Khamis, 1 Mei 2014

HOT!! Kumpulan Anarki ni wujud sebab PKR jugak!! #BantahGST




Katanya SAMM yang diketuai oleh Chegu Bard tak mengaku kumpulan Anarki ni ada kaitan denganya. Malah kumpulan ini seolah-olah menjadi satu kumpulan asing yang tidak dikenali dikalangan puak PR.

Baca laporan di bawah,

Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media. 
Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar. 
Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku. 
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut. 
Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎". 
Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎. Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan. 
Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut. 
"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.
Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda. 
"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu. 


Setahu Mc, kumpulan ni merupakan serpihan daripada penyokong tegar PKR. Dulu kumpulan mereka ini tak besar. Tapi sejak ideologi mereka di sebar secara bebas. Kumpulan Anarki ni menjadi semakin ramai.

Mereka ini anti raja, anti undang-undang, anti pemimpin kerajaan dan sepatutnya mereka juga anti agama. Mereka menyokong apa saja tentang kebebasan. Kalau fahaman kumpulan ini menjadi semakin besar, ianya mungkin akan menyesatkan ramai anak muda kita.

Contoh manusia yang memegang fahaman Anarki ini ialah Hishamuddin Rais. Siapa kenal dengan Hisham ni tahu la perangai dia macam mana. Serupa orang takdak agama!

Jadi, kalau PKR nafikan mereka tak terlibat dengan kumpulan anarki ni, memang menipu la. Fahaman jahat anti raja dan anti kerajaan ni, memang disebarkan oleh puak PKR.

Tapi biasa la, bila jadi perkara buruk, sapa pun tak mengaku. Malah paling menarik, ada yang tuduh kumpulan anarki ni penyokong UMNO. kah kah kah.. bangang tak sikit puak PR ni, bangang depa selalu banyak dan melampau! he he..


McTheory:
UMNO kan kerajaan.. mana boleh penyokong kerajaan pegang ideologi anarki? he he he.. bangang laa..

Tiada ulasan: