Rabu, 9 April 2014

#HOT!! Kontroversi 'Perah Buah' Student Prof Izzi Ali Tak Berani Nafi?


Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi:

“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.



Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.


Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. -malayazoom

Jika ada mana-mana pelajar ataupun staff pernah mengalami perkara yang sama anda diminta tampil ke hadapan bagi membantu siasatan biarpun secara rahsia.











Komen:

Masih ramai yang tertanya-tanya betul ka cerita ni? Memang pada awalnya kita susah nak percaya sebab Prof Izi ni kononnya pakar motivasi, orang terkenal, profesor pulak tu. Tapi benda busuk ni, kalau dah selalu sangat buat, lama mana nak boleh cover?

Mungkin disebabkan dia ada nama, jawatan dan pangkat, selama ini perbuatan keji dia tu 'dilindungi' namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Bukan Mc nak tuduh, tapi cerita tentang Prof Izi ni di Uitm Dungun dulu pun dah riuh rendah, cuma takdak yang berani kedepan. Kali ni di Uitm Arau pulak, selamatlah budak Shuhada tu buat report polis, Mc ingat, kalau dia tak buat dah tentu sampai bila-bila pun student perempuan kat sana diperah-perah oleh Prof Izi ni.

Baca last msg budak Shuhada ni Prof Izi,


Memang benda ni boleh dibuat, boleh ditipu, tapi Mc tak rasa budak ni sanggup gadai maruah diri untuk menipu dalam benda macam ni. 1 Malaysia tau woo.. mana dia nak letak muka lepas ni?

Selalunya seseorang perempuan akan bangkit bila maruah dirinya dicalar dan dicabar.

P/s: ini sebenarnya peringatan pada mana-mana pensyarah yang suka ambil kesempatan pada pelajar..

McTheory:
Kita sekarang mungkin tak percaya, kalau kena kat anak sendiri baru padan muka.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau orang tak percaya, saya percaya. sbb pengalaman hampir kena rogol dengan guru mengaji masa umur 12 tahun. saya tak cerita dgn sesapa sbb mak takkan percaya. dia seorang yg sentiasa duduk masjid. saya pecahkan tembelang dia bila dia nazak berkali2 tp tak mati2.then mak saya kata maafkan la dia. kesian dengan orang yang jaga. saya maafkan dia atas dasar kesian isteri dan anak yg nampak sgt pnat jaga dia. tak lama selepas itu dia meninggal. dan untuk pengetahuan anda semua ketika saya berumur 12 tahun dia berumur 70++. saya rasa bnyk lagi bnda yg serupa yg org tak kuasa nak dedahkan. sbb hanya yg mengalami saja yg akan tahu perasaan kami. bukan senang2 org nak buka maruah diri untuk diperkatakan.

Kedah News Network berkata...

nuar membalun belakang siap sampai kena 2 kali kes mahkamah org x percaya pulak... siap ada saksi segala... sebab nuar pandai... pandai pusing.. prof nie kena menuntut kat bang nuar lah yer...

Tanpa Nama berkata...

Zaman sekarang ini terlalu ramai manusia yg mengambil kesempatan dari status mereka sbg Dato..YB..Prof..Ust..Tok Guru..bla..bla..
Utk kepentingan dunia semata mata..
Saya percaya kes ini ada berlaku...

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat en Izi,sekrang semua dh tbongkar, itulah kita sbagai manusia jangan sesekali lupa,doa org yg teraniaya akan di makbulkn Allah lmbat atau cpat.Cuba ingat apa yg pernah En Izi lakukn pada students yg cntik2 sblum ini n pls tlg jgn babitkn his Xs 2nd wife. Dia tlah jadi mangsa keadaan tp atlast dia dpt mlpaskn diri. Insaflh.

Tanpa Nama berkata...

Cuba bandingkan kes Stopa Ali.. Nuar.. ada macai percaya? Org Melayu ni mmg taksub dgn penampilan.. asal watak mcm ostad je.. rogol anak dara pun xpe..

Check lh pemimpin2 yg bertopeng Agama ni.. tnya PAS.. mereka arif bab ini.. bab melucah pastu cover dgn ayat2 Suci..

Tanpa Nama berkata...

Kalu ppuan suka dgn ckp manis prof takan prof srg yg nk dslhkn..nk dpt A snggup draba n kalu takut larikn diri kwn lain pn ada sama..sbgai ppuan sy pelik..citer lama?? Ntah2 dia mgatal dgn bini sdiri cuma korg je x tau..bkn korg tau sape X 2nd wife dia.

Tanpa Nama berkata...

X2nd mangsa keadaan??..dia ni prnh da scandal dgn beberapa org..my fren ckp atlast rampas suami org..for e 2nd time rampas suami org. mangsa keadaan lg ker???

Tanpa Nama berkata...

korang jangan nak pandai2... aku tau dia dalam kelas mcm mana sebb sem lepas aku calculus dgn dia.. ak x backup sapa2.. sebab benda ni kita x tawu.. kita bukan sapa2 nak mengata atau hukom prof.. Allah ja yang tahu.. kalau betol prof izzi buat.. kita doakan dia pergi berterus terang dengan keluarga shuhada tu n memaafkan dia.. seterok2 mana manusia allah akan amponkn dosa dia.itu hubungan manusia dgn allah.. waalahualam..