Rabu, 25 Januari 2012

PANASS!! Isteri Ketua Menteri Habiskan RM77,000 hanya untuk rawatan muka?



Seorang Ketua Menteri, khabarnya baru sahaja pulang dari bercuti di luar negara bersama-sama isterinya. Dikhabarkan juga, berlaku krisis antara pasangan suami isteri itu apabila si isteri yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di sebuah negeri lain, mengamuk sakan apabila mengetahui hubungan sulit suaminya.


Untuk menyejukkan hati si isteri, suaminya yang sebelum ini tampil dengan wajah chubby, terpaksa membawa isterinya makan angin ke luar negara. Menariknya, pemergian pasangan suami isteri yang sangat terkenal itu menggunakan sebuah pesawat mewah dan berlepas dari Singapura bagi mengelakkan diketahui ramai.

Tidak setakat makan angin dan berbelanja sakan, Ketua Menteri dan isterinya itu juga telah melakukan rawatan muka yang bernilai 17 ribu Euro (RM77,000) bagi satu sesi sebelum pulang semula ke Malaysia untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Sumber bagaimanapun, tidak pula memperincikan Ketua Negeri yang mana satu memandangkan terdapat empat orang Ketua Menteri di Malaysia iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak!!!

Sumber SINI

2 ulasan:

man on da street berkata...

Bro, berita sebegini amat sensasi sekali. Itu tak bolih di nafikan. Saya ada lah peyokong BN,dah lama dah, sejak BN di gelarkan sebagai Parti Perikatan , ngan lambang kapal layar lagi!. tetapi jangan menerbitkan berita yang tak dak "back up". Itu potong stim bro. Jikalau kita hendak jadi bloggers yang berwibawa , beri lah bukti yang sahih, jikalau tidak we will be always be known as "brewing without substance",get it? Jangan marah bro, ambil lah teguran ni sebagai daripada "veteran". Memang "syok" mendengar berita sebegini, akan tetapi apabila di minta bukti olih pihak sebalik nya, ada kah anda akan terkantoi? Watch your yuour back ,will ya!

Tanpa Nama berkata...

ketua menteri mana yg bini dia adalah ADUN di negeri lain? wakakaka.... what a good clue ....