Ahad, 20 April 2014

PANASS!! Masalah HANTU KFA Ganggu Pasukan Bola Sepak Kedah!! #HanyaDiKedah


Ramai dok tertanya-tanya, apa lagi masalah dengan KFA ni!! Makin lama makin terukk!! Ramai orang taktau, masalah KFA lani, ramai lagi hantu-hantu yang dulu tak di SEPAK keluar. EXCO SUKAN pun agak lambat bertindak. Kita tak salahkan EXCO sebab depa pun baru lagi pegang profile ni masa nak susun pasukan Kedah.

Tukarlah berapa kali pun jurulatih dengan pengurus pasukan, selagi hantu dalam KFA tak tukar, selagi tu benda ni takkan selesai. Depa pilih pemain dan ambik pemain tanpa beritahu pada jurulatih. Patutnya jurulatih diberikuasa pilih dan panggil pemain mana dia nak. Bukan AJK atau pengurusan dalaman taktau apa pasal bola tu. Puak ni hanya nampak duit. Pemain yang diambil entah apa-apa kemudian, jurulatih dipaksa guna pemain-pemain yang sememangnya dipilih oleh hantu-hantu ni.


Mc takmau la kaitkan geng hijau atau geng biru.. sebab bola sepak tak patut dipolitikkan, tapi masih ramai geng hijau dalam tu. Ini masalah individu yang salahguna kuasa dan buat kerja tak fikir masa depan bola sepak. Kerajaan negeri cari duit bagi belambak-lambak dah. Patut pilih pemain dan panggil pemain yang baguih.

Ini tak, dok pulun jaga kroni depa dalam tu. Jurulatih takdak power.. gaji pemain pun, hantu-hantu ni yang dok bagi, dok susun sapa gaji tinggi, sapa gaji rendah. Mana-mana pemain yang tak pandai bodek depa, gaji takkan naik la. Silap-silap tahun depan dah kena sepak keluar. Pemain Kedah pun hantu-hantu ni juga yang dok jaga. Kalau dok ada lagi hantu-hantu ni dalam KFA. KFA takkan ada perubahan!!

Kita kena fikir, macam mana pemain nak main elok kalau hati tak senang? Duit turun banyak pun, yang senang hati hantu-hantu dalam tu juga. Kerajaan negeri patut sedar benda ni, FOKUS kepada pengurusan KFA sekarang!! Tolong la buang individu yang patut dibuang!! Simpan buat apa, tak payah kesian-kesian laa.. MAKAN DIRI DAHH!

Mc tengok penyokong Kedah sekarang tak faham situasi. Kepada peminat dan penyokong Bola Sepak Kedah, kalau nak tembak.. tolong tembak bagi kena. Toksah dok tembak merata-rata, buat penat kalau tembak salah orang. Tembak salah orang, orang tu tukaq, hantu dalam tu dok ada juga. Bila keadaan nak berubah?


Kita faham Menteri Besar kita ni baik, beliau percaya pada hantu-hantu dalam KFA tu, mungkin beliau fikir hantu-hantu akan berubah jika dijaga dengan baik. Tapi nama pun hantu, bagi la apa pun, dah nama kata hantu, perangai takkan berubah, tetap jadi HANTU!

Jadi Mc minta Menteri Besar lebih tegas dalam pentadbiran KFA jangan bagi muka lagi. Rakyat Kedah menaruh harapan penuh pada MB Kedah untuk membuat perubahan dalam KFA!

Nama-nama HANTU yang buat kacau dalam KFA akan didedahkan satu per satu. Tungguuuu..


McTheory:
Kepala bana HANTU dalam KFA namanya 'Zul Harun' siapa dia ni? nanti kita dedah..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PELAQ la Hantu tu
Boh mai bg nama depa
Nak terajang keluaq stadium

Quantum Metal Consultant berkata...

Mukhriz slow (aku belum nak guna perkataan lembek dan lembab sinonim dng paklah dan najib)...contohi md said mb t'ganu.

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz..aku hrp dia takkan dimaki mcm KJ
Keras sikit bang
Jgn lembik sgt
Kena keras skit

Jgn dok takut sgt kt org2 lama mcm Rozai boroi. Makan haram bnyk sgt
Jumpa kt pendang, mcm nak boh penerajang rasa..

Tanpa Nama berkata...

Memang ada hantu dlm KFA tu.Depa ni akan tunjuk muka yang baik di depan MB. Hantu-hantu ini adalah muka-muka lama yang memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA mulai tahun 2010 sehingga 2014.Sepanjang penglibatan mereka tidak ada satu pun aktiviti yang dijalankan demi masa depan Bolasepak Kedah. Tidak ada satu pertandingan peringkat negeri untuk mencungkil bakat-bakat baru. Dengan tiadanya pertandingan Bola peringkat tertinggi di negeri Kedah maka adalah sukar bagi kita untuk mencungkil bakat baru seperti pemain, pengadil dan juga jurulatih untuk di ketengahkan. Kita amat-amat memerlukan anak jati Kedah untuk mewakili Pasukan Negeri di samping pemain Import tempatan yang bedaya saing dan juga pemain Import luar yang berkualiti. Pengurus Pasukan mestlilah yang berkualiti (mempunyai pemahaman dalam bidang Bolasepak dan undang-undang Bolasepak) dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemain dan Penolong Pengurus Pasukan pula mestilah yang matang sekurang-kurang bolih membimbing pemain menjadi pemain yang bertanggungjawab dengan pasukan Negeri Kedah. Bekas Penolong Setiausaha Eksekutif terdahulu masih lagi berkhidmat dengan KFA tau apa yang berlaku tetapi beliau diam sahaja mungkin beliau mempunyai agenda beliau, buat saudara EXCO Sukan merangkap Setiausaha Eksekutif buatla kajian tentang hal ini dan janganla ego sangat macamla dia tau pasal bola sepak, dengar dan hayati pendapat orang-orang lama yang telah memegang jawatan semasa kebangkitan Kedah dahulu seterusnya menjadi Juara 3 Piala 2 tahun berturut yang mana pasukan ini telah di bina semenjak tahun 2002 lagi. Kesianla pada MB yang pandai mencari penaja untuk menampung perbelanjaan pasukan, sekarang dok kena maki hamun dengan peminat yang dahagakan kejuaraan di dalam Liga Malaysia.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

HANTU ADA TIGA EKOQ.. DARI ZAMAN PAS LAGI DOK ADA DAH.. NAMA SYED KHAIRUL, ZAHARI DENGAN ZUL CHE HARUN.

KALAU NAK TENGOK KEDAH NAIK BALIK. HANGPA KENA BUANG 3 EKOR HANTU RAYA NI. MAKAN KUAT, KERJA MACAM HARAM!