acara sukaneka, pelepasan penyu, lawatan ke sekitar pulau termasuk tapak peninggalan warga Vietnam. - SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan