Isnin, 12 Mei 2014

INFO! Malaysia Kembali Perkasakan Ekonomi Dalam Bidang Pertanian! @IsmailSabri60 #Dsis


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempromosi produk makanan berasaskan pertanian keluaran bumiputera dalam ekspo perdagangan di sembilan negara yang mempunyai kerjasama atau atase perdagangan dengan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, produk-produk tersebut bagaimanapun perlu mempunyai kualiti, kreativiti, sistem pembungkusan yang menarik dan dalam kuantiti banyak untuk memastikan permintaan dapat dipenuhi sekiranya ada pembeli di pasaran luar negara.

Jelas beliau, sebagai langkah awal, dua agro bazar akan dibuka di Singapura serta Aceh, Indonesia pada Jun ini dan hanya produk yang memenuhi ciri-ciri tersebut akan diletakkan di situ.

"Produk kita kali ini yang akan dibawa ke luar negara perlu ditapis dahulu sebab walaupun kualitinya bagus tapi jumlah sedikit tidak boleh kerana bila ada permintaan susah untuk dipenuhi maka ia juga boleh menjejaskan imej negara.

"Tiga ciri penting juga perlu iaitu kualiti, pembungkusan menarik dan kreativiti sebab produk kita sama dengan Indonesia tetapi kita yakin kalau ada kelainan, pasti diterima di pasaran itu nanti," katanya.


Terdahulu, beliau melancarkan program Sesuka Hati Chef Bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Nasi Lemak Kopi O di Sri Pentas di sini yang merupakan salah satu langkah kementerian untuk mempromosi produk usahawan baharu.

Program 13 episod yang bermula sejak pertengahan bulan lalu dan akan bersiaran pada pukul 9.30 pagi di TV9, setiap Ahad itu merupakan rancangan masakan menggunakan produk tempatan yang dimasak oleh chef daripada syarikat-syarikat terpilih.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, eksport buah tomato ke pasaran Asia Barat telah pulih selepas mengalami kejatuhan baru-baru ini akibat saingan harga yang dihadapi daripada negara pengeksport lain.

Dalam masa sama katanya, lambakan buah tomato di pasaran tempatan juga berjaya diselesaikan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang membelinya daripada pengeluar untuk dipasarkan di pasar tani seluruh negara.

"Harga tomato sudah kembali stabil dan eksport kita ke Dubai, Thailand dan Singapura juga me­ningkat kembali selepas jatuh di­sebabkan Syria dan Mesir menawarkan harga lebih rendah sebelum ini," katanya. - UtusanOnline

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Silapla admin post tajuk ni.

Woit. Contoh kat Kedah sendiri. Klau ko masih mengharap pak2 menteri beend ni.SEPULUH KETURUNAN lagipun pak tani di Kedah akan hidup dengan subsidi dan brimla.

Yang miskin hutang dengan tauke padi atau kedai runcit.

SEPULUH KETURUNAN lagi bawa datang macam2 jenis benih padi dan racun. Semua penipu. Pegawai2 bagi benih, kalau tak bersama2 pak tani membangunkan sawah apa yang nak dapat? BUKA INTERNET LIHAT PEGAWAI2 MEREKA BERTANI BERSAMA untuk memahami masalah petani.

Ingat pertanian tu pasal benih je? Macaman sistem pengairannya. Kalau petani dok berebut nak buka tutup parit tiap2 hari tak payah le cerita nak maju. Mana peruntukan perparitan? Kalau ada pun dilaksanakan kroni dengan konsep dahulu kala. Balik ke asal le beb.

Baja berkualiti bukan cap dacing. Tiap tahun pengeluar racun ubah jenis racun tiap tahun untuk keuntungan. Siapa ada kawal???

Tu tak kira monopoli beras lagi. Ingat hasil padi boleh berubah kalau pemonopolinya atk nak berubah.

Lihat macmana kerajaan Siam bangunkan pertaniannya. Tak payah tengok Jepun dan Korea.

Paling syiok sekali. Sorang berjaya buat satu tanaman. Suma pakat ikut sekali menteri2 bagi galakan. Last2 kena jual murah sebab banyak sangat. Kat negeri lain lebih kualiti.

Pertanian lain pun sama le. Kalau nak berjaya, dapatkan bantuan(klau kroni lagi senang). Habis yang berjuta lagi petani boleh nganga tengok kat tv tiga suku.

Jangan kata pak tani Malas aaa.. Mereka hidup setengah mati nak sara anak bini. Tapi ditipu hidup2.

Kesimpulannya. Ayat "perlu mempunyai kualiti, kreativiti, sistem pembungkusan yang menarik" tu cuma AYAT STANDARD menteri2 pertanian je.








Tanpa Nama berkata...



Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Silapla admin post tajuk ni.

saya baca keseluruhan tulisan sauara banyak silap.
Saya harap saudara daftar dengan kementerian jgn buat ladang lepas tu tidak minta bantuan kerajaan.

Tak percaya pergi la dengar kursus yg ditawarkan apa la melayu pakatan ini masih mimpi ke ini UMNO la dah berjaya 68 tahun.Pi la kementerian lihat sendiri apa laa...

Tanpa Nama berkata...

Confirm anon 6.14 bukan seorang petani.

Itulah kejayaan barisan. Kejayaan mengadakan kursus2. Kalau setakat seorang dua berjaya tak usah berbanggalah.

Ramai lagi kategori miskin tegar.