Isnin, 26 Mei 2014

INFO! Berita Baik Untuk Pesawah!! RM39.2 JUTA Wang Ehsan Dari Kementerian MOA Untuk Anda di #Kedah!! @IsmailSabri60 #Dsis #HanyaDiKedah


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan bantuan wang ihsan berjumlah keseluruhan RM39.2 juta kepada 5,447 pesawah, yang mengalami kerugian akibat kemarau dan tanah jerlus di Kedah dan Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata daripada jumlah itu, RM2.4 juta diperuntukkan kepada 1,570 pesawah membabitkan kawasan seluas 1,661.84 hektar, yang menghadapi masalah kawasan tanaman padi dilanda kemarau.

Beliau berkata, peruntukan selebihnya membabitkan RM36.8 juta pula diberikan kepada 3,877 peladang dengan kawasan seluas 6,962 hektar, yang mengalami masalah tanah jerlus sehingga dua musim penanaman padi mereka terpaksa dibatalkan bagi pemulihan kawasan itu melalui Program Pemulihan Tanah Jerlus.

“Bagi masalah kemarau, kerajaan memberikan wang ihsan sebanyak RM1,400 bagi setiap hektar kepada 1,570 pesawah, manakala bagi masalah tanah jerlus kita menyalurkan bantuan sebanyak RM2,645.50 sehektar bagi satu musim tanaman.

“Kita yakin dengan pelaksanaan Program Pemulihan Tanah Jerlus, masalah dihadapi petani sejak dua tahun lalu dapat diatasi, sekali gus mengelakkan kehilangan pendapatan yang dianggarkan bernilai RM105.2 juta setahun,” katanya kepada media selepas lawatan kerja di Kampung Bendang Raja, di sini, semalam.

Tabung khas bantu petani.

Ismail Sabri berkata, wang ihsan itu diperoleh daripada Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan yang diwujudkan kementerian bagi membantu penternak, peladang dan nelayan yang dilanda bencana alam dengan peruntukkan keseluruhan tabung sebanyak RM10 juta pada peringkat awal.

Ismail berkata, kawasan tanaman padi yang dilanda kemarau meliputi 42 kawasan di bawah kendalian 10 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sehingga menyebabkan kehilangan hasil sebanyak 6,600 tan.

Katanya, dalam tempoh jangka panjang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai (PPSP) mengkaji mewujudkan telaga tiub bagi mengairi bendang yang kering akibat kemarau.

“Selain itu, kita juga akan membuat kajian bagi menyalurkan air dari Sungai Padang Terap yang jauhnya kira-kira 25 kilometer (km) ke Sungai Lampam bagi pembekalan air ke kawasan bendang di Pendang,” katanya.

Pelaksanaan program pemulihan tanah jerlus pula membabitkan pembinaan dan pembaikan sistem saliran dan mengembalikan semula kekuatan struktur tanah sawah dengan peruntukkan sebanyak RM11.42 juta melalui Rolling Plan 3 dan RM13.6 juta melalui peruntukkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Video dibawah menerangkan enam faedah melalui dana peladang,

Tiada ulasan: