Khamis, 15 Mei 2014

INFO!! Kedah Bakal Terima Pelaburan RM4 Billion tahun Ini!! - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

“Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

“Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

“Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion,” katanya. - Umno

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dok tumpu pelaburan tapi dalam masa sama kisah la sama bab kuin yang makin musnah. lantik rektor gaji besaq tapi tak dapat tarik pelajar masuk.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la pemimpin barisan dari dulu dan selamanya. Pelaburan yang akan lebur dalam poket kroni.

Penyokong tegar bee end plak tunggu pelaburan kat2 pru menadah tangan jatuhnya kain batik dan jalan tar masuk rumah.

Tak kasi, kami keluar umano. Nak keluar ni.. nak keluar ni..

Tanpa Nama berkata...

masuk mai labur kot dlm kg sama..byk tempat ssuai utk kwsan pelancongan..

Tanpa Nama berkata...

..sebut saja pelaburan rata2..bab badan berkanun insaniah pon tak boleh selesai...mb cakap lain...exco yang tak URUS cakap macam pelaq..mb dengan exco sama saja kira nak janji bohong saja..tunggu pru akan datang siap la hampa kami akan bangkit isu mohong hampa tu.

Tanpa Nama berkata...

..dok cerita tentang pelaburan sana sini saja...mb oiii cerita sama pasai insaniah badan berkanun tuu...ada la dok dengar cup kassim dok kilas nak mohong staff.. insaniah tak leh jadi badan berkanun sebab ada program ijazah..bodoh tahap mangkaq punya alasan bleh jadi rektor juga ka..mb hg dok simpan orag mcm ni bleh jerut tengkuk la..sama dengan tajul tak urus exco paling mangkuk dalam sejarah kedah.