Selasa, 13 Mei 2014

HOT!! Luahan Seorang ADUN BN Pro Mat Said Tentang Krisis di Terengganu!!



Dibawah ini luahan seorang Adun BN yang memang sahabat baik pada Mat Said, bekas MB Terengganu tu.

Baca luahan beliau,

Assalamualaikum Sahabat-sahabat kepimpinan UMNO dan warga UMNO Bhg. Marang... di sini saya nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli Umno dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Saya berharap sahabat2 kepimpinan dan warga UMNO Marang kuatkan semangat dan tempuhilah situasi politik dan kemelut UMNO Trg sekarang dgn bijaksana dan secara matang... Sebagai Ketua UMNO Bhg. Marang dan Adun BN Pengkalan Berangan yg menang dan diberi mandat dlm pru 13 baru-baru ini AMAT SEDIH dan KESAL dgn peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Trg sekarang ini. Sedih bila tumbangnya sebuah kerajaan BN yg terbentuk selepas pru 13 (17 BN - 15 PAS) bila ada di antara rakan2 wakil rakyat BN yg telah keluar parti dan berstatus parti bebas.

Walaubagaimanapun saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yg. mereka telah buat. Sebab mereka dgn pendirian mereka... DAN saya sangat kesal dgn. peristiwa pertukaran MB Trg yang amat mengejutkan dan terlampau drastik...sedangkan malam sebelumnya kita sama2 berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama2 dan bersalaman dgn penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.. SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana2 pimpinan tertinggi parti...dlm hal pertukaran MB Trg... sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kpd parti dan berkhidmat utk kerajaan BN Trg.malah UMNO Bhg Marang telah membuat retreat dan sama2 berikrar utk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen yg telah tewas dlm pru 14 nanti.

Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA2 KAMI org. UMNO Trg ?..Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera utk kembalikan maruah BN/UMNO Trg..kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri... maafkan saya. Kepada anak2ku dan isteriku, sahabat2 seperjuanganku dan rakan2 umno Marang..kuatkan semangatmu dan berdoalah semoga Allah swt.merahmati perjuangan kita (UMNO) dan kembalikan keperkasaan UMNO utk AGAMA BANGSA dan NEGARA.

Maaf kpd kalian sekiranya luahan hati ku ini tidak disenangi. Airmataku yg berguguran ketika ku coretkan luahan ini..adalah airmata perjuanganku!!! AKU DULU, KINI DAN SELAMANYA TETAP BERSAMA UMNO...

Allahuakbar!!!!

P/s: Cerita ni tak berapa nak betul yang betuinya, boleh baca kat SINI 


McTheory:
Kalau semua perkara boleh dibincang dengan otak yang waras, dah tentu benda ni takkan jadi. 

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan luahan ini,Najib dan Mahyuddin kena ambil tanggung jawab utk di persalahkan.Najib patut buang Rosmah,bukan buang maty Said.

Tanpa Nama berkata...

Dah jadik bubur dah.
Ayam dah terlepas,...

Tanpa Nama berkata...

What you give, you get back...

Tanpa Nama berkata...

dasar cakap tak serupa bikin..bila PM suruh berundur secar terhormat xnak..bila kena paksa, mulalah meroyan keluar parti..inilah wajah sebenar mat said

Tanpa Nama berkata...

Betul tu non, rosmah najib yg patut disingkirkan. Jobor je lebih rosmah, masa perhimpunan agung rambut kembang dipuji dek laki. Lepas tu tanak duduk sesama ngan mahathir ngan pak lah nak duk atas. Mcm gud2 je kau mah.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata Najib kalau dia terjatuh sebelum sempat buat kenduri 'of the year' untuk anaknya kat mahligai Putrajaya.

Tentu sedih woooo.

Tanpa Nama berkata...

Toksah kita bersedih2 ngan peristiwa ni sebab matlamat mulia Umno adalah untuk berbakti pada rakyat. Bukan jawatan dan kuasa yg dikejarkan Umno tetapi hasrat ikhlas untuk membantu rakyat. Biarkan PAS mengejar kuasa tetapi kita teruskan kerja berbakti pada rakyat tanpa jawatan dan kuasa. Pastikan rakyat dlm kawasan yg menyokong Umno dapat peruntukan saperti yg termaktub dlm perlembagaan walaupun Umno menjadi pembakang di Ganu.

Tanpa Nama berkata...

Tunggulah Najib laki Rosmah pasti akan terima balasan Allah.. Najib zalim dan keras pd sesama Melayu tp lembik dn talibarut pd Cina musuh2 Islam..

Berilah pertimbangan kemanusiaan.. Kenduri ank beliau tk lama mana.. sabarlah kejap jikakemaruk nk tunjuk kuasa pun...

Celakalah Najib!

Tanpa Nama berkata...

Ada ubi Ada batas
Ada hari Tuhan balas
Org politik mmg tak ingat mati terutama pemimpin umno

Tanpa Nama berkata...

Mat Said ni pun kena la berpegang pada janji dan prinsip perjuangan..walaupun dah sedap duduk di kerusi empuk diatas tu..bila tiba waktu utk turun berundurlah sdcara terhormat,tak pyh la nak cipta seribu alasan apa bagai..bila dah kena tolak mula la merajuk..

Tanpa Nama berkata...

patut najip yang berundur ...bukan orang bawah...

Tanpa Nama berkata...

Mad Said tak perlu lah kecewa dan bersedih..dah mmg rezeki kamu sampai tahap tu je jd mb..bagi la peluang org lain pulak..

Tanpa Nama berkata...

Ayam masak Gulai Sambal Tempoyak

Tanpa Nama berkata...

Sekurang2nya Dato' Mat Said patuh kepada arahan presiden partinya supaya meletakkan jawatan. Lain pula dengan seorang MB dari Pakatan Rakyat seluruh Majlis Pimpinan Pusat partinya minta dia letak jawatan, tapi dia tetap tak nak. Dan memandai-mandai pulak suruh Dun lain dibubar buat habis duit je. Sia-sia duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

pm lebih suka perkara2 sensasi yang bakal merugikan negara...pembaziran wang rakyat nak buat PRK (mungkin) tetapi tidak fokus untuk menstabilkan ekonomi negara...hutang negara semakin meningkat. sedih dapat pm camni...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin sekrg gila kuasa..apa nak jd? Bukannya memikirkan kepentingan rakyat tp kepentingan jawatan masing2..rakyat sudah buat pilihan masa pilihanraya..tlg buat keje..parti masing2 dah pilih calon masing2 sbg wakil kawasan..rakyat pilih parti yg boleh jlnkan tanggungjwb, wakil parti hanya melaksanakannya..wakil yg dah dipilih jgn pikir rakyat akan ikut kalo dia nak keluar parti ke apa?! Rakyat x kira apa parti ttp akan sokong parti yg dia sokong walaupun bertukar ketua..yg pegang jawatan jgn nak menyusahkan rakyat!! yg taksin dgn dia je yg akan layan..

Unknown berkata...

Tmpt lubuk buat duit harta kekayaan diri tamak haloba orang mana nak lepas

Unknown berkata...

rakyat undi lantik wakil2 rakyat dan parlimen...tu supaya kerajaan tolong bantu beban rakyat....bukan suruh mereka kaut harta....mereka kaya raya...
.rakyat menderita...masuk talevisyen meminta2 derma

Tanpa Nama berkata...

Rosmah juga yg untung sbb laki dia berkuasa lagi... wpun FAILED!

Tanpa Nama berkata...

kepimpinan UMNO dah kucar-kacir ...bukan salah perti tetapi kepimpinan parti ...disebabkan inilah aku tak pilih parti dah , aku pilih kepimpinan pilih calon ..jika calon itu baik datang dari mana parti pun aku pilih ..kecuali DAP dan PKR ...

brotherhood berkata...

Kata najib " saya orang melayu,saya presuden umno,takkan saya nak perjudikan nasib org melayu,yakin ni lah saya" kikiki pokewak punya najib. Wahai org2 umno yg dah jadi ngoks.. ambil lah satu keputusan..turunkan najeeb bugimma ni sevelom umno jadi ngoks selamanya