Sponsor

Memaparkan catatan dengan label bola kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola kedah. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

Sabree Abu Kembali ke #HijauKuning


Sabree Mat Abu yang lebih dikenali sebagai Abah atau Kereta Kebal dikalangan peminat bola sepak Kedah telah kembali bermain dengan Kedah setelah berhijrah bermain dengan PDRM pada musim lalu.

Sepertimana nama gelarannya Kereta Kebal yang dijadikan senjata pertahanan atau serangan dalam peperangan, kembalinya Sabree Mat Abu ke Kedah ianya mampu dapat memperkuatkan pasukan bola sepak Kedah dibahagian pertahanan serta berkemampuan membuat serangan dalam masa yang sama.

Selamat kembali ke Kedah Mohd Sabree Mat Abu.


sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Sabtu, 25 Oktober 2014

INFO! Penyerang Kedah Patah Tulang Rusuk Akibat dirempuh! #KedahSerataRata


Pemain penyerang Kedah Nam koong patah tulang rusuk. Kecederaan yang dihadapi oleh beliau merupakan punca utama pemain Kedah hilang fokus.

Nam Koong adalah penjaring gol awal semasa Kedah lawan Pahang di stadium Darulaman. Keadaan itu menyebabkan pemain muda Kedah hilang fokus.

Ternyata hilang fokus dan moral down digunakan sebaik mungkin oleh Pahang. Ini terbukti apabila 4 gol dihasilkan pada separuh masa pertama. Sedangkan separuh masa kedua, Pahang hanya mampu menjaringkan satu gol.

Permainan keras Pahang menyebabkan tekanan kepada pemain Kedah, terutamanya pemain muda.

Pengalaman menjadi penentu segala. Jangan sedih Lang Merah patah sayap bertongkat paruh, pulun Kedah pulun!

Hijau Kuning tanah air ku!!

Ahad, 19 Oktober 2014

HOT! Tiket Bola Kedah Lawan Pahang dah HABIS?? #KedahSerataRata



Penuhhh oii.. padat, ketat, melekat!




Penyokong bola sepak Kedah menunggu tiket sejak dari pukul 7 pagi untuk membeli tiket. Dah lama kita tak melihat keadaan beratur panjang dikaunter tiket ini berlaku. Alhamdulillah gelombang bola sepak Kedah kembali semula.

Dengan aura sebegini, kita harap pasukan Kedah menang dan menjaringkan gol yang banyak. 3 - 0!!

Ada amanat ringkas dari Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir


Doakan pasukan Lang Merah mencapai kemenangan malam ni.. Insyallah

Jumaat, 5 September 2014

HOT!! Masalah Anugerah Tanah Pemain Kedah Selesai! #KedahSerataRata


Berita ini bakal menambah ceria pemain dan peminat bola sepak Kedah!

Kerajaan Kedah luluskan anugerah tanah pada pemain bola sepak Kedah yang memenangi treble dua tahun berturut-turut.

Keputusan ini dicapai didalam mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan negeri petang tadi.

Walaupun ianya janji Kerajaan terdahulu.. Kerajaan tetap tunaikan janji untuk menganugerahkan tanah di Pokok Sena, diberi pada semua pemain pasukan Kedah yang menjuarai 3 piala pada tahun 2007/2008, tanpa membezakan pemain itu anak kedah atau orang luar.


Pengumuman ini dilakukan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, kata beliau, semua pemain wajar diberikan anugerah tersebut, kerana semuanya berusaha didalam satu pasukan untuk memenangi 3 Piala. Hingga menyebabkan Kedah merupakan pasukan yang memecah sejarah bola sepak kerana memenangi tiga piala dalam dua tahun berturut-turut.

Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah kerana memahami denyut nadi rakyat!

Akhirnya penantian pemain Kedah dalam pasukan terdahulu berbaloi juga.

Tabik Spring pada MB Kedah kerana membuat keputusan yang bijak!

#MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata

Sumber dari page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Isnin, 21 April 2014

PANASS!! Kontroversi Baddrol Bakhtiar Bakal Tinggalkan Pasukan Kedah? #HanyaDiKedah


Kontroversi Badrol Bakhtiar akan meninggalkan skuad hijau kuning? Katanya hendak berhijrah ke Pahang? Betul ka? Persoalan ini menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan. Ada yang kecewa dengan keputusan itu, namun ada juga yang menyokong kononnya demi masa depan Baddrol sendiri.

Semuanya berpunca dari 'tweet' Baddrol yang seolah-olah kecewa dengan prestasi pasukan Kedah.


Gundah gulana para peminat pasukan Kedah yang tidak mahu kehilangan pemain bintang yang juga nadi pasukan si Baddrol. Bagi mereka, kalau Baddrol tinggalkan pasukan Kedah, sudah tentu seri pasukan hijau kuning tersebut akan hilang.

Pelbagai andaian, teori, pandangan dan cacian mula dibuat oleh peminat keatas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Sedangkan orang tak tahu masalah sebenar KFA ialah hantu-hantu tamak yang menganggap KFA tu seperti bapak depa yang punya.

Hantu-hantu tu dah lama menghantui KFA sehinggakan ramai pemain terbaik Kedah yang dulunya hebat, kini meninggalkan pasukan disebabkan tak tahan dengan perangai hantu yang mengawal segala pentadbiran pasukan Kedah.

Cerita pasal hantu semalam ada Mc sentuh, nak baca boleh klik SINI.

Sambung balik cerita Baddrol.

Baddrol sebenarnya tak berniat nak tinggalkan pasukan Kedah pun. Kita yang salah faham. Masa cuti perlawanan liga Malaysia ni, Baddrol dipanggil ke skuad nasional. tu saja..


Soo.. para peminat pasukan bola Kedah jangan risau. Baddrol masih setia dengan Kedah. Tapi kita mesti ingat, pasukan Kedah bukan hanya bergantung pada seorang. Mesti ada kerjasama barulah pasukan jadi kuat.

Tambahan lanie, ada info yang beritahu Mc, ada satu puak dalam KFA saja bagi pemain tak senang hati dan tak serius dalam perlawanan, sebab nak bagi Kedah kalah! Bila kalah, peminat akan marah dan salahkan Presiden atau kerajaan negeri.

Mc tak syak orang lain, Mc syak 3 ekor hantu dalam KFA tu. Selagi 3 ekor hantu tak keluar, selagi tu pasukan bola sepak Kedah takkan maju.

Kita guna kuasa penyokong untuk memberi tekanan pada atasan KFA supaya 3 ekor hantu boleh di SEPAK dari pentadbiran KFA.

Ingat noo nama-nama hantu KFA, sorang  nama Zul Che Harun, Zahari dan Syed Khairul!


McTheory:
Kalau nak Kedah main elok balik.. buang 3 ekor ni..

Ahad, 20 April 2014

PANASS!! Masalah HANTU KFA Ganggu Pasukan Bola Sepak Kedah!! #HanyaDiKedah


Ramai dok tertanya-tanya, apa lagi masalah dengan KFA ni!! Makin lama makin terukk!! Ramai orang taktau, masalah KFA lani, ramai lagi hantu-hantu yang dulu tak di SEPAK keluar. EXCO SUKAN pun agak lambat bertindak. Kita tak salahkan EXCO sebab depa pun baru lagi pegang profile ni masa nak susun pasukan Kedah.

Tukarlah berapa kali pun jurulatih dengan pengurus pasukan, selagi hantu dalam KFA tak tukar, selagi tu benda ni takkan selesai. Depa pilih pemain dan ambik pemain tanpa beritahu pada jurulatih. Patutnya jurulatih diberikuasa pilih dan panggil pemain mana dia nak. Bukan AJK atau pengurusan dalaman taktau apa pasal bola tu. Puak ni hanya nampak duit. Pemain yang diambil entah apa-apa kemudian, jurulatih dipaksa guna pemain-pemain yang sememangnya dipilih oleh hantu-hantu ni.


Mc takmau la kaitkan geng hijau atau geng biru.. sebab bola sepak tak patut dipolitikkan, tapi masih ramai geng hijau dalam tu. Ini masalah individu yang salahguna kuasa dan buat kerja tak fikir masa depan bola sepak. Kerajaan negeri cari duit bagi belambak-lambak dah. Patut pilih pemain dan panggil pemain yang baguih.

Ini tak, dok pulun jaga kroni depa dalam tu. Jurulatih takdak power.. gaji pemain pun, hantu-hantu ni yang dok bagi, dok susun sapa gaji tinggi, sapa gaji rendah. Mana-mana pemain yang tak pandai bodek depa, gaji takkan naik la. Silap-silap tahun depan dah kena sepak keluar. Pemain Kedah pun hantu-hantu ni juga yang dok jaga. Kalau dok ada lagi hantu-hantu ni dalam KFA. KFA takkan ada perubahan!!

Kita kena fikir, macam mana pemain nak main elok kalau hati tak senang? Duit turun banyak pun, yang senang hati hantu-hantu dalam tu juga. Kerajaan negeri patut sedar benda ni, FOKUS kepada pengurusan KFA sekarang!! Tolong la buang individu yang patut dibuang!! Simpan buat apa, tak payah kesian-kesian laa.. MAKAN DIRI DAHH!

Mc tengok penyokong Kedah sekarang tak faham situasi. Kepada peminat dan penyokong Bola Sepak Kedah, kalau nak tembak.. tolong tembak bagi kena. Toksah dok tembak merata-rata, buat penat kalau tembak salah orang. Tembak salah orang, orang tu tukaq, hantu dalam tu dok ada juga. Bila keadaan nak berubah?


Kita faham Menteri Besar kita ni baik, beliau percaya pada hantu-hantu dalam KFA tu, mungkin beliau fikir hantu-hantu akan berubah jika dijaga dengan baik. Tapi nama pun hantu, bagi la apa pun, dah nama kata hantu, perangai takkan berubah, tetap jadi HANTU!

Jadi Mc minta Menteri Besar lebih tegas dalam pentadbiran KFA jangan bagi muka lagi. Rakyat Kedah menaruh harapan penuh pada MB Kedah untuk membuat perubahan dalam KFA!

Nama-nama HANTU yang buat kacau dalam KFA akan didedahkan satu per satu. Tungguuuu..


McTheory:
Kepala bana HANTU dalam KFA namanya 'Zul Harun' siapa dia ni? nanti kita dedah..

Isnin, 17 Februari 2014

HOT! MB Kedah Yakin Pasukan Kedah KALAHKAN Johor Darul Takzim! #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah


Komen MB Kedah Dato Seri Mukhriz mengenai perlawanan bola sepak diantara Kedah dan JDT pada perebutan Piala FA esok!


Menang tu menang juga.. paling penting game tu AMAN damai. Jangan ada pergaduhan.

Apa pun This Darulaman! Pulun Kedah Pulun!


McTheory:
Helang Merah BAKAL menganas!!

Rabu, 5 Februari 2014

TUDIAA!! Lang Merah Menganas Lagi 12 GOL Dalam 4 Perlawanan Pulun Kedah Pulun!! #HanyaDiKedah


Nampaknya Pasukan Kedah terus menganas pada tahun ni. Dalam 4 perlawanan, pasukan Kedah sudah menjaringkan 12 GOL! kali ini dalam piala FA, Kedah membenam Perlis lagi sekali!!

Sedutan jaringan semalam dalam video dibawah!


Lain macam semangat Lang Merah melanda pasukan hijau kuning, harap konsisten hingga ke Piala Malaysia!

Nak tengok Kedah lawan JDT. Lang Merah bakal jinakan harimau selatan. Game mesti best punyalahh!

Rabu, 22 Januari 2014

INFO! Tahniah Pasukan Kedah Kalahkan KL 4 - 0!! #HanyaDiKedah #ThisIsDarulaman


Tahniah buat pasukan Kedah yang berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 4-0 semalam. Gol Kedah dijaringkan oleh Khairul Helmi, Khyrill Muhymeen dan Adam Grifith (2 gol). Selepas ini pasukan Kedah akan menentang Perlis pada 4/2/2014.

Kekalkan momentum kemenangan! Nampaknya semangat Lang Merah memang benar-benar mencengkam.

#ThisIsDarulAman

Layan video jaringan gol dibawah,


Sabtu, 28 Disember 2013

HOT! Persatuan Penyokong Kedah Terus Bantah Logo Baru KFA? #HanyaDiKedah


Nampaknya bantahan sekumpulan kelab penyokong Kedah terhadap KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) menjadi semakin panass.. walaupun Mc diberitahu pihak Istana pun dah bersetuju dengan logo baru KFA, namun masih ada desas desus dikalangan kelab penyokong Kedah yang tidak berpuas hati.

Dulu pun Mc pernah tulis pasal ni, nak baca boleh klik SINI
Poster diatas adalah satu contoh bantahan..


Mc pernah menghubungi orang kuat KFA, adakah mereka tak peduli bantahan dari kelab penyokong bola sepak Kedah ni. Jawapan yang diberikan, mereka kata mereka peduli, namun mereka lebih pedulikan nasib bola sepak Kedah dan mahu memartabatkan bola sepak Kedah menjadi kuasa besar di Malaysia semula.

Yaa betui, apa yang penting martabatkan semula bola sepak Kedah.

Bukan semua penyokong hijau kuning membantah logo baru tu. Ada yang setuju untuk tukar. Cuma bila ada yang berkepentingan dan ada juga yang hanya mengikut-gikut, membantah tanpa tujuan. Rasa tak salah nak tukar kearah kebaikkan.

Lagi pun Mc rasa bukan semua persatuan dan kelab penyokong Kedah ni yang berdaftar. Berapa kerat sangat yang benar-benar berdaftar, malah ahli persatuan dan kelab pun tak ramai mana. Malah penyokong hijau kuning yang tidak berdaftar bawah kelab dan persatuan, jauh lebih besar angkanya.

Keduanya kalau boleh Mc cadangkan persatuan dan kelab penyokong hijau kuning ni, berdaftar dibawah satu persatuan saja. Buat apa banyak kelab dan persatuan, kan bagus kalau dibawah satu kepala saja.

Ketiganya kalau betul sayangkan KFA, jangan lagi minta tiket percuma untuk sebarang perlawanan dan pastikan peminat yang ada di bawah persatuan depa ni, jangan dok bakar mercun setiap kali permainan. Teruk KFA nak bayar denda. Tu pun kalau rasa sayang dan nak bantu KFA la.

Dari kita asyik membantah, apa kata kita bagi peluang kepada KFA untuk buktikan kemampuan mereka pada tahun ini. Kita tengok apa yang mereka mampu buat, dan sejauh mana KFA mampu membuat perubahan pada pasukan bola sepak Kedah.


McTheory:
Sokong perubahan untuk kebaikkan..

Rabu, 18 September 2013

HOT! Video Jaringan Kemenangan Kedah Lawan Perak Semalam!!


Pehh.. berbaloi penyokong Hijau Kuning buat rombongan 17 biji Bas ke Perak semata-mata untuk beri sokongan pada pasukan kesayangan. Rugi betui Mc tak dapat ikut sekali ke sana.

Apa pun tahniah pada pasukan Kedah. Aura Kedah zaman kemenangan dulu datang semula!

Mungkinkah ini disebabkan aura pentadbiran baru negeri Kedah?

Puluh Kedah Pulun oii..

Selasa, 20 Ogos 2013

INFO! Tahniah Pasukan Kedah Berjaya Ikat Juala Liga Super LIONXII 2-2!! #PialaMalaysia

Hiasann..

Tahniah Sang Kenari..

Berjaya menjinakkan Sang Singa di Singapura..

Juara Liga Super tuu..

LionsXII 2 - 2 Kedah..

Nampaknya sejak BN mula memerintah, aura kegemilangan dah kembali..

"Pulun Kedah Pulun.. Biar Jasa Jadi Kenangan.."

PAS pelingkup Bolasepak Kedah.. 

Kini BN akan mengembalikan kegemilangan Hijau Kuning..