Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.
Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.
Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi:
“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.
Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.
“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.
Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.
Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.
“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.
Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.
Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. -malayazoom
Jika ada mana-mana pelajar ataupun staff pernah mengalami perkara yang sama anda diminta tampil ke hadapan bagi membantu siasatan biarpun secara rahsia.
Komen:
Masih ramai yang tertanya-tanya betul ka cerita ni? Memang pada awalnya kita susah nak percaya sebab Prof Izi ni kononnya pakar motivasi, orang terkenal, profesor pulak tu. Tapi benda busuk ni, kalau dah selalu sangat buat, lama mana nak boleh cover?
Mungkin disebabkan dia ada nama, jawatan dan pangkat, selama ini perbuatan keji dia tu 'dilindungi' namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Bukan Mc nak tuduh, tapi cerita tentang Prof Izi ni di Uitm Dungun dulu pun dah riuh rendah, cuma takdak yang berani kedepan. Kali ni di Uitm Arau pulak, selamatlah budak Shuhada tu buat report polis, Mc ingat, kalau dia tak buat dah tentu sampai bila-bila pun student perempuan kat sana diperah-perah oleh Prof Izi ni.
Baca last msg budak Shuhada ni Prof Izi,
Memang benda ni boleh dibuat, boleh ditipu, tapi Mc tak rasa budak ni sanggup gadai maruah diri untuk menipu dalam benda macam ni. 1 Malaysia tau woo.. mana dia nak letak muka lepas ni?
Selalunya seseorang perempuan akan bangkit bila maruah dirinya dicalar dan dicabar.
P/s: ini sebenarnya peringatan pada mana-mana pensyarah yang suka ambil kesempatan pada pelajar..
McTheory:
Kita sekarang mungkin tak percaya, kalau kena kat anak sendiri baru padan muka.








