Gabungan hebat dari kedua negeri utara dan selatan. Walaupun berbeza sektor namun kerjasama ini bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Kerajaan Kedah berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan Johor khususnya dalam pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan.
Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sektor perdagangan yang menumpukan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pelancongan dilihat berpotensi besar untuk ditinjau bagi memberi manfaat kepada rakyat.
"Kami mempunyai agenda untuk memperkenalkan produk Kedah ke Johor dan dalam masa yang sama membawa masuk produk Johor ke Kedah," katanya kepada pemberita selepas taklimat pembangunan 'Jalinan Transformasi' antara kerajaan Johor dan Kedah, di sini Selasa.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Rombongan kerajaan Kedah dalam lawatan dua hari ke negeri ini turut disertai 60 delegasi termasuk Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali, exco kerajaan dan ketua jabatan.
Mukhriz berkata kejayaan Johor dalam membangunkan sektor pelancongan domestik dan bertaraf antarabangsa boleh dijadikan panduan kepada Kedah dalam meningkatkan sektor yang sama.
Beliau berkata selain Langkawi, terdapat pelbagai produk dan ikon pelancongan di negeri itu yang boleh dipromosikan kepada pelancong khususnya rakyat Johor.
Rakyat Kedah pula katanya sudah tentu berminat untuk melihat pelbagai tarikan di Johor terutamanya taman tema Legoland dan taman tema keluarga Puteri Harbour.
Menurut Mukhriz sebelum Johor, program jalinan seumpama itu dilaksanakan kerajaan Kedah dengan Melaka pada Februari lepas.
"Lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari pengalaman Johor dalam membangunkan pelbagai bidang lain termasuk pengeluaran dan perkhidmatan serta minyak dan gas selain mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada," katanya, dan menambah kerajaan Kedah lebih selesa melakukan lawatan ke negeri-negeri sebelum ke luar negara.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya mengalu-alukan kunjungan kerajaan Kedah dan percaya kerjasama kedua-dua kerajaan negeri juga sudah terjalin sejak zaman dahulu lagi terutamanya dalam perdagangan.
"Ini adalah permulaan untuk kita berkongsi pengalaman. Kedah kaya dengan sektor pertanian seperti padi manakala Johor merupakan pengeluar makanan berasaskan tanaman," katanya.
Hebat idea Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir.. namun sambutan dan layanan Dato Seri Khaled Nordin kepada delegasi Kedah juga cukup sempurna.
Kedua-duanya pemimpin besar dalam negara kita. Tahniah!!
9 ulasan:
Adakah lawatan akan membolehkan rakyat Kedah dapat satu jenis brimm yg baru?
Tidak. Ia sebenarnya lebih kepada lawatan anak2 orang kaya untuk menambah kekayaan masing2 dan kroni.
Itupun sesetengah orang kampung susah nak faham.
11.23 <<< statement org bodoh.. org yg jiwa sakit dan akal rosak.
Duk ceramah maki org di markaz PAS tu adakah boleh mendatangkan rezeki mencurah2? atau itu sumber tin milo untuk rembat duit macai2?
Kebijaksanaan pemimpin spt MB kedah ini dlm berusaha mencari jalan membangunkan ekonomi Kedah.
Beliau bijak dgn mewujudkan 'direct linkages' dengan negeri Johor yg mempunyai potensi kolaborasi pelaburan besar-dr tambak Johor. Tambahan pula Johor merupakan negeri berpendapatan besar. Tahniah Mb kedah Dato Mukriz.. semoga diberkati.
Tapi.. berbanding satu 'kaum' lagi yg perintah sekejap ja.. menebang balak di hutan2 larangan Pedu/ Baling kemudian dibahagi2 sama rata kpd puak2 kroni mereka seperti penyamun- penyamun yg pakai kopiah..menipu rakyat dgn macam2 pembohongan dan majlis2 pecah tanah.. lepas tu lalang yg banyak dr hasil.. itulah bezanya puak lendir hijau memerintah dlu.. DISASTER..
Skrg Alhamdulillah..berkat kecerdikan majoriti rakyat Kedah, dikurniakan MB yg baik dan cerdik. Insya Allah Kedah Maju.Ameen!
Tanpa Nama 11.23,
Memang bengong, mcm hati yahudi laknatullah.
Dah berapa tahun negeri berada dibawah pemerintahan bapanya secara tak lansung. Kununnya amat pandai ekonomi.
Rakyat miskin mcm tu gak. Ni mungkin anaknya telah lebih pandai sikit dr bapanya.
Kita tengok dekat2 pru ni apa jadi. Jangan samapai penyokong tegar masih dok harap bantuan dah le.
Di Amerika xdak org miskin ka macai 12.42? miskin kaya tu bapak hang ka yg boleh bg atau Tuhan?
sekurang2nya pemimpin UMNO berusaha bg rakyat senang..dr pada duk pemuhong.. kerja xbuat!
Anon 1.30. Hang nak compare negara yang Islam agama rasmi ni dengan amarika?
Kalau pakatan kata, tentu hang kata egen yahudi.
anon 2.44 aku bg contoh amerika sbb PR mmng berkiblatkan Amerika.. sikit2 Nuar akan ke Amerika.. lebih rajin dia dr pegi Mekah..
so aku nk tnya kt Amerika negara pujaan macai PR tu xdak org miskin ka??
bodoh..jwb la dlu..
Catat Ulasan