Sabtu, 28 Disember 2013

HOT! Persatuan Penyokong Kedah Terus Bantah Logo Baru KFA? #HanyaDiKedah


Nampaknya bantahan sekumpulan kelab penyokong Kedah terhadap KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) menjadi semakin panass.. walaupun Mc diberitahu pihak Istana pun dah bersetuju dengan logo baru KFA, namun masih ada desas desus dikalangan kelab penyokong Kedah yang tidak berpuas hati.

Dulu pun Mc pernah tulis pasal ni, nak baca boleh klik SINI
Poster diatas adalah satu contoh bantahan..


Mc pernah menghubungi orang kuat KFA, adakah mereka tak peduli bantahan dari kelab penyokong bola sepak Kedah ni. Jawapan yang diberikan, mereka kata mereka peduli, namun mereka lebih pedulikan nasib bola sepak Kedah dan mahu memartabatkan bola sepak Kedah menjadi kuasa besar di Malaysia semula.

Yaa betui, apa yang penting martabatkan semula bola sepak Kedah.

Bukan semua penyokong hijau kuning membantah logo baru tu. Ada yang setuju untuk tukar. Cuma bila ada yang berkepentingan dan ada juga yang hanya mengikut-gikut, membantah tanpa tujuan. Rasa tak salah nak tukar kearah kebaikkan.

Lagi pun Mc rasa bukan semua persatuan dan kelab penyokong Kedah ni yang berdaftar. Berapa kerat sangat yang benar-benar berdaftar, malah ahli persatuan dan kelab pun tak ramai mana. Malah penyokong hijau kuning yang tidak berdaftar bawah kelab dan persatuan, jauh lebih besar angkanya.

Keduanya kalau boleh Mc cadangkan persatuan dan kelab penyokong hijau kuning ni, berdaftar dibawah satu persatuan saja. Buat apa banyak kelab dan persatuan, kan bagus kalau dibawah satu kepala saja.

Ketiganya kalau betul sayangkan KFA, jangan lagi minta tiket percuma untuk sebarang perlawanan dan pastikan peminat yang ada di bawah persatuan depa ni, jangan dok bakar mercun setiap kali permainan. Teruk KFA nak bayar denda. Tu pun kalau rasa sayang dan nak bantu KFA la.

Dari kita asyik membantah, apa kata kita bagi peluang kepada KFA untuk buktikan kemampuan mereka pada tahun ini. Kita tengok apa yang mereka mampu buat, dan sejauh mana KFA mampu membuat perubahan pada pasukan bola sepak Kedah.


McTheory:
Sokong perubahan untuk kebaikkan..

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ye la rebranding.. yg penting KUALITI pemain dan penguran KFA.. bukan asyik nk kosmetik ubah logo hilang nilai asal. Kenapa kita suka ubah mnda2 yg bg sejarah..
cuba tgk Alor Setaq.. habih clear tempat2 sejarah.. ligan duit punya pasai.. ni pun sama la.
Org putih boleh kekal dgn logo beratus tahun.. kita? sikit2 nk ubah itu ini last2 objektif tk ke mana.

Syg sgt la klu depa betui2 ubah logo Kenari asai.. logo 'keramat' sejak zaman aku sekolah zmn Projek 2000-budak2 khas tu pakai logo tu laa

Tanpa Nama berkata...

Biaq lah logo baru...isu kecik jea...

Tanpa Nama berkata...

logo baru ni nanti biar martabat pun baru. klau bleh naik balik liga super. baru kami redha dgn logo 2.

Tanpa Nama berkata...

setuju juga tukar logo baharu... tp logo yg terbaharu ni pun tak cantik jugak... cari yang lain

Tanpa Nama berkata...

apa maksud bentuk heksegon d belakang tu??? tak bleh ka kita buat bentul perisai mcm JDT dan PKNS.. baru ganas

Tanpa Nama berkata...

Cantik juga logo baru

Tanpa Nama berkata...

Salam logo lama ada 11 segi bermakna 11 pemain utama kedah. hat baru 12 segi campuq pengadil ka??? awat malu sangat ka guna maskot kenari? kenari itu cantik dan bijak sama la pemain kedah main mesti cantik n bijak atuq strategi.