Rabu, 25 Januari 2012

EKSKLUSIF!! Rakyat Kedah Mengamuk Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah

Kepala Gunung Pulai, Baling

Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga.

Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,







Andaikata projek ini dibenarkan oleh kerajaan negeri dan pembinaan kuari diteruskan juga, maka orang kampung akan membantah projek kuari ini dengan sekeras-kerasnya.

Nampaknya projek jual gunung ini merupakan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah.

Kalau Gunung pun depa nak jual, lepas ni apa pulak yang boleh mereka jual lagi?


McTheory:
Puak Pas ni dah gila dah.. kritikal punya gila nih..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nanti bila dah habis semua pas jual.lambat laun anak dara kat kedah pun depa bawa pi jual kat siam.jaga2 orang kedah.

Alor setar boy

Tanpa Nama berkata...

tanda-tanda nak neraka apabila pasak-pasak bumi dihancurkan oleh tangan-tangan manusia.

masalodeh berkata...

Apa salahnya untuk perubahan, pembangunan dan perubahyan...setiap perubahan, pembangunan dan kemajuan mesti ada yang terkorban, berkorban dan di korbankan.....barulah di katakan perubahan, kemajuan dan pembangunan

Tanpa Nama berkata...

PAS terpaksa jual apa yang ada kerana Kedah negeri miskin.MB Kedah asyik bergaya dengan kereta Mercedes baru yang dibeli dengan duit rakyat.Malang nasib orang Kedah dapat pemimpin PAS kedah yang pandai berceramah dan kelentong aja.