Sabtu, 25 Oktober 2014

INFO! Penyerang Kedah Patah Tulang Rusuk Akibat dirempuh! #KedahSerataRata


Pemain penyerang Kedah Nam koong patah tulang rusuk. Kecederaan yang dihadapi oleh beliau merupakan punca utama pemain Kedah hilang fokus.

Nam Koong adalah penjaring gol awal semasa Kedah lawan Pahang di stadium Darulaman. Keadaan itu menyebabkan pemain muda Kedah hilang fokus.

Ternyata hilang fokus dan moral down digunakan sebaik mungkin oleh Pahang. Ini terbukti apabila 4 gol dihasilkan pada separuh masa pertama. Sedangkan separuh masa kedua, Pahang hanya mampu menjaringkan satu gol.

Permainan keras Pahang menyebabkan tekanan kepada pemain Kedah, terutamanya pemain muda.

Pengalaman menjadi penentu segala. Jangan sedih Lang Merah patah sayap bertongkat paruh, pulun Kedah pulun!

Hijau Kuning tanah air ku!!

Tiada ulasan: